SUDAH dua hari, telefon aku sunyi tanpa mesej dan panggilan daripadanya. Dua hari dia di Bangkok, dua hari jugalah dia senyap. Sibuk sangatlah tu.
" Berlubanglah telefon tu kalau dari tadi lagi Dina asyik dok tenung dia."
Aku angkat kepala. Along melabuhkan punggung di hadapanku. Terkejut aku. Dahlah masuk bilik aku tak ketuk pintu dulu.
" Tunggu mesej dari Aidid ke?."
" Mana ada."
" Eleh, tak payah nak tipulah. Mengaku ajelah yang Dina tengah tunggu mesej dari dia kan?."
" Tak adalah. Pandai-pandai aje along ni."
" Stop denying your feelings, Dina. Along tahu Dina dah muka sukakan Aidid. Lebih daripada seorang abang. Tak payah nafikan kalau itu yang Dina rasa."
" Along... Dina cuma anggap dia macam abang sendiri aje. Nama pun abang angkat. Tak kanlah Dina nak jatuh cinta dengan dia."
Entah apa-apalah along ni. Ingat aku gila ke nak jatuh cinta dengan orang yang sudah aku anggap seperti abang sendiri? Sudahlah Abang Aidid tu dah ada crush.
Tapi itulah...
Dah ada crush pun masih nak menggatal dengan aku. Layak ke aku bagi hati aku dekat lelaki macam tu?
Nasib baik abang angkat aje. Kalau lelaki lain, memang aku dah boikot.
" Apa salahnya kalau jatuh cinta dengan dia sekali pun? Bukannya dia abang kandung Dina. Along setuju aje kalau Dina dengan dia. Dia tu baik Dina. Setia orangnya."
Aku ketawa.
Setia?
Setia apanya kalau dia menggatal dengan aku sedangkan hati dia milik orang lain?
Setia tahi kucing!
" Habis crush dia tu nak letak mana?."
Along terdiam. Aku angkat keningku beberapa kali. Baru terfikirlah tu. Bercakap tak pernah fikir panjang along ni.
" Kalau along cakap crush dia tu Dina?."
" Hah? Dina?."
Along mengangguk. Aku ketawa.
" Impossible! Kalau dia sukakan Dina, dia dah confess dekat Dina dah."
" Dia takut Dina reject dia."
Aku mencebik. Susah nak percaya cakap along ni. Kadang-kadang dia saja aje nak kenakan aku. Bukan tak pernah dia buat macam ni sebelum ni.
Suka bagi aku fakehope.
" Sudahlah along. Sepuluh patah yang keluar daripada mulut along, satu pun belum tentu Dina percaya. Penipu..."
" Along cakap benda betullah."
" Tak. Dina tak percaya. Malas Dina layan along."
Aku bangkit. Mahu masuk ke bilik kerjaku semula. Muk air milo aku letak daam sinki. Biar cleaner yang basuh nanti.
" Dina... Along tak habis cakap lagi!."
Aku buat tak peduli. Terus masuk dalam bilik.
Dia ingat senang macam tu aje dia nak gula-gulakan aku? Dulu yalah, aku senang ambil gula-gula. Sekarang ni dah tak nak. Takut terkena penyakit diabetes!
" INI apa kes ni datang butik aku?."
Aku jeling Puteri. Baringkan badan di sofa dalam biliknya. Buat macam rumah sendiri aje.
" Saja. Bosan!."
" Bosan ke rindu?."
" Aku nak rindu kau? Memang taklah!."
" Aku bukan cakap kau rindukan aku."
" Habistu siapa?."
" Mr. Boyfriend kaulah."
" Eeee.... Kenapa pula aku nak rindukan dia? Bukannya boyfriend aku yang betul-betul pun."
" Olok-olok pun... Tak kan sikit pun tak ada rindukan dia?."
" Tak ada."
" Yalah tu. Mulut aje cakap tak tapi dalam hati tu... Abang Aidid, I miss you so much!."
Aku mengerut hidung. Gediknya! Geli-geleman aku.
Puteri ketawa mengekek. " Dah alang-alang kau ada kat sini, kejap lagi kita lunch sama-samalah."
" Boleh juga. Kita pergi makan sekaranglah."
" Haaaa boleh. Boleh blah! Kau ingat aku tak ada kerja? Lainlah kau. Datang sini goyang kaki."
" Mana ada goyang kaki. Aku goyang badan. Tak nampak ni?." Puteri menjulingkan matanya ke atas. Aku gelak. Seronok tengok dia buat muka menyampah.
Ting!
Telefon pintar di dalam poket seluarku bergetar. Aku keluarkannya. Tengok mesej yang diterima itu.
Automatik aku bangun bila aku lihat gambar yang dihantar oleh private number itu.
Gambar itu menunjukkan Abang Aiddi sedang berpelukan dengan Felisha di hotel. Ada lima keping gambar yang diambil dari angle yang berlainan. Dalam gambar itu, mereka nampak sungguh mesra.
Aku tenung gambar itu lama-lama. Mengharapkan apa yang aku lihat itu adalah ilusi semata-mata. Tapi tidak!
Gambar itu nampak real!
Dan...
Entah kenapa hati aku terasa bagai disiat-siat.
" Dina. Kau okay tak?."
Aku mengangguk perlahan dalam keadaan kecewa. Riak wakahku dikawal agar tidak nampak terlalu ketara di hadapan Puteri.
" Apasal muka kau macam baru lepas nampak hantu? Ada apa-apa masalah ke?."
Aku angkat muka. Tengok Puteri. Lidahku kelu untuk menjawab soalannya.
" Kenapa?."
Aku hanya mampu menggeleng sebagai jawapan kepada soalan Puteri. Sumpah aku hilang kata-kata lepas tengok gambar Abang Aidid.
Kenapa hati aku rasa sakit sangat ni? Bukannya aku ada hati dekat Abang Aidid pun. Tapi kenapa hati aku rasa seperti dicucuk dan dihiris dengan benda tajam?
Patutlah dia senyap aje dua hari ni. Rupanya dia tengah berseronok dengan Felisha.
Bersambung...
Hai guys!! Sorry dah berapa hari saya tak update. Saya busy sikit sebab baru masuk kolej. Selamat membaca!
YOU ARE READING
URUSAN HATI (new version)
Ficção GeralDisebabkan trauma dengan perkahwinan ibu bapanya, Hayfa Irdina langsung tak berniat untuk berkahwin. Bercinta pun tidak. Baginya, apabila bercinta pasti akan melangkah ke fasa perkahwinan. Disebabkan itulah, dia tak pernah kenal dengan mana-mana lel...