Bab 40

3K 85 1
                                    

AKU masuk ke dalam bilik dengan langkah yang teragak-agak. Meliar mataku memandang ruangan sekitar bilik tidur kami. Dan mataku terpaku pada
Abang Aidid yang sedang berdiri di balkoni sambil merenung jauh. Kedua-dua tangannya berada di dalam poket seluar. Entah apa yang dia fikirkan pun aku tak tahu. Tapi, aku yakin ianya mesti tentang apa yang baru sahaja berlaku tadi.

" Abang..." panggilku. Lalu berdiri di sebelahnya.

Dia menoleh ke arahku. Dalam masa sesaat wajah yang tegang tadi bertukar lembut.

" Abang okay?." Soalku.

" Okay aje."

" Tipu. Kalau abang okay, abang tak kan jadi macam ni."

" Abang okay sayang... Don't worry, okay?."

" No. Dina tahu abang tak okay. Ceritalah apa yang abang fikirkan. Dina kan isteri abang. Tak kan itu pun abang nak berahsia." Suaraku. Seakan-akan mahu merajuk. Kalau boleh, aku nak dia kongsikan semua masalahnya dengan aku. Tak kiralah penting atau tidak baginya. Aku tetap nak tahu.

Dia ketawa halus. Jelas kedengaran hambar di telingaku.

" Tak ada apa-apa pun sayang. Abang cuma rasa penat."

" Penat sebab hal tadi?."

Dia diam. Cukup buat aku faham yang tekaan aku tepat pada sasarannya.

Lantas, aku memeluk tubuhnya dari belakang. Mahu membuatnya tenang dengan caraku sendiri.

" Abang tak payahlah fikir pasal dia. Nanti abang sakit balik pula."

" Macam mana abang tak fikir? Dia tak habis-habis nak kacau abang. Kacau rumah tangga kita. Ingatkan lepas kita kahwin dia tak kan kacau lagi dah. Rupanya masih sama. Tak tahulah apa yang dia nak."

" Abang risau kalau dia pelan sesuatu aje tanpa pengetahuan kita. Dan yang paling abang risau kalau dia cuba nak apa-apakan sayang."

" Alaa.. Pandai-pandailah Dina jaga diri. Lagipun, Dina tak rasalah dia berani nak buat macam tu dekat Dina."

" Sayang... Kita tak tahu tau apa yang dia boleh buat. Macam mana kalau dia memang nak buat benda yang tak baik kat sayang? Hurmm?."

" Abang ni. Janganlah fikir yang bukan-bukan. Dina tahu dia tak sekejam tu."

Abang Aidid mendengus. Dia leraikan pelukan dan menarik tubuh aku ke hadapannya.

" Sayang. She's unpredictable. Kita tak tahu apa yang dia akan buat lepas ni. Abang cuma harap sayang jaga diri baik-baik. Nak pergi mana-mana bagitahu abang. Tak pun, share location. Tak adalah abang risau sangat nanti."

" Alah Khai kan ada. Abang upahlah dia balik jadi bodyguard Dina macam dulu. Apa susah? Macam tak biasa buat pula." Sempat aku menyinis.

" Perli abanglah tu." Dia kerling ke arahku.

Aku hanya sekadar mengangkat bahu.

" Abang jangan risaulah. Dina pandai jaga diri. Lagipun, Dina mana pergi mana-mana sangat. Paling-paling pun pergi hotel sebab kerja. Lepas tu balik rumah. Mana ada Dina selalu keluar. Kalau keliar pun bukannya seorang. So, dia tak kan berani punya nak buat benda yang tak elok dekat Dina." Terangku. Mahu kurangkan kerisauan yang melanda dirinya tentang aku.

Tipulah kalau aku cakap, aku tak terfikirkan hal yang sama macam yang Abang Aidid fikirkan tapi aku mampu lakukan hanyalah sentiasa berhati-hati.

Sebab aku tak tahu apa yang bakal terjadi. Boleh jadi, aku hanya berfikiran buruk sedangkan Felisha tak pernah terlintas untuk melakukan apa sahaja yang kami berdua fikirkan.

URUSAN HATI (new version)Where stories live. Discover now