HUJUNG MINGGU...
Aku bawa Mikael keluar jalan-jalan di shopping mall. Dah lama aku tak bawa dia keluar. Memandangkan hari ni aku cuti. Aku bawalah dia.
" Acik Su. Mikael nak aiskrim Sundae."
" Nak aiskrim? Okay, jom kita pergi beli."
" Yeay!." Aku pimpin tangan Mikael dan melangkah ke arah food court. Sampai di Mc Donald, aku terus ke kaunter. Memesan aiskrim Sundae berperisa coklat untuk aku dan Mikael.
" Eh, Acik Su. Itu bukan Uncle Aidid ke?."
" Mana?."
" Sana tu." Aku melihat ke arah yang ditunjuk Mikael. Mataku terus terpaku pada susuk tubuh Abang Aidid bersama seorang lelaki. Mereka nampak serius. Mungkin sedang berbincang soal kerja.
Pesanan aku sudah siap. Aku ambil aiskrim itu.
" Mikael nak pergi dekat unclelah."
" Eh, Mikael!." Belum sempat aku menghalang, si kecil itu lebih pantas melangkah ke sana. Aku terus mengejarnya. Nasib baik budak itu selamat sampai dekat Abang Aidid. Risau aku tengok dia berlari tadi. Takut dia terjatuh aje.
Bila aku semakin menghampiri mereka, Abang Aidid pusing melihatku. Kedua-dua Abang Aidid dan lelaki di hadapannya terkejut melihat kemunculanku.
" Abang... I'm sorry. Dina tak sempat nak halang Mikael tadi. Dia terus pergi dekat abang lepas dia nampak abang."
" Nah, it's okay. Abang okay aje." Dia mengusap-usap kepala Mikael. Aku menghembus nafas lega. Risau juga kalau dia marahkan aku sebab Mikael dah kacau dia.
" Mikael... Lain kali jangan buat macam tu lagi. Acik Su tak suka. Terus lari macam tu tak tunggu Acik Su. Kalau jadi apa-apa tadi macam mana? Apa Acik Su nak jawab dengan papa dan mama?."
Muka Mikael berubah. Macam nak menangis.
" Hey, don't scold him. He's still a kid, sweet girl."
Aku menghela nafas kasar. Sedaya upaya mengawal emosi sendiri. Biarpun hati masih risau dengan apa yang terjadi tadi.
Tiba-tiba baru sedar, ada orang lain di situ. Dia senyum seraya menundukkan sedikit kepalanya kepadaku.
" Cik Dina..."
" Hai..." Aku membalas senyumannya. Siapa dia ni? Kawan Abang Aidid atau pun kliennya? Tak pernah nampak pun.
" Karl, you may go now. Apa-apa nanti update dekat aku."
" Baik, Dato'. Saya minta diri dulu. Cik Dina..." sekali lagi dia tunduk padaku. Aku pelik. Macamlah aku ni ma'am besar dia nak tunduk-tunduk bagai.
" Siapa tu? Pekerja abang ke?."
" Haah. Kenapa?."
" Handsome!." Sekali pandang memanglah nampak rupanya biasa-biasa aje. Tapi bila pandang lama-lama macam luar biasa pula. Dia dah ada girlfriend ke belum eh?
" Ehem!."
Aku tersentak. Baru sedar yang Karl sudah hilang dari pandangan. Aku tengok Abang Aidid. Dia tenung aku tajam.
" What?."
" Depan mata ni tak cukup handsome lagi ke? Lower your gaze, sweet girl. Remember that you are still my girlfriend." Keras sekali peringatannya.
Eh.... Macam ada tanda-tanda cemburu aje. Aku tersenyum nakal. Timbul niat mahu mengusiknya.
" Kenapa? Jealous Dina puji Karl?."
" Haah. Abang jealous. So, don't you ever praise him again. At least not in front of me. Itu pun kalau Dina tak nak jadi penyebab dia hilang kerja."
Mulutku ternganga. " Tak kanlah pasal Dina puji dia, abang nak pecat dia? Gila ke?."
Bibirnya tersungging senyuman sinis.
" I can be more crazier than you think."
Aku telan liur. Seram bila dengar dia cakap macam tu. Tak pernah aku melihat sisi dia yang ini. Posesif!
" Mikael buat apa datang sini? Shopping dengan Acik Su ke?."
" Haah. Acik Su nak bawa Mikael tengok wayang sekejap lagi. Kan, Acik Su?."
Aku mengangguk.
" Kalau macam tu, uncle nak joinlah. Kita tengok wayang sama-sama. Boleh tak?."
" Boleh. Mestilah boleh. Acik Su mesti lagi suka kalau uncle join."
Eh budak ni.... Pandai menyakat aku. Aku makan aiskrim dia baru dia tahu. Biarlah dia nak menangis sekalipun, ada aku kisah.
" Mestilah Acik Su suka. Dia kan tak boleh kalau uncle jauh-jauh dari dia. Kan, Acik Su?."
Mataku mengecil melihatnya. Dua orang ni kalau bergabung, memang aku kalah. Nasib baik dua. Kalau ada along sekali ni, it's a triple killer bagi aku.
SELEPAS movie pilihan Mikael habis, kami keluar dari panggung. Bukan main seronoklah lagi Mikael. Yalah... Dapat tengok cerita yang dia nak. Melompat-lompat gembirlah dia.
" Dina. Abang ada nak beli something sekejap. Dina dengan Mikael pergilah food court dulu. Nanti abang datang.
" Kita nak makan apa?."
" Terpulanglah dekat Dina."
" Nak nasi ayam."
Aku dan Abang Aidid saling berpandangan. Aku menggeleng-geleng kepala. Haihla... Kalau dah hantu nasi ayam tu, nasi ayam jugalah yang dicari.
Abang Aidid ketawa kecil. Dia tunduk sedikit ketika bercakap dengan Mikael.
" Mikael nak makan nasi ayam, ya?."
Laju Mikael mengangguk. " Okay. Kita makan nasi ayam hari ni."
" Yeay!."
Aku mengeluh. Jangan tanyalah kenapa aku dah naik muak makan nasi ayam. Sebab budak ni lah. Tak habis-habis nasi ayam. Balik rumah pun dia minta nasi ayam dengan tok ma dia. Agaknya bini along dulu mengidam nasi ayam kot masa mengandungkan dia. Itu yang sampai sekarang nasi ayam aje yang diminta.
Abang Aidid berlalu. Aku dan Mikael pergi ke restoran nasi ayam yang ada di foodcourt itu. Nasib baik ada menu lain di situ. Tak perlulah aku order nasi ayam juga.
Bila pelayan datang, aku pesan nasi ayam untuk Mikael. Nasi goreng cina untuk aku dan mee goreng basah untuk Abang Aidid.
Tak lama selepas itu, Abang Aidid muncul dengan sejambak bunga. Bunga itu dihulur kepadaku. Aku lihat dia. Terkejut. Keadaan itu menarik perhatian pelanggan-pelanggan di restauran itu. Mereka melihat sambil tersenyum-senyum.
" Bunga lagi?." Suaraku diperlahankan.
" Like I told you... I will give you flowers until 100 days."
Ya. Aku tak lupa pasal tu. Cuma tak sangka dia betul-betul kotakan apa yang dia cakap. Aku tak perlukan pun bunga ni. Untuk apa dia bagi? Tak faham aku.
" Abang ni... Membazirlah. Lain kali tak payahlah bagi bunga ni semua. Abang bagi ajelah dekat crush abang tu. Dia yang sepatutnya dapat bunga ni. Bukannya Dina."
" Nantilah abang bagi. Yang penting Dina dulu. Dina lebih layak dapat bunga ni."
" Kenapa pula?."
" Because you always make me happy even just by thinking of you."
Aku terdiam.
Dan-dan dadaku dilanda debaran yang menggila. Apatah lagi bila lihat senyuman dia yang mampu memikat hati mana-mana perempuan termasuklah aku.
Kenapa aku rasa lain macam ni? Did he just confess his feeling to me?
Bersambung...
YOU ARE READING
URUSAN HATI (new version)
Ficción GeneralDisebabkan trauma dengan perkahwinan ibu bapanya, Hayfa Irdina langsung tak berniat untuk berkahwin. Bercinta pun tidak. Baginya, apabila bercinta pasti akan melangkah ke fasa perkahwinan. Disebabkan itulah, dia tak pernah kenal dengan mana-mana lel...