" ABANG masih ada hubungan dengan perempuan tu kan? Mengaku ajelah." Suara Mama di tingkat atas kedengaran sehingga ke tingkat bawah.
Aku telan liur. Duduk memeluk lutut sambil menutup kedua-dua belah telingaku.
Ya Allah... Kenapa dia orang bergaduh lagi? Aku dah tak sanggup nak dengar pergaduhan mereka lagi. Aku dah penat, Ya Allah.
" Kalau ya pun aku ada hubungan dengan Linda tu pun, apa masalahnya? Aku mampu. Aku boleh kahwin lebih daripada 1." Suara ayah pun tak kurang tingginya.
Dadaku berdegup kencang. Aku benci situasi seperti ini. Mereka selalu bergaduh. Aku tahu puncanya. Semuanya gara-gara ayah mempunyai hubungan sulit dengan perempuan bernama Linda itu. Linda itu merupakan pembantu peribadi ayah yang baru sahaja bertugas di syarikat ayah beberapa bulan yang lepas.
" Wow! Abang nak cakap pasal mampu? Mampu? Pasal duit memang Mah tak nafikan yang abang memang mampu. Tapi... Mampu ke abang berlaku adil pada Mah kalau abang berkahwin dengan perempuan jalang tu?."
" Eh, kau cakap baik-baik sikit. Aku lempang muka kau nanti. Jangan nak cakap Linda macam tu. Dia bakal isteri aku!."
Air mataku menitis setitis demi setitis. Tak sangka ayah yang aku kenal selama ini sangat penyayang boleh berubah sikap seperti ini sekali.
Mana ayah aku yang dulu? Kenapa ayah berubah?
" Sebab perempuan tu, abang nak lempang Mah? Abang betul-betul dah berubah kan?."
" Sudahlah, Razimah. Aku penatlah bercakap dengan kau. Sekarang ni, aku nak kau ambik barang-barang kau lepas tu kau keluar daripada rumah ni. Aku tak nak tengok muka kau lagi dah. Aku menyampah!."
" Sampai hati abang. Sanggup abang buat Mah macam ni, kan? Dulu masa abang susah, Mah selalu ada untuk abang tapi bila abang dah senang, abang pilih orang lain daripada Mah. Isteri abang sendiri."
" Kau diamlah, Razimah! Aku tak nak dengar cerita sedih kau tu. Aku nak kau keluar daripada rumah ni sekarang!." Terhinjut bahuku mendengar suara ayah menengking itu.
" Abang... Tolonglah jangan buat saya macam ni."
" Abang...." Rintih Mama lagi. Aku menangis.
Semakin laju air mataku turun apabila aku lihat Mama ditarik kasar oleh ayah menuruni tangga dan menuju ke arah pintu masuk rumah. Tubuh Mama ditolak ganas ke luar rumah.Aku bangun mendapati Mama yang sudah jatuh terjelepuk.
" Mamaaa." Aku peluk Mama. Tak sanggup melihat wanita yang melahirkan aku itu dilayan sebegitu kasar.
" Ayah. Kenapa ayah buat mama macam ni?." Aku lihat ke dalam mata ayah. Mengharapkan simpati daripadanya. Namun, balasan renungannya kosong. Tak seperti dulu yang selalu memandangku penuh kasih. Riak wajahnya juga kosong.
" Berambus! Aku tak nak tengok muka kau dengan anak kau ni kat sini! Blah!."
Air mataku mengalir laju seiring dengan esakanku.
" Ayah!!!." Aku panggil ayah ketika melihat ayah ingin menutup pintu rumah.
BAM!!
" Ayah!!! Bukalah pintu ni. Ayah dah tak sayang Dina ke?."
" Aku cakap berambuslah!." Jerkah ayah yang berada di dalam rumah.
" Ayah..."
Bersambung.....
YOU ARE READING
URUSAN HATI (new version)
General FictionDisebabkan trauma dengan perkahwinan ibu bapanya, Hayfa Irdina langsung tak berniat untuk berkahwin. Bercinta pun tidak. Baginya, apabila bercinta pasti akan melangkah ke fasa perkahwinan. Disebabkan itulah, dia tak pernah kenal dengan mana-mana lel...