AIR teh yang dibancuh oleh mama disisip perlahan. Kalau ikutkan perut aku yang lapar, aku nak jamah nasi goreng yang mama buat tapi disebabkan ada ayah di situ, putus terus seleraku.
" Tak mau makan dulu?."
" Tak apalah. Dah lambat ni."
" Kot ya pun, jamahlah sikit. Banyak mama goreng ni."
" Tak apalah. Dina nak pergi dah ni. Assalamualaikum..." Sempat aku jeling ayah sekilas. Mata kami bertembung seketika sebelum aku pusing kepala. Entah kenapa aku rasa sedih melihat muka tua ayah itu.
Teringat hal semalam buat rasa serba salah itu datang semula.
Ya, aku tahu aku tak patut cakap macam tu pada ayah. Tapi, ketika itu aku tak dapat mengawal emosi aku. Setiap kali aku pandang ayah, setiap kali itu juga aku teringat kejadian lalu.
Bukan senang nak rawat dan buang trauma yang sudah sebati dalam diri.
Aku melihat betapa deritanya mama menghadap perangai ayah dan penyondol itu. Berbulan -bulan mama makan hati. Sekalipun mama tak pernah luahkan pada anak-anaknya. Tapi, aku yang selalu berada dalam rumah itu... tahu apa yang berlaku.
Walaupun aku hanya berusia 12 tahun pada ketika itu, aku faham semuanya. Setiap kali ayah pulang dari keluar berseronok dengan penyondol itu, mereka berdua mesti akan bergaduh. Dan akulah yang mendengar semuanya. Aku ingat lagi bagaimana tingginya suara ayah menengking mama disebabkan mahu membela perampas itu.
Ayah berubah 180° selepas berjumpa dengan perempuan itu. Setiap waktunya dihabiskan dengan meluangkan waktu bersama perempuan itu. Tentang kami sudah tak lagi dipedulikan.
Jadi, bagitahu aku... masihkah ada peluang untuk keluarga kami bahagia sedangkan tengok muka ayah pun aku tak mampu?
Mungkin pada orang yang tidak mengalaminya akan cakap move onlah...
Buka new chapter....
Maafkanlah dia....
Benda dah lepas, biarkanlah lepas...
It's easier said than done. Only people who face it can feel it.
Luka lama yang sudah tinggal parut kini berdarah semula setiap kali lihat muka ayah.
Disebabkan perbuatan ayah, hati aku mati rasa buat lelaki. Aku jadi kurang percaya kepada mereka. Walaupun aku tahu tak semua lelaki seperti itu.
Itulah namanya trauma...
Sekali sekeping hati itu terluka, ianya akan meninggalkan parut.
" DINA...."
Aku tak jadi teruskan langkah. Pusing ke belakang untuk lihat si pemanggil. Aku mengeluh saat melihat orang itu ialah Zachary.
Dia ni lagi...
Aku melangkah tanpa menghiraukannya. Makin ditegah makin menjadi-jadi. Tak tahulah apa lagi yang perlu aku buat supaya dia tak ganggu aku lagi.
" Dina..." Tanganku dicapai dan dicengkam olehnya.
Aku diheretnya dengan kasar sekali. Tak tahu ke mana dia mahu membawa aku.
" Sakitlah!."
" Oh, sakit? Tahu pun sakit? Habis tu kau layan aku macam sampah, kau ingat aku tak sakit hati ke?."
Dia cengkam tanganku lebih kuat. Mataku mula berair. Meronta-ronta aku mahu dilepaskan tapi dia tak hiraukannya. Malah dia mengetatkan lagi cengkaman di pergelangan tanganku.
" Zachary tolonglah lepaskan aku. Sakit!."
" Kau diamlah perempuan! Ikut aje aku. Jangan sampai aku tampar kau."
Aku terdiam bila dijerkahnya. Zachary dah mula menunjukkan belangnya. Aku pandang sekeliling. Kawasan hotel itu sunyi. Semua staf sudah pulang.
Tolong....
Sampai di kereta, aku dipaksa masuk ke dalam keretanya. Aku keraskan badan. Enggan mengikut arahannya.
" Kau masuk sekarang!."
" Kau nak bawa aku pergi mana?."
" Tak payah banyak tanyalah! Ikut aje."
Dia ingat aku hamba abdi dia ke nak kena dengar cakap dia? Tanpa berfikir apa-apa lagi aku gigit tangannya yang masih mencengkam tanganku.
" Arghh!!! Kurang ajar kau perempuan."
Aku buka langkah untuk lari tapi dia lebih pantas menangkapku. Tubuhku ditolak kasar ke badan keretanya.
Pang!
Pipi kananku ditampar.
" Kau memang minta aku sepak kau kan?."
Pang!
Pipi kiri pula menjadi mangsa. Aku terasa duniaku kelam seketika. Bumi seakan-akan berpusing.
" Cik Dina!."
Dalam pandangan yang kabur, aku nampak dua orang guard datang menerpa. Zachary tolak tubuhku jatuh ke tanah. Kelam kabut dia masuk ke dalam keretanya dan memecut laju.
Badanku melurut jatuh. Semakin lama semakin aku tak mampu mencelik.
Kemudian... Gelap!
Bersambung....
YOU ARE READING
URUSAN HATI (new version)
General FictionDisebabkan trauma dengan perkahwinan ibu bapanya, Hayfa Irdina langsung tak berniat untuk berkahwin. Bercinta pun tidak. Baginya, apabila bercinta pasti akan melangkah ke fasa perkahwinan. Disebabkan itulah, dia tak pernah kenal dengan mana-mana lel...