BELUM masuk waktu tengah hari lagi aku dah keluar dari ofis. Aku memandu ke butik Puteri. Puteri ialah sepupu aku sebelah mama. Kami rapat daripada kecil. Dia tahu semua rahsia aku.
" Puteri mana?." Soal aku kepada pekerja Puteri yang menjaga kaunter butik itu.
" Ada dekat sana." Dia tunjuk arah Puteri berada. Nampak Puteri sedang membaca majalah. Macam nak tembus mata dia tengok majalah tu. Entah apalah yang menarik sangat.
Aku melangkah ke sana perlahan-lahan. Puteri masih tak perasan akan kehadiranku. Timbul idea nakal untuk mengusiknya.
Bibirku tersenyum nakal.
Aku lihat di atas meja di hadapannya ada pemadam. Pemadam yang selalu digunakan Puteri bila dia mahu melukis pakaian rekaannya. Aku ambil pemadam itu lalu dicampak ke atas Puteri.
" Lipas!!! Lipas!!."
" Arghhhhh!!! Mana lipas? Mana? Mana?." Puteri menggelabah. Kuat suaranya memenuhi butik itu. Dia naik ke atas kerusi. Matanya melilau mencari serangga yang paling dia fobia itu.
Pecah gelakku.
" Hesy! Hayfa Irdina. Eeee... Geramnya aku dengan dia ni." Dia baling bantal ke arahku. Dengan tangkas aku menangkapnya. Ketawaku masih belum berhenti.
Puteri menjelingku dengan tajam. Dia kembali duduk seperti tadi. Majalah yang sudah dicampaknya, diambil kembali.
" Hang ni pasai apa? Tak ada kerja lain ka selain daripada mengusik aku?."
" Tak dak." Selamba aku membalas. Aku duduk di sebelahnya.
" Hang tengok apa daripada tadi lagi?." Aku tarik majalah di tangannya. Terpampang jelas wajah abang Aidid di muka surat ketiga majalah maskulin itu.
Aku membaca isi muka surat itu.
Dato' Aidid Iskandar.
CEO A.I HOLDINGS, syarikat pembinaan yang semakin maju di Malaysia, Indonesia dan China. Menerusi sidang media yang diadakan di hotel terkemuka di Guangzhou, beliau menjelaskan isu berkaitan syarikatnya di Guangzhou, China yang mengalami masalah kewangan akibat penyelewengan duit syarikat tersebut telah pun selesai. Bagaimanapun, dia tidak akan memandang remeh terhadap isu berkenaan agar kejadian tersebut tidak berlaku lagi. Beliau berkata, beliau terpaksa berulang alik Malaysia-China untuk memastikan perniagaan yang telah dibina bertahun-tahun itu kembali berjalan dengan lancar dan beroperasi dengan baik setelah beberapa bulan mengalami kemerosotan kewangan.
Selain soalan berkaitan kerjaya, wartawan Oh, Bintang! juga ada menyoalnya beberapa soalan berkaitan peribadi.
" Sudah 2 tahun Dato' menduda, tak ada ke Dato' terfikir untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi?."
" Ada juga terfikir. Cuma saya masih dalam fasa memikat hati dia." Balas beliau disusuli ketawa.
" Siapa wanita yang bertuah itu?."
" Rahsia." Jawab Dato' Aidid Iskandar disusuli dengan ketawa kecil.
Hmm... Agak-agak anda, siapakah wanita yang berjaya mencuri hati duda hot yang menjadi igauan para wanita di Malaysia itu? Apa-apapun kami dari Oh, Bintang! mendoakan agar urusan jodoh Dato' Aidid Iskandar dipermudahkan. Semoga perkahwinan kedua yang bakal beliau bina nanti akan berkekalan sehingga ke Jannah. Aamiin...
YOU ARE READING
URUSAN HATI (new version)
General FictionDisebabkan trauma dengan perkahwinan ibu bapanya, Hayfa Irdina langsung tak berniat untuk berkahwin. Bercinta pun tidak. Baginya, apabila bercinta pasti akan melangkah ke fasa perkahwinan. Disebabkan itulah, dia tak pernah kenal dengan mana-mana lel...