Bab 36

2.5K 91 3
                                    

JASAD yang kaku itu aku pandang dengan air mata yang bergenang. Wajah kacak yang selalu manis dengan senyuman itu tidak lagi berseri. Bibirnya pucat tak bermaya.

Aku rindukan senyuman dia. Gelak tawanya. Usikan nakalnya padaku. Semua itu bagaikam memori indah yang saling berputar di ingatanku sejak dua hari dia tidak sedarkan diri. Selepas menjalani pembedahan.

Kekura tangannya yang dingin itu aku bawa ke bibir. Mengucupnya dengan penuh rasa kasih. Tidak seperti sebelum ini, aku hanya mengucupnya atas dasar hormat.

" Abang... Bangunlah. I miss you so much. Janganlah buat Dina macam ni. Abang cakap abang sayangkan Dina. Tapi kenapa abang tak sedar-sedar lagi?." Soalku walaupun tahu soalanku tak mungkin dibalas.

" Abang sengaja kan buat Dina macam ni? Sengaja buat Dina rasa bersalah sebab Dina selalu layan abang endah tak endah aje sebelum ni. Selalu ikutkan ego." Aku sembam wajah ke katilnya. Bila teringatkan semua itu, semakin aku dihimpit rasa bersalah yang menggunung. Sungguh aku rasa berdosa. Masih ada tanggungjawab aku terhadapnya yang masih belum ditunaikan.

" Abang bangunlah. Kalau abang bangun, Dina janji Dina akan jadi isteri yang terbaik untuk abang. Dina akan jalankan tanggungjawab Dina sebagai isteri sebaik-baiknya. Dina janji." Suaraku lagi. Bukan sekadar omongan kosong tapi itulah yang akan aku laksanakan jika dia sudah sedar nanti. Aku tak nak rasa berdosa lagi. Aku nak jadi isteri yang sebetul-betulnya dalam erti kata sebenar. Bukan hanya pada status tapi kepada setiap tanggungjawab yang aku perlu laksanakan. Yang sepatutnya aku tunaikan sebaik sahaja bergelar isterinya.

Seperti tadi, dia masih tak membalas. Masih kaku dan diam.

Buat aku hilang semangat untuk terus berkata-kata.

Keluhan terbit dari bibirku.





KELUAR dari surau, aku melangkah ke bilik yang menempatkan Abang Aidid. Ketika aku hampir sampai di hadapan bilik itu, aku nampak susuk tubuh Felisha. Dia baru keluar dari bilik Abang Aidid. Pantas, aku mendekatinya.

" Felisha!."

Aku tajamkan pandanganku bila mata kami bertemu.

" Apa kau buat dekat sini?," Soalku. Kasar.

" Aku melawat Iskandar."

" Macam mana kau tahu dia masuk hospital?."

Felisha senyap. Tak membalas soalanku.

" Buat apa kau melawat dia? Dia bukannya sesiapa lagi pada kau."

" Kau silap, Dina. Dia seseorang yang penting bagi aku. Dia pemilik hati aku."

Menyirap darahku mendengarnya. Selamba sahaja dia berkata begitu. Kalau bukan kerana kami sedang berada di hospital, ringan sahaja tangan ini mahu naik ke pipinya. Biar dia sedar sikit yang dia sedang bercakap dengan isteri kepada lelaki yang dikatakan pemilik hatinya itu.

" Kau sedar tak yang dia tu suami aku? Tak malu ke cakap macam tu depan aku?."

" Buat apa nak malu? Aku cuma cakap benda yang betul. Iskandar adalah pemilik hati aku sampai bila-bila. Kenapa? Kau rasa tergugat ke dengan aku?."

Aku ketawa halus. Sinis.

" Mana-mana isteri pun akan tergugat kalau ada perempuan yang cuba nak rampas suami dia. Termasuklah aku."

Felisha melepaskan tawanya. Kecil saja dia pada pandanganku ketika itu. Dadaku berombak kencang. Kemarahanku semakin meluap-luap.

" Kau janganlah risau. Kalau kau tak sanggup nak bercerai dengan Iskandar, kita boleh bermadu. Aku sanggup jadi isteri kedua dia. Asalkan dia jadi milik aku sepenuhnya."

" Betullah kau ni memang perempuan yang tak tahu malu. Sampai sanggup nak jadi isteri kedua suami aku. Nak jadi madu aku? Langkah mayat aku dulu, Felisha. Aku tak akan biarkan perkara tu terjadi. Kau jangan bermimpi nak jadi madu aku!." Tegasku. Jika dia fikir yang aku akan mengalah dan membiarkan dirinya menang dengan merampas Abang Aidid daripada aku, dia silap! Aku tak akan benarkan perkara itu terjadi.

Abang Aidid suami aku. Aku ada hak ke atas dia kerana aku adalah isteri dia yang sah.

" Kau ingat aku takut dengan kau? Aku tak takutlah, Dina. Aku akan pastikan Iskandar jadi milik aku nanti. I'll do whatever it takes just to make him mine again!."

" Dia suami aku, Felisha! Terimalah kenyataan yang dia tu tak akan jadi milik kau. Kau dengan dia dah bercerai dua tahun yang lepas. Kau fikir dia akan terima kau semula ke? Sudahlah kau curang dengan dia dulu. Sekarang ni, baru nak terhegeh-hegeh nakkan dia semula. Kau fikir dia tu apa? Barang yang kau boleh ambil dan buang sesuka hati kau?."

" Hidup aku, suka hati akulah. Kau tak ada hak untuk judge apa yang aku buat. Macamlah kau tu baik sangat!." Balasnya seraya menjulingkan matanya ke atas ke arahku. Mahu menunjukkan betapa jeliknya dia terhadap aku.

" Aku tak pernah cakap aku baik. Tapi sekurang-kurangnya aku tak pernah curang dengan Abang Aidid. Not like you! You cheated on him." Sekali lagi aku bersuara. Mempertahankan diri.

" Ya. Memang! Memang aku pernah curang dengan dia. Tapi dulu. Aku dah berubah. Aku nak jadi yang terbaik untuk dia. That's why he has to mine. Supaya aku boleh tebus balik kesalahan aku yang dulu."

Aku merengus. Sinis.

Tanganku mengepal penumbuk. Dia memanh mencabar kesabaran aku. Mahu saja aku mengamuk dan halau dia pergi dari sini tapi aku tak mahu membuat kecoh. Lagipun, tak guna aku jatuhkan maruah diri aku semata-mata kerana perempuan tak tahu malu seperti dia.

" Kau cubalah buat apa saja untuk rampas dia daripada aku sekalipun, aku tak kan benarkan perkara tu terjadi. Aku tak kan biarkan kau menang, Felisha!." Aku tentang matanya dengan berani. Biar dia tahu yang aku tak main-main.

" We'll see. Cuma aku nak ingatkan kau, jangan yakin sangat yang Iskandar tu akan terus jadi suami kau. Silap-silap nanti, kau jadi janda." Felisha ketawa. Jelas dia sedang menyindirku. Buat hati ini semakin rasa tersiat-siat.

Aku pandang tubuh Felisha yang semakin lama semakin melangkah jauh dengan pandangan yang berbalam-balam.

Sejujurnya, aku cuma berpura-pura kuat. Hakikatnya, aku taklah sekuat mana. Kehadiran Felisha sangat memberi kesan terhadap aku.

Sakit, pedih dan perit yang aku rasa terpaksa aku telan seorang. Sedikit-sebanyak, kata-kata Puteri menggugat hati aku. Buat aku takut dengan apa yang bakal terjadi pada hubungan aku dan Abang Aidid.

Tiba-tiba aku jadi ingat pada kejadian berbelas tahun yang lalu. Kejadian ayah meninggalkan keluarga aku. Disebabkan seorang perempuan yang aku gelar sebagai perampas.

Tak sangka yang aku perlu berhadapan dengan situasi yang sama seperti dahulu. Cuma bezanya kali ini ialah lelaki yang akan dirampas itu adalah suami aku bukan ayah.





Bersambung...

Disebabkan saya terpadam yang sebelum ni, jadi penulisan di chapter ini berbeza. Tak ingat apa yang saya tulis sebelum ni so terpaksalah tulis yang baru. Huhu apolah nasib den😭

URUSAN HATI (new version)Where stories live. Discover now