RUANG tamu rumah Mak Long dan Pak Long dipenuhi ramai orang kerana majlis aqiqah anak Puteri. Dah pukul 3 pun masih lagi ramai. Suara-suara mereka yang bising buatkan kepala aku jadi pusing. Pening!
Lalu, aku berlalu ke dapur. Tak selesa duduk di ruang tamu lama-lama. Lemas dan rimas! Tak tahu kenapa aku rasa macam tu. Nasib baiklah tak ada orang di dapur. Aku melabuhkan punggung di meja makan.
Perlahan-lahan memicit kepala yang berdenyut-denyut. Kenapa sakit sangat ni? Sebab cuaca panas sangat ke? Haih...
" Dina... Awat duduk sini? Tak duduk dekat depan nuh." Tegur Mak Long. Terhinjut bahu aku.
" Dekat depan tu ramai orang sangatlah mak long. Dina pening."
" Pening? Hang pi berehat dalam bilik adik Puterilah. Selesa sikit."
" Tak apalah. Dina duduk dekat sini ja."
" Pi lah naik. Duduk dekat bilik Syifa tu."
" Syifa! Ooo Syifa!."
" Ya, mak." Syifa datang bila namanya dilaung oleh mak long.
" Bawak kak Dina hang naik. Suruh dia berehat dalam bilik hang. Dia pening kepala tu."
" Kak Dina pening kepala? Ha, jomlah masuk bilik Syifa. Selesa sikit berehat kat situ."
Tanpa berfikir panjang lagi, aku hanya bersetuju dengan ajakan Syifa. Ikut dia naik ke atas dan masuk ke dalam biliknya. Aku tanggalkan tudung dan sangkutkan tudung di tempat menyangkut. Kemudian, berbaring di atas katil Syifa.
Lega aku dapat berbaring macam ni. Namun, kepala masih berdenyut-denyut." Kak Dina berehat eh. Syifa nak turun bawah kejap. Kalau nak apa-apa WhatsApp aje."
Aku sekadar mengangguk. Lepas Syifa dah keluar, aku cuba pejamkan mata. Berharap sakit kepala ini lekas hilang.
Tanpa sedar, aku terlelap.
Sehinggalah satu sentuhan di lenganku buat aku terjaga. Perlahan-lahan aku membuka mata. Dalam kesamaran, aku nampak Abang Aidid duduk di sebelah aku.
" Abang..."
" Sayang. Sayang okay tak?."
Aku cuba bangkit dengan bantuan Abang Aidid. Rambut yang sedikit kusut dirapikan semula.
" Okay. Tadi pening kepala sikit. Sekarang dah hilang dah pening kepala tu."
" Betul ni? Kalau pening lagi, abang nak bawa sayang pergi klinik." Ujarnya dengan wajah yang jelas risau denganku.
" Dah hilang dah. Abang janganlah risau."
" Macam mana abang tak risau? Mak Long tiba-tiba datang dekat abang tadi bagitahu sayang pening kepala. Abang naik sini tadi tengok sayang dah tidur. Tak sampai hati nak kejut."
" Sorry, abang."
Dia menghela nafas. Rambutku diusap-usapnya lembut.
" Jomlah kita balik rumah mama. Mama dengan ayah dah balik dulu tadi dengan along."
Aku mengangguk. Turun dari katil perlahan-lahan. Tudung dicapai dan aku memakainya ala kadar. Asal awning dia terbentuk elok pun dah cukup. Tak ada mood nak berlawa-lawa lagi dah.
YOU ARE READING
URUSAN HATI (new version)
Ficción GeneralDisebabkan trauma dengan perkahwinan ibu bapanya, Hayfa Irdina langsung tak berniat untuk berkahwin. Bercinta pun tidak. Baginya, apabila bercinta pasti akan melangkah ke fasa perkahwinan. Disebabkan itulah, dia tak pernah kenal dengan mana-mana lel...