SETELAH seminggu bercuti, akhirnya hari ini kami kembali bekerja. Selepas sahaja solat Subuh, aku terus mandi dan bersiap.
" Sayang... Tolong abang kejap boleh?." Waktu aku sedang kemaskan lilit shawl di kepala, Abang Aidid memanggil. Aku memandang ke arahnya. Terpegun sekejap ketika melihat dada bidangnya yang terdedah. Hanya pakai tuala yang dililit longgar di pinggang.
" Sayang?."
" Hah?." Sebelah keningku terangkat.
Senyuman nakal terbit di bibirnya. Aku melarikan pandangan. Tahu dah apa yang dia akan cakap lepas ni.
" Tengok aje buat apa? Kan boleh pegang. Nak usap pun boleh."
Kan aku dah kata! Mulut dia tu kalau tak bercakap yang bukan-bukan lepas kahwin ni, memang tak sah.
" Jangan nak mengarut boleh tak? Cepatlah cakap nak apa?."
" Tolong pilihkan baju untuk abang. Abang tak tahu nak pakai yang mana."
" Okay. Kejap." Aku masuk ke fitting room. Almari yang tersimpan baju-baju kerjanya dibuka. Satu persatu kemejanya dilihat.
Yang mana yang sesuai eh?
Kuning cerah?
Aku geleng kepala.
Biru laut?
Geleng lagi.
Hitam!
Haaa hitam!
Laju tanganku ambil kemeja hitam yang disangkut itu.
" Nah!." Aku bagi pada dia yang berdiri di belakangku. Tapi huluran aku tak disambut.
" Nahlah."
" Pakaikan." Selangkah dia mendekat. Tangan kanan dan kirinya didepakan.
" Mengada-ngadanya. Tak boleh pakai sendiri ke? Sebelum ni elok aje pakai baju. Pagi ni tiba-tiba suruh kita pakaikan pula."
" Alaaa. Abang nak bermanja-manja dengan Dina aje. Cepatlah pakaikan. Abang nak breakfast lagi ni."
Eeee... Umur dah boleh jadi bapak budak pun masih lagi nak mengada-ngada. Siap buat muka comel lagi. Aku kerutkan hidung. Menyampah pulak tengok. Nak tak nak, terpaksalah aku menurut juga kemahuannya.
Aku kibas dulu kemeja itu sebelum sarungkan ke tubuhnya. Satu persatu butang dimasukkan. Kedua-dua lengan kemejanya disingsing sehingga ke siku. Dah siap buat yang itu, dia suruh pakaikan tie pula.
Aku memberinya sebuah jelingan. Dia cuma kenyitkan matanya. Ingat hati aku cair lah tu?
Mengada-ngada sungguh!
" Done!." Akhirnya, siap juga. Suamiku itu sudah kemas pemakaiannya.
Dia tersenyum puas hati.
" Kenapa sayang pilih warna hitam?."
" Sebab Dina suka tengok abang pakai warna hitam."
" Really?."
Tak segan aku mengangguk-angguk. Memang aku suka tengok dia pakai baju berwarna hitam. Tak kira kemeja atau t-shirt. Sebab bila dia pakai baju berwarna itu, semakin terserlah ketampanannya. Sejuk mata dan hati ni memandang.
" Kenapa? Sebab abang nampak handsome bila pakai kemeja hitam ni?."
" Yes! Eh... Perasannya."
Abang Aidid ketawa macho. Aku menjelingnya manja. Atur langkah ke meja solek semula.
" Thank you, sayang." Tanpa aku duga, daguku dipagutnya dan dia mengucup bibirku. Lama kucupannya sebelum dia sendiri yang meleraikan.
Mataku terkelip-kelip. Masih terasa hangat bibirnya menyentuh bibirku. Terasa panas menjalar di pipi.
YOU ARE READING
URUSAN HATI (new version)
Fiksi UmumDisebabkan trauma dengan perkahwinan ibu bapanya, Hayfa Irdina langsung tak berniat untuk berkahwin. Bercinta pun tidak. Baginya, apabila bercinta pasti akan melangkah ke fasa perkahwinan. Disebabkan itulah, dia tak pernah kenal dengan mana-mana lel...