Bab 48

2.9K 85 2
                                    

ANGIN sepoi-sepoi bahasa menyapa lembut tubuh aku. Ketika itu aku sedang berehat di bangku kayu di luar rumah keluargaku. Aku mengusap lembut perutku. Duduk berseorangan di luar ni, ditemani angin yang bertiup lembut tanpa diganggu membuatkan hati ini menjadi lebih tenang. Hilang keresahan yang melanda jiwa aku dalam diam sejak akhir-akhir ini

Aku tahu kenapa aku rasa begitu.

Kalaulah aku ada kekuatan, sudah pasti aku akan lakukannya sekarang. Tapi, disebabkan ego yang masih tersisa yang buatkan aku menahan niatku itu.

Atas alasan itu jugalah aku ajak Abang Aidid tidur di sini. Sudah dua malam kami tidak pulang ke rumah kami. Nasib baiklb Abang Aidid hanya bersetuju dan tidak bertanya apa-apa.

Aku mengeluh perlahan.

Sampai bilalah aku nak macam ni? Minta maaf ajelah, Dina. Bukannya susah sangat pun nak minta maaf.

" Dina..." Tersentak aku bila nama aku dipanggil oleh ayah. Dia datang mendekat.

" Boleh ayah duduk?." Bebola mataku bergerak tak tentu arah. Segan nak bertentang mata dengan ayah.

" Duduklah."

Dia senyum seraya melabuhkan punggung. Mungkin lega bila aku tidak lagi mengelak darinya.

Tidak seperti sebelum ini, aku banyak mengelak. Nampak aje ayah, aku terus berganjak. Kalau boleh, tak nak pun duduk satu ruang dengan ayah. Berbeza dengan sekarang.

Aku telan liur. Betulkan posisi duduk aku. Rasa janggal duduk berdua-duaan dengan ayah. Maklumlah, tak biasa.

" Buat apa duduk dekat sini seorang-seorang? Mana Aidid?."

" Err... Abang Aidid keluar. Belikan cucur udang untuk minum petang."

" Oh..."

Aku bermain-main dengan kuku sendiri. Haih... Dan dan rasa nak masuk dalam rumah. Tapi, punggung aku terasa bagaikan digam di tempat aku duduk.

" Mama mana?." Soalku pula. Tak mahu kesunyian menambahkan lagi kejanggalan yang mengisi suasana pada petang itu.

" Mama ada dekat dapur tu. Tengah buat tepung pelita. Sejak-sejak dah pandai buat tepung pelita ni, rajin pula dia buat kuih tu. Sebelum ni, dia beli aje dekat gerai-gerai tepi jalan tu." Beritahu ayah berbaur gurauan.

Aku ketawa kecil.

" Baby macam mana? Okay?."

" Okay. Doktor cakap baby sihat."

" Alhamdulillah... Dina pula macam mana? Ada morning sickness ke? Apa-apa alahan?."

" Tak ada. Tapi, Abang Aidid ada alahan. Dia tak boleh bau perfume yang Dina selalu pakai. Kalau bau, asyik nak muntah aje." Ceritaku. Kadang-kadang tu geramlah juga dengan alahan suami aku tu. Tak pasal-pasal aku kena stop pakai perfume Victoria Secret tu. Dahlah aku suka perfume tu. Disebabkan tak nak dia muntah-muntah, aku terpaksalah beralah.

Dia punya alahan tu kalah aku yang mengandung ni.

Ayah ketawa. Terhinjut-hinjut bahunya.

" Ye ke? Samalah macam ayah masa mama Dina mengandungkan Dina dulu. Bila ayah bau aje perfume yang mama pakai tu, terus muntah-muntah. Busuk bau dia. Tak boleh tahan! Merajuk juga mama masa tu. Jenuh ayah pujuk. Lepas tu, dia dah tak pakai dah perfume tu sepanjang mengandung. Lepas bersalinkan Dina, barulah dia pakai."

" Oh.. ye ke?."

" Iya." Ayah menggeleng sambil ketawa lagi. Dan bila ketawanya berhenti, senyuman pula yang terhias di bibirnya.

" Ayah rindu sangat momen-momen macam tu. Momen yang indah sekali dalam hidup ayah. Lagi-lagi waktu ayah azankan along dan iqamatkan Dina dan angah selepas kamu semua dilahirkan."

Aku tersenyum nipis. Hanya menadah telinga, mendengar cerita yang keluar dari mulutnya.

" Sekejap aje masa berlalu. Anak-anak ayah dah besar dah sekarang ni. Dah ada anak-anak. Tak lama lagi, Dina pula akan melahirkan. Ayah bersyukur sebab Allah masih bagi peluang pada ayah untuk lihat semua ni. Nasib baik mama, along dengan angah, semua maafkan ayah. Cuma Dina aje yang masih tak maafkan ayah."

Aku telan air liur kelat. Menunduk. Rasa terpukul dengan kata-kata ayah.

" Sejujurnya Dina, ayah betul-betul rindukan keluarga kita yang dulu. Yang bahagia. Tapi siapalah ayah untuk mohon maaf pada Dina. Ayah sedar ayah tak layak dimaafkan. Ayah... Terlalu kejam pada kami semua. Maafkan ayah." Ayah menoleh. Mataku terpaku pada panahan mata ayah yang telah berair dan merah. Sekali lagi aku telan air liur. Rasa bersalah semakin mencengkam hatiku.

Jelas sekali mata itu menunjukkan keikhlasan yang datang dari hatinya. Kerana itu juga, hati ini semakin yakin dengan keputusan aku. Yang selama ini sering bertangguh kerana ego yang sukar dibuang.

" Ayah..." Suaraku setelah beberapa saat ayah berdiam. Aku tahu ayah sedang menahan sebak. Aku mengambil peluang itu untuk menjernihkan semula keadaan.

" Dina... Dina minta maaf." Sekali nafas aku berkata. Tangan digenggam bagi mengumpul kekuatan. Air mata yang laju mengalir di pipi tak dipedulikan.

" Dina tak sepatutnya hukum ayah atas kesilapan ayah yang dulu. Dina tahu ayah dah berubah tapi Dina ego juga. Tetap tak nak maafkan ayah. I'm sorry, ayah. I' shouldn't treat you like that. Dina minta maaf, ayah."

Tanpa aku sangka, ayah menarik aku ke dalam pelukan. Bertubi-tubi dia mencium ubun-ubunku. Lagilah laju air mata aku mengalir. Aku juga membalas pelukannya.

Aku rindukan saat-saat ini. Dipeluk dan dicium ayah dengan penuh kasih sayang. Kali terakhir aku dapat adalah sewaktu aku masih kecil.

" Dina minta maaf..." Sekali lagi aku meminta. Tangisanku pecah. Tak dapat ditahan lagi.

" Dina tak perlu minta maaf. Ayah yang bersalah. Ayah dah lukakan hati anak ayah yang terlalu sayangkan ayah. Ayah minta maaf."

Aku mengangguk tanda sudah memaafkan.

Pelukan kami terlerai. Ayah seka air mata di pipi aku.

" Sudahlah tu. Dina tak boleh menangis. Nanti baby pun sedih."

" Jadi, kita kosong-kosong?." Soal ayah.

Aku mengangguk laju-laju. Kemudian, tersenyum.

" Kosong-kosong."

" Kita buka buku baru. Tutup buku lama."

Aku mengangguk lagi. Setuju saja dengan ayah.

Bibir ayah tersenyum lebar.

Hati aku rasa lapang selapang-lapangnya. Mungkin juga kerana aku sudah membuang bara dendam yang sudah hampir sebati dengan diri jauh-jauh. Resah yang aku rasakan sebelum ini juga hilang.

Setelah ego dibuang demi mencipta kebahagiaan.

Alhamdulillah...  setelah bertahun-tahun, kasih antara anak dan ayah kembali bertaut.




Bersambung...

URUSAN HATI (new version)Where stories live. Discover now