AKU keluar dari bilik air perlahan-lahan.
Melihat pemandangan di hadapan mata buat hati ini dilanda rasa cemburu. Aku memeluk tubuh. Bibir memuncung.
Sejak dah ada baby ni, Abang Aidid asyik bagi perhatian dekat anak aje. Sampaikan dah jarang bagi perhatian pada aku.
Kadang-kadang perbuatannya itu boleh buat aku senang hati sebab tak penat menjaga Ayden seorang-seorang sebab dia akan jaga Ayden sebaik sahaja pulang dari ofis tapi... Aku juga mahukan perhatian dia. Huwaa.
Gila kan aku?
Cemburu dengan anak sendiri.
Tapi, aku peduli apa. Abang Aidid suami aku. Aku pun nak perhatian dia juga. Bukannya Ayden Isyraf seorang aje.
Sorry, Ayden. Daddy tu mommy punya. Ayden tu orang ketiga aje.
Abang Aidid masih tak perasan akm kehadiran aku di belakangnya. Sibuk melihat wajah Ayden yang dah tidur tu di atas katil.
Lantas, aku duduk membelakanginya di birai katil.
" Ehem!."
" Eh, sayang..."
" Apa sayang-sayang? Dah abaikan orang lepas tu masih nak panggil sayang lagi. Huh!." Balasku. Merajuk!
" Sayang kenapa ni? Hmm?." Lewat dari ekor mata, aku lihat dia menghampiri aku. Dia memeluk aku dari belakang.
" Dina jealous. Abang bagi perhatian dekat Ayden aje. Dekat Dina tak pun!."
Abang Aidid ketawa.
" Kenapa abang gelak?."
" Dengan anak sendiri pun nak jealous ke sayang?."
" Yalah."Aku menjeling dia. Bangun dari duduk dan berura-ura untuk keluar dari bilik tidur kami.
Abang Aidid lebih pantas melelar tanganku. Menarik sehingga aku jatuh ke ribanya semula.
" Nak pergi mana?." Soalnya. Seakan-akan berbisik. Seksi. Ini yang aku lemah ni.
" Nak turun bawahlah. Abang kan sibuk dengan anak kita. Tak naklah kacau."
Dia ketawa. " Tak payahlah turun bawah. Abang nak bagi perhatian dekat isteri abang ni. Sayang tak nak ke? Tadi jealous tengok abang bagi perhatian dekat Ayden."
" Tak payahlah. Dina okay aje."
Abang Aidid menggeleng. " You're lying."
" Mana ada."
" Okay, abang minta maaf sebab dah buat sayang rasa macam tu. Abang cuma tak nak bebankan sayang aje jaga anak kita. Sayang dah penat bawa perut selama 9 bulan lebih, sekarang ni waktu sayang untuk rehat. Sebab tu abang jaga Ayden sepenuhnya."
Keikhlasan yang terpancar di wajah bersih suami aku itu, buatkan hati ini tersentuh. Terharu.
Langsung hilang rajukku. Lantas tanganku dibawa ke pipinya. Mengusap-usap kedua belah pipinya penuh kasih. Bibirku mengukir senyuman. Sangat manis untuknya.
" Baiknya suami Dina ni. Terima kasih sebab faham Dina. Terima kasih sebab jaga Dina dengan baik sepanjang tempoh Dina berpantang ni dan terima kasih juga sebab jadi suami Dina dan ayah yang baik pada Ayden."
" Ini tanggungjawab abang, sayang. Just a bare minimum. No need to say thanks to me."
" Tapi tak semua lelaki buat macam apa yang abang buat."
" Then, they are not a responsible man."
" Yes! They are not. Nasib baik abang yang jadi suami Dina." Aku labuhkan kepala ke dadanya.
Bergegar tubuhnya kerana tawa halus yang terletus dari bibir merah itu.
" Nasib baik juga sayang yang jadi isteri abang. Kalau tak, abang rasa abang tak kahwin kot sampai sekarang. Abang pun tak kan dapat anak secomel Ayden."
" Kan! Then, abang akan jadi duda terlajak lah kan? Nasib baik Dina setuju nak kahwin dengan abang."
Eh... Terangkat bakul sendiri pula. Haha.
Kami berdua sama-sama ketawa.
Senyap seketika di antara kami setelah itu. Hanya bunyi deruan nafas kami berdua. Lebih selesa berdiam dan menikmati momen-momen berdua begini. Ayden dah bangun nanti dah payah nak beromantika.
" Sayang..."
" Hurmm..."
" I love you."
Aku tersenyum. Ingatkan apalah tadi.
" I love you more, abang."
" Thank you sebab sudi jadi isteri abang. Thank you juga sebab sudi lahirkan anak abang."
" Thank you juga sebab jadi suami yang baik dan daddy yang baik pada Ayden." Ucapku pula.
Membalas pelukannya dengan lebih erat. Bersyukurnya aku kerana Tuhan menganugerahkan aku suami yang sebaik dia.
Siapa sangka hubungan kami akan berlayar sejauh ini. Mula-mula jadi adik dan abang angkat. Berubah pula menjadi kekasih olok-olok dan sekarang menjadi suami dan isteri yang sangat bahagia dan dikurniakan seorang cahaya mata yang cukup comel.
Semoga kebahagiaan ini kekal buat selama-lamanya.
Hayfa Irdina sayangkan Aidid Iskandar sangat-sangat!
...Tamat...
Dengan ini, tamatlah kisah antara Dina dan Aidid. Terima kasih kepada yang sudi membaca cerita yang tak seberapa ni. Maaf jika cerita ini banyak kekurangan dan mungkin tidak memenuhi cita rasa anda sebagai pembaca. Saya masih baru dalam bidang penulisan ini. Jadi, saya harap anda tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada saya. InsyaAllah, saya akan perbaikinya lagi. For readers, jangan lupa vote and komen okay? Love yalls❤️
Jumpa lagi di story saya yang akan datang.😉
YOU ARE READING
URUSAN HATI (new version)
Fiksi UmumDisebabkan trauma dengan perkahwinan ibu bapanya, Hayfa Irdina langsung tak berniat untuk berkahwin. Bercinta pun tidak. Baginya, apabila bercinta pasti akan melangkah ke fasa perkahwinan. Disebabkan itulah, dia tak pernah kenal dengan mana-mana lel...