AKU lihat Mikael yang sedang makan nasi ayam itu. Macam tak makan dua hari. Gelojoh betul. Nasib baik comel!
Aku lap sisa nasi yang melekat di tepi-tepi bibirnya.
" Sedap?."
" Sedap!."
" Nak makan apa lagi lepas ni?."
" Aiskrim!."
" Okay, sayang..."
Mikael ajelah anak saudara yang paling aku rapat. Dengan anak Kak Ngah, aku tak rapat sangat sebab mereka menetap di Johor. Jarang berjumpa. Tapi kalau berjumpa, aku layan aje kerenah mereka. Layankan aje apa yang mereka minta. Aku ni dah macam bank bergerak mereka setiap kali kami keluar bersama.
Tapi aku tak kisah pun sebab mereka anak buah aku. Aku sayang mereka. Duit aku habis kepada mereka pun aku tak kisah. Asalkan mereka happy keluar dengan aku.
" Ehem!." Kepalaku terngadah sendiri. Nampak dia berdiri di tepi mejaku. Aku jeling Abang Aidid.
Merajuk!
" Uncle Aidid!."
" Hai... Mikael. Makan apa tu?." Dari ekor mata, aku nampak abang Aidid mengambil tempat di sebelah Mikael.
" Mikael makan nasi ayam. Sedap... "
" Oh. Uncle nak sikit boleh?."
" Tak boleh. Ini Mikael punya. Uncle nak, uncle orderlah sendiri."
Aku tahan bibir daripada tersenyum. Bagus, Mikael!
" Kedekutnya! Siapa yang ajar ni? Acik Su ke?." Dia jeling aku.
" Eh, suka hati aje nak petik-petik nama orang."
" Dah dia rapat dengan Dina, abang petiklah nama Dina." Aku jelir lidah kepadanya. Pakej dengan jelingan maut. Entah daripada mana entah datang, lepas tu nak cari gaduh dengan aku.
Huh!
Menyakitkan hati....
" Buat apa datang sini?."
" Abang ternampak Dina dengan Mikael kat sini, abang datanglah. Kenapa tak boleh ke?."
" Memang tak boleh!."
" Kenapa pula? Restauran ni bukan Dina yang punya. Tak ada pula tertulis dekat depan pintu tu yang abang tak boleh masuk sini."
Aku kecilkan mata ke arahnya. Dia juga enggan mengalah, tak langsung melarikan anak matanya. Kami berdua bagaikan menyertai pertandingan saling merenung. Siapa kelip mata dulu dia yang kalah.
Tak lama mata kami bertaut disebabkan aku yang berpaling dahulu. Malas nak pandang dia lama-lama. Bertambah sakit hati pula nanti.
Aku silang tangan ke dada. Telingaku menangkap tawa halus darinya. Seolah-olah ketawakan aku kerana kalah dengan renungannya.
" Acik Su merajuk ke?." Soal Abang Aidid. Aku hanya diam. Malas nak cakap dengan dia. Kes pagi tadi tak habis lagi. Selagi dia tak bagitahu aku siapa perempuan tu, selagi tu aku tak puas hati.
Selagi tu aku nak merajuk!
" Kenapa Acik Su merajuk? Uncle buat apa dekat Acik Su?."
Haaa buat apa? Aku angkat kening pada abang Aidid.
Abang Aidid gelak.
" Uncle pujuklah Acik Su. Buat macam papa pujuk mama. Kalau mama merajuk kan, mesti papa pujuk. Sebab papa cakap kalau orang tu merajuk dengan kita, kita kena pujuk dia. Itu tandanya kita sayang dia. Uncle tak sayang Acik Su ke?."
YOU ARE READING
URUSAN HATI (new version)
General FictionDisebabkan trauma dengan perkahwinan ibu bapanya, Hayfa Irdina langsung tak berniat untuk berkahwin. Bercinta pun tidak. Baginya, apabila bercinta pasti akan melangkah ke fasa perkahwinan. Disebabkan itulah, dia tak pernah kenal dengan mana-mana lel...