AKU hempas punggung ke sofa di ruang tamu rumahku. Mahu melepaskan penat sebentar sebelum naik ke atas. Aku baru aje sampai dari Penang. Pergi melawat cawangan hotel kami di sana. Seminggu jugalah aku berada di sana. Sambil melawat, sambil bercuti.
Dah lama tak bercuti itu yang aku pelan duduk sana seminggu. Nak hilangkan stres bekerja.
Aku sandar kepala sambil pejam mata. Hanya beberapa saat sebelum sofa di sebelahku terasa berat.
Aku buka mata. Terkejut tiba-tiba mama ada dekat sebelah. Siap tersenyum lebar lagi.
" Hang dah balik?."
" Haah. Penatlah, ma. Mama masak apa?."
" Mama buat sambal udang dengan sayur campur aje."
Lauk tu simple aje. Tapi dah boleh buat aku terliur. Perjalanan yang jauh buat aku rasa lapar. Kejap lagilah aku makan.
" Mama ada benda nak bagitau."
" Apa dia?."
" Hurmm... Satgilah mama bagitau. Hang berehatlah dulu. Pi naik atas mandi dengan solat."
" Laaa... Bagitahu ajelah. Mama ni suka cerita sekerat-sekerat."
" Malam ni lah mama cerita. Sebab malam ni along hang nak makan kat sini. Bagitau masa dia ada baru best."
" Pula. Hurmm... Ikut mamalah."
MALAM tu lepas aje makan, aku dan yang lain-lain duduk di ruang tamu. Berbual sambil menonton tv.
" Mama cakap mama nak bagitahu something tadi. Apa dia?."
Mama tersenyum-senyum sambil berpandangan dengan ayah, along dan kak long. Hairan aku. Mereka ni macam sedang bermain bahasa isyarat mata.
" Hang jangan terkejut noh mama bagitahu hang ni."
" Okay... Apa dia?." Tiba-tiba rasa berdebar-debar. Tak sedap hati pun ada juga.
Mama letak kotak cincin berwarna merah di atas meja dan menolaknya ke arahku supaya aku mengambilnya.
" Apa ni?." Aku ambil kotak cincin itu dan membukanya. Ada sebentuk cincin berwarna silver bertakhtakan berlian. Aku pandang mama.
" Cincin tunang."
" Cincin tunang siapa?."
" Dina punyalah."
" Hah? Dina punya?." Suaraku naik satu oktaf. Terkejut. Kemudian, aku tertawa kecil. Mama ni buat lawak pula.
" Haaa... Mama saja nak prank Dina kan? Ni cincin ni mama saja ja kan beli untuk Dina? Bukannya cincin tunang pun. Betul tak?."
" Tak ada masa mama nak buat prank aih. Betoilah tu cincin tunang hang. Hang sekarang dah jadi tunang orang."
Senyumanku terus mati mendengarnya. Jantung berdebar-debar.
" D-Dina... T-tunang orang?."
" Ya. Hayfa Irdina. Dina sekarang dah jadi tunang Aidid." Along mencelah. Terus aku pandang dia.
Aku menggeleng kepala.
" Tak. Tak. Tak. Korang tipu aje kan?." Tanyaku sekali lagi. Susah aku nak percaya apa yang aku dengar ni.
" Tak. Memang hang dah jadi tunang Aidid. Masa hang pi Penang haritu, umi Zahrah dengan abi Khalid hang mai sini. Depa mai meminang hang untuk Aidid. Mama terus setuju sebab mama nak tengok hampa cepat-cepat kahwin. Daripada hampa keluar berdua selalu tanpa apa-apa ikatan, lebih baik hampa dua kahwin."
YOU ARE READING
URUSAN HATI (new version)
Ficción GeneralDisebabkan trauma dengan perkahwinan ibu bapanya, Hayfa Irdina langsung tak berniat untuk berkahwin. Bercinta pun tidak. Baginya, apabila bercinta pasti akan melangkah ke fasa perkahwinan. Disebabkan itulah, dia tak pernah kenal dengan mana-mana lel...