PUAS aku baring ke kanan, baring ke kiri. Tetap juga tak boleh tidur. Mata ni susah sangat nak pejam. Perut pula tak berhenti-henti berkeroncong lapar. Nak turun ke dapur tapi malas. Tengok pula Abang Aidid tidur lena di sebelah lagilah buat aku rasa nak terus tidur aje.
Aku pejamkan mata. Paksa diri tidur juga dan menahan lapar sampailah esok pagi.
Namun, ianya cuma bertahan selama beberapa minit. Selepas tu, aku bangun semula. Tak boleh jadi!
Aku laparrrrr!
Aku tengok Abang Aidid di sebelah. Sedapnya dia tidur. Sampai tak sedar bini dekat sebelah ni dah bangun sebab kelaparan.
Jauh di sudut hati aku nak aje kejutkan dia. Jealouslah tengok dia dapat tidur dengan nyenyak ni. Kalau terjaga macam aku barulah sehati sejiwa. Ha gitchew!
Disebabkan aku tak sampai hati, aku cuma turun ke dapur berseorangan. Buka peti sejuk. Nak tengok apa yang boleh aku makan. Semuanya makanan-makanan yang perlu dimasak. Mana ada makanan yang hanya perlu dipanaskan.
Ke... Nak makan mi segera aje?
Tapi Abang Aidid marah kalau aku makan benda-benda macam tu. Dia dah larang aku awal-awal lagi. Aku tak boleh makan makanan segera dan yang tak berkhasiat. Dia betul-betul ikut pesanan Doktor Sufi.
Aku tutup pintu peti sejuk semula. Tiba-tiba ada satu lembaga muncul setelah aku menutup pintu peti sejuk.
" Arghhhhh!!!." Aku jerit dan tutup mata.
" Hey, sayang... Sayang. Ni abang."
Bila aku buka mata semula, dapur itu dah cerah dengan cahaya lampu. Aku hela nafas lega. Lega sebab itu Abang Aidid bukannya hantu. Yalah. Dah pukul 3 pagi kot. Nak aku expect apa?
" Abang ni... Lain kali bersuaralah. Terkejut tahu tak." Aku urut dadaku perlahan-lahan. Laju jantung aku berdegup.
" Abang minta maaf. Abang ingat sayang dah perasan abang turun tadi." Suara serak basahnya kedengaran.
" Kenapa abang turun?."
" Sayang tak ada kat sebelah, abang turunlah. Kenapa, sayang? Sayang lapar ke?."
Aku mengangguk. Tunjuk muka kesian dekat dia.
" Kesiannya isteri abang ni. Sayang lapar, ya?."
" Hmm... Baby pun lapar. Kan, baby?." Aku pegang perut aku sudah membonjol sedikit. Sekejap aje masa berlalu. Dah masuk tiga bulan kandungan aku.
" Baby pun lapar? Okay, mommy dengan baby cakap aje nak makan apa? Daddy buatkan."
" Serious?."
" Ya, sayang..."
" Hurmm... Mommy tiba-tiba rasa nak makan pancake."
" Pancake?."
Aku mengangguk-angguk.
" Kalau macam tu, sayang duduk dulu dekat depan. Abang buatkan. Tapi kena tunggu lama sikitlah baru siap. Sayang okay ke?."
" Okay aje. Asalkan dapat makan pancake yang abang buat."
" Ha, pergi tunggu dekat depan. Nak tidur dulu pun boleh. Nanti abang kejutkan."
" Okay, abang..." Aku hanya menurut. Pergi ke ruang tamu dan berbaring di atas sofa.
" Dah siap!." Abang Aidid membawa pancake ke ruang tamu. Aku melihatnya dengan teruja. Akhirnya, dapat juga aku makan pancake buatannya.
" Yeayy!!! Dah siap...."
Pancake itu bertoppingkan coklat sirap dan tiga buah blueberry di atasnya. Hidangan yang cukup menyelerakan.
Sampaikan aku telan liur.
" Nah!." Dia sua pinggan ke arahku. Aku tidak menyambutnya.
" Nak suap..." Mata dikelip-kelipkan. Buat-buat comel supaya dia menurut permintaan aku. Saja nak bermanja.
Abang Aidid ketawa halus.
" Baca bismillah dulu."
Aku membaca bismillah. Kemudian, barulah di suap aku.
" Hurmmm... Sedapnya! Pandai abang buat pancake."
" Pancake aje pun sayang. Tak payahlah nak puji-puji abang."
" Dah betul sedap. Kenalah puji."
Abang Aidid tersenyum.
" Nasib baik abang bangun. Dapatlah Dina request pancake. Kalau tak, Dina nak makan mi segera dah tadi."
" Sayang..." Suaranya meleret. Berbaur amaran.
" Abang dah cakap kan. Jangan makan-makanan segera. Tak berkhasiat. Sayang tu mengandung." Tegurnya tegas. Wajahnya juga serius.
" Alah... Sekali-sekala tak apa kan? Kadang-kadang tekak ni teringin. Bukan salah Dina. Baby yang nak makan."
Dia ketawa. Seakan-akan menyindir.
" Baby yang nak makan, ya?." Dia ketawa lagi. Aku hanya tersengih.
" Sayang jangan nak buat-buat cerita. Jangan nak fitnah anak kita. Dia yang nak makan, anak kita yang kena."
Aku ketawa mengekek. Macam orang tak buat salah.
Maafkan mommy, baby. Masa ni aje mommy nak pergunakan baby pun. Baby dah lahir nanti, mommy dah tak boleh buat alasan macam ni dah. Haha.
Bersambung...
YOU ARE READING
URUSAN HATI (new version)
Fiksi UmumDisebabkan trauma dengan perkahwinan ibu bapanya, Hayfa Irdina langsung tak berniat untuk berkahwin. Bercinta pun tidak. Baginya, apabila bercinta pasti akan melangkah ke fasa perkahwinan. Disebabkan itulah, dia tak pernah kenal dengan mana-mana lel...