SELEPAS Isyak, barulah kami balik ke rumah. Dari petang sampai ke malam kami dating.
Aku keluar dari bilik air. Pergi ke arah almari untuk ambil baju tidur. Lupa nak bawa masuk dalam bilik air aku sebelum mandi tadi. Bila aku dah tanggalkan bathrobe...
" Sayang..." Kelam kabut aku capai bathrobe untuk tutup tubuh aku yang terdedah semula. Nasib baik sempat. Kalau tak, dah jadi free show.
" Abang! Janganlah main masuk aje. Dina baru nak pakai bajulah."
" Oh, sorry. Abang tak sengaja. Alah, lagipun bukannya berdosa kalau abang tengok." Dia sengih macam orang tak bersalah. Aku menjeling dia. Ikat tali bathrobe bagi kemas.
" Kenapa panggil Dina?."
" Sayang dah lama tak datang period kan?."
" Hurmm... Lebih kuranglah. Macam mana abang tahu?." Memang bulan ni aku tak datang lagi period. Last period aku adalah awal bulan lepas. Sepatutnya dua minggu yang lepas dia dah 'datang'.
" Abang kan suami mestilah kena tahu semua tu."
" Okay... Kenapa pun?."
" Sayang tak terfikir ke apa yang abang fikir?."
Aku kerutkan dahi. Fikir apa? Dia ingat aku ni ahli nujum ke boleh baca fikiran dia?
Eh, kejap...
Tak datang period....
Bukan ke maksudnya...
" Pregnant?."
" Yes!."
Aku terkedu. Aku mengandung ke? Tak mungkinlah. Period aku aje yang tak menentu kut.
" Abang nak sayang buat pregnancy test."
" Untuk?."
" Untuk tahu sayang mengandung atau taklah."
" Abang ni... Janganlah berharap sangat. Dina takut nanti kita kecewa dengan expectation kita sendiri padahal Dina tak mengandung pun."
" Sayang... Sayang tak test pun lagi. Cuba doa yang baik-baik. Husnudzon, sayang."
" Bukan tak nak husnudzon. Cuma Dina takut kita kecewa kalau result dia negatif nanti."
Dia menggeleng. " Abang yakin sayang mengandung."
" Confident aje dia ni."
" Mestilah. So, now... sayang kena buat pregnancy test tu. Abang nak tahu result dia. Kejap, abang pergi ambil." Dia keluar dari dressing room. Ambil pregnancy test.
Tak lama kemudian dia datang semula. Di tangannya ada kotak pregnancy test yang telah dibuka. Dia hulurkan kepada aku. Aku menyambutnya dengan hati yang berdebar-debar.
Seperti apa yang dia mahukan, aku masuk ke dalam bilik air semula. Kunci pintu. Abang Aidid tu bukan boleh dikira. Buatnya dia terjah masuk, haru!
Lebih kurang sepuluh minit, aku keluar semula. Bersama pregnancy test di tangan.
Dia rupanya setia menanti di luar bilik air. Nampak aje aku, terus tegak tubuh dia. Wajahnya kelihatan teruja. Tak sabar nak tahu keputusannya.
" Macam mana?."
Teragak-agak aku menghulur pregnancy test itu kepadanya. Sebab aku sendiri masih tak percaya dengan keputusan itu.
Dia menyambut. Lalu matanya turun melihat keputusan di tangan.
YOU ARE READING
URUSAN HATI (new version)
General FictionDisebabkan trauma dengan perkahwinan ibu bapanya, Hayfa Irdina langsung tak berniat untuk berkahwin. Bercinta pun tidak. Baginya, apabila bercinta pasti akan melangkah ke fasa perkahwinan. Disebabkan itulah, dia tak pernah kenal dengan mana-mana lel...