Bab 7

1K 82 1
                                    

Nayla sedang mengemas meja makan ketika Adeel Ukasyaf turun. Adeel Ukasyaf sudah pun bersiap memakai baju tshirt hitam casual bersama jeans kelabu.

"Aku nak keluar. Dekat depan sana ada pasaraya. Kalau kau rasa nak penuhkan peti sejuk, pandai-pandailah kau keluar," kata Adeel Ukasyaf sambil melangkah ke mesin Coway.

"Saya ada sesuatu nak bagitahu awak," Nayla berkata. Adeel Ukasyaf yang sedang membuat secawan kopi untuknya menoleh. Matanya dikecilkan. Nayla gigit bibir.

"Saya nak kerja," Nayla menyuarakan keinginannya. Adeel Ukasyaf mengetap rahang. Air kopinya ditinggalkan di atas meja sebelum melangkah ke peti ais. Jus oren dikeluarkan dan diteguk. Nayla menghela nafas lemah.

"Encik Adeel-"

Adeel angkat tangan sebagai tanda diam. Nayla mengetap bibir.

"Kau nak kerja?" Adeel Ukasyaf memandang ke arahnya dengan tepat.

"Ya," Nayla menjawab yakin.

Adeel Ukasyaf ketawa sinis.

"Kalau aku tak bagi?" Adeel Ukasyaf mencabar. Nayla pandang Adeel Ukasyaf dengan pandangan tenang.

"Then saya tak kerja," balasnya jujur. Adeel Ukasyaf kelihatan sedikit terkejut. Disangkakan gadis itu akan membantah namun sebaliknya.

"Well, why not aku bayar kau untuk layan aku," Adeel Ukasyaf mendekati Nayla. Nayla telan air liur. Jantungnya mula berdegup kencang.

"No," Nayla berkata membalas pandangan Adeel Ukasyaf. Automatik riak wajah Adeel Ukasyaf berubah kelam. Wajahnya menggelap.

"Encik tak perlu bayar saya. Itu tanggungjawab saya pada Encik," ujar Nayla seraya memandang Nayla dengan wajah polosnya itu. Adeel Ukasyaf kelihatan kehilangan kata-kata. Dia berdehem.

"Ambilkan kopi aku. Cepat!" Adeel memberikan arahan dengan suara marah. Nayla pula cepat-cepat menuju ke meja dan angkat cawan kopi yang masih berasap itu. Baru sahaja dia angkat, cawan itu terlepas daripada tangannya.

Nayla Aryana mendesis sakit. Cawan yang jatuh tadi pecah berkecai, air kopi itu juga terkena kakinya. Nayla memegang tangannya yang mula kemerahan. Nayla kaget saat tangannya tiba-tiba disambar kasar oleh seseorang.

"Yang kau pergi sentuh gelas tu kenapa? Kau dah tahu air tu panas lagi. Atau kau sengaja nak ambil perhatian aku?" Tajam kata-kata Ukasyaf namun Nayla lansung tidak ambil ke hati. Dia hanya senyum tipis.

"Maaf Encik. Kalau Encik bagitahu sayaa awal-awal air dalam gelas tu masih panas. Saya mungkin akan lebih berhati-hati," Nayla menjawab dengan tenang.

"Alasan!"

"Nama pun air kopi mestilah panas. Ada ke orang minum kopi sejuk dalam cawan!" marah Adeel Ukasyaf lagi sambil menilik tangannya. Nayla yang ketika itu diserang perasaan bercampur baur menarik kembali tangannya.

"Saya naik dulu Encik," ujarnya dan terus berlalu tanpa menoleh ke belakang. Ketika itu jantungnya berdegup laju. Tiba di bilik, Nayla bersandar pada pintu bilik. Cuba menenangkan hatinya.

Setelah tenang, Nayla ke bilik air untuk membasuh kesan lecuran di tangan dan kakinya. Mujurlah tidak terlalu ketara. Cuma kemerah-merah dan pedih sedikit sahaja. Apabila disimbah air sejuk, pedih pada tangan kembali lega.

Baru sahaja dia melangkah keluar, telefonnya yang baru sempat dicas berdering. Panggilan daripada Maya. Ya Allah macam mana dia boleh lupa untuk maklumkan pada Maya. Pasti kawannya itu sedang risau.

"Hello? Nayla?" Suara risau Maya menerjah ke telinganya sebaik sahaja dia jawab panggilan.

"Ya. Maya aku-"

HATE LOVE Where stories live. Discover now