Nayla duduk termenung di atas katil. Sejak bertemu kembali dengan Adeel Ukasyaf, hatinya bagaikan tidak keruan. Jelas dia masih menyimpan perasaan pada lelaki itu. Namun begitu, Nayla juga sedar perbuatannya terhadap lelaki itu bukan mudah untuk lelaki itu maafkan.
"Kau yang buang dia Nayla. Jadi kau tak layak nak simpan perasaan ni pada dia," Nayla berkata pada dirinya sendiri. Memujuk hatinya supaya melepaskan segala perasaan yang pernah terbuku di hatinya untuk seorang lelaki bernama Adeel Ukasyaf.
Nayla merebahkan badan ke atas tilamnya yang agak kecil dan agak kerasa jika dibandingkan dengan tilam yang pernah dimilikinya satu ketika dulu. Waktu dia masih anak kesayangan Tan Sri Ariuddin. Namun, disebabkan perbuatannya sendiri yang masih jahil ketika itu, dia dibuang keluarga hanya dengan sehelai sepinggang. Ketika itu, Nayla Aryana yang sering dimanjakan oleh keluarga mencuba sedaya upaya untuk teruskan hidup.
Dia bukan sahaja dibuang dari keluarga kandungnya tapi saudara maranya yang lain. Hampir beberapa minggu, Nayla Aryana terpaksa menahan lapar untuk menyimpan duit dan mencari tempat tinggal sehinggalah dia bertemu dengan Maya yang sudi membantunya. Mengenali Maya membuatkan Nayla faham, tidak semua kawan akan ada dikala dia kesusahan. Kadang-kadang orang yang tidak dikenali lebih memberikan simpati.
Asyik mengelamun, pintu biliknya diketuk. Beberapa saat kemudian, Maya menjengulkan wajah ke dalam biliknya sambil tersengih. Oleh sebab Maya dan Nayla bekerja di satu tempat, Maya mencadangkan agar mereka tinggal di satu rumah sewa sahaja. Jimat kos dan jimat masa.
"Nayla," Maya merebahkan badan ke sebelahnya kelihatan teruja.
"Happy semacam je aku tengok kau. Ada good news ke?" Nayla mencapai sebiji bantal dan diletakkan ke atas riba.
"Kau ingat lagi tak aku cerita pasal kawan Encik Redza yang datang tumpang dekat hotel kita kerja tu,"
Nayla angguk perlahan-lahan.
"Weh! Aku cakap jujur eh, sumpah handsome gila mamat tu. Aku ingatkan Encik Redza dengan Rafael tu je yang handsome, tapi ternyata dia lagi handsome,"
Bukan main teruja Maya berkata. Nayla kerut dahi.
"Kawan Encik Redza?"
Maya angguk. "Kau kemaskan suite dekat atas kan hari tu. Kau tak terserempak dengan dia?"
Fikiran Nayla mula menerawang ke arah seraut wajah yang ditemuinya sebentar tadi.
"Kawan Encik Redza yang kau maksudkan tu, nama dia Adeel Ukasyaf ke?" Nayla bertanya dengan riak penasaran.
Laju Maya mengangguk. "Yes! Betul. Kau kenal dia ke?"
Nayla diam. Yes. Dia kenal Adeel Ukasyaf tapi bukan Adeel Ukasyaf yang sekarang. Adeel Ukasyaf yang suatu masa dulu menjadi cinta permatanya sudah hilang. Lalu, Nayla sekadar menggeleng kepala. Biarlah yang lepas ditinggalkan untuk menjadi kenangan sahaja. Nayla Aryana sudah dapat menerima Adeel Ukasyaf bukanlah untuk dirinya.
"Tak. Aku terserempak dengan dia lepas kemas penthouse tu," balas Nayla berbohong.
"Tapi handsome kan dia?"
Nayla mengimbas kembali seraut wajah yang dilihatnya petang tadi. Raut wajah yang tampan, hidung yang mancung itu tidak dinafikan sangat kacak. Namun, Nayla juga perasan lelaki itu kekurangan senyuman di wajahnya. Senyuman yang dulu selalu menghiasi wajah lelaki itu kini telah hilang.
"Handsome," balasnya jujur.
***
Pang!!
YOU ARE READING
HATE LOVE
عاطفية"I hate you Nayla Aryana, God knows how much I hate you," Nayla Aryana hanya tenang menerima kata-kata kesat itu daripada Adeel Ukasyaf lelaki yang satu masa dulu merupakan cinta hatinya. "Bencilah saya semahunya Kasyaf. Sebab saya memang layak di...