Bab 11

1.1K 83 0
                                    

Adeel Ukasyaf membelek fail di hadapannya untuk kesekian kali. Sesekali dia menghela nafas lemah. Apabila fikirannya makin berserabut, Adeel Ukasyaf turun ke dapur untuk membuat kopi. Dia sempat mengerling ke arah pintu bilik yang diduduki Nayla. Dia berhenti seketika sebelum berlalu ke biliknya. Tiba di bilik, Adeel Ukasyaf cuba untuk sambung kerjanya, namun dia tetap tidak boleh. Fikirannya terganggu dek sesuatu.

Dengan dengusan kecil, Adeel Ukasyaf turun kembali dan berdiri di hadapan bilik Nayla. Belum sempat dia ketuk pinti bilik itu, pintu dibuka dari dalam. Nayla dan Adeel Ukasyaf masing-masing terkejut. Adeel Ukasyaf berdehem kecil tapi dia tidak pula bersuara.

"Encik nak apa-apa?" Nayla bertanya.  Dia tidak berani mendongak untuk lihat Adeel Ukasyaf kerana pandangan benci Adeel Ukasyaf kepadanya masih terlakar jelas dalam ingatannya.

"Aku lapar nak makan," ujar Adeel Ukasyaf. Dia berpeluk tubuh.

"Encik Adeel nak makan apa?" soal Nayla masih tidak berani pandang Adeel.

"Yang kau tengok dekat bawah tu kenapa?" Adeel Ukasyaf bertanya sedikit marah.  Nayla Aryana gigit bibir.

"Kalau Encik tak nak apa-apa, saya pergi dapur dulu," Nayla Aryana cuba mengelak. Adeel Ukasyaf laju menghalang. Lengan Nayla Aryana ditarik.

"Aku nak tomyam, macam yang kau masak hari tu," ujar Adeel Ukasyaf sebelum melepaskan lengan Nayla Aryana. Nayla pula terus bergegas ke dapur. Sukar untuk dia kawal perasaan sendiri apabila berada di hadapan Adeel Ukasyaf.

Seperti permintaan Adeel Ukasyaf, Nayla memasak tomyam campur dan kailan ikan masin bersama telur dadar. Dia juga menghidangkan jus oren kegemaran Adeel Ukasyaf. Sebaik sahaja siap, Nayla ke bilik lelaki itu untuk menjemputnya makan. Pintu bilik diketuk. Dia menolak sedikit pintu yang tidak berkunci itu.

"Encik, makanan dah siap," maklum Nayla. Ketika itu, Adeel Ukasyaf sedang bersiap pakai baju. Baru sahaja Nayla ingin melangkah turun, suara Adeel Ukasyaf menghentikannya.

"Nayla,"

"Ya,"

"Malam ni pindah atas," Adeel Ukasyaf berkata sambil membetulkan kolar bajunya. Nayla ketap bibir.

"Saya nak stay dekat bawah," ujar Nayla perlahan tapi jelas di pendengaran Adeel Ukasyaf. Pergerakkannya membetulkan kolar baju terhenti. Dia berpusing ke arah Nayla. Nayla pula seperti biasa mengelak dari melihat wajah Adeel Ukasyaf.

"Stay dekat bawah?" suara Adeel Ukasyaf mendekat. Dia juga dapat melihat kaki lelaki situ selang beberapa jarak darinya.

"Ya Encik," balasnya lembut. Adeel Ukasyaf mengetap rahang apabila sedar, Nayla cuba mengelak daripada memandangnya.

"Nayla Aryana pandang aku bila aku tengah bercakap dengan kau!" suara Adeel Ukasyaf naik senada membuatkan Nayla tersentak kecil. Seraya menelan air liur, Nayla mendongak teragak-agak. Walaupun begitu, dia masih tidak berani pandang mata Adeel Ukasyaf.

"Kau cakap apa tadi? Kau nak stay dekat bawah? Kau ingat bilik tu untuk kau?" Adeel Ukasyaf bertanya sinis. Nayla tidak pula angguk atau geleng.

"Naik atas, kalau tak aku sendiri turun heret kau," Adeel Ukasyaf memberi amaran sebelum menutup pintu bilik dengan kuat. Nayla pula menghela nafas berat.

***

Redza Hakim mengerut dahi melihat sepupunya yang tak ubah seperti cacing kepanasan. Sedari tadi, sepupunya itu asyik memandang skrin telefon dan mendail nombor seseorang. Apabila orang yang ditelefon tidak menjawab panggilan, lelaki itu meraup wajahnya dan menguak rambutnya sehingga berserabai.

"Kau kenapa?" Redza Hakim bersama secawan kopi duduk di hadapan sepupunya itu.

"Adalah," jawab sepupunya itu. Redza Hakim menjulingkan mata ke atas.  Ketika itu,telefon lelaki itu berdering. Dengan wajah yang teruja dan ceria, sepupunya itu mencapai telefon. Namun senyumannya mati, saat melihat nama yang terpapar di skrin. Panggilan ditolak.

HATE LOVE Where stories live. Discover now