BAB 12

2.5K 94 0
                                    

PUKUL 11 malam baru aku balik ke rumah. Sengaja aku balik lambat sebab takut bertembung dengan mama. Selalunya pukul 10. 30 dia sudah tidur.

Aku berbaring di atas katil. Tengok syiling yang bercorak itu dengan pandangan yang kosong.

Hari ni... Hari yang cukup penat.

Penat menangis.

Penat meraung.

Penat kawal emosi yang berkecamuk.

Penat berpura-pura seperti tiada apa-apa yang berlaku selepas itu.

Itulah yang selalu aku buat kalau aku bersedih. Aku tak suka orang tahu aku bersedih. Jadi, aku akan berpura-pura seperti tak ada apa-apa yamg berlaku.

Aku pejam mata. Tidur.

Moga-moga esok tak ada perkara yang buat aku sakit hati dan menangis lagi.





PAGI tadi, mama membebel dekat aku. Sudah semestinya disebabkan hal semalam. Along juga sama. Aku baru aje sampai di ofis. Tak sempat nak duduk pun lagi dia dah menyembur.

Aku hanya pasrah mendengarnya. Apa nak buat? Memang salah aku pun. Aku dah buat semua orang risaukan aku.

Tak angkat call.

Tak balas mesej.

Memang patut pun aku kena. Setengah jam aku terpaksa tadah telinga. Masa tu, memang aku langsung tak bersuara. Hanya suara along aje yang kedengaran. Biarlah dia nak membebel puas-puas. Bila dah penat membebel, barulah dia balik ke bilik dia.

Aku ketawa kecil.

Kelakar pula aku rasa. Baru beberapa jam aku hilang, mereka punya risau tu macam aku kena culik.

Tiba-tiba aku teringatkan abang Aidid. Macam mana majlis malam ni eh? Dia minta aku temankan dia tapi aku tengah merajuk dengan dia. Perlu ke pergi?

Hmmm...

Dia ada call aku tadi.

Tapi aku tak jawab. Entahlah. Aku rasa macam malas nak bercakap dengan dia selepas apa yang jadi semalam.

Kalau boleh, aku tak nak berjumpa dengan dia.

Tok! Tok! Tok!

" Masuk..."

Aku sibuk buat kerja. Jadi, aku tak pandang pun Ratna masa dia masuk tu.

" Why, Ratna?." Bila aku angkat muka, barulah aku rasa menyesal. Menyesal suruh dia masuk. Aku ingatkan Ratna rupa-rupanya....

" Dina...."

Abang Aidid.

Dia buat apa datang sini? Ingin bertanya tapi disebabkan aku masih lagi merajuk dengannya, maka soalan itu hanya terlintas di dalam hati.

Aku tunduk buat kerja semula.

Aku dengar dia mengeluh. Kerusi di depanku ditarik dan dia melabuhkan punggung di situ.

URUSAN HATI (new version)Where stories live. Discover now