Bab 17 | A Confession

1K 84 21
                                    

MASUK saja ke dalam pejabat, meja Aakif yang dikerumun staff lain diterpa.

Satu kotak foundation produk Mystique yang sudah berjaya dikeluarkan diambilnya kasar dari atas meja Aakif. Dibacanya halaman diskripsi yang tercetak pada kotak tersebut. Berkerut-kerut dahinya membaca satu persatu ayat yang tertera sebelum produk tersebut dicampak kasar ke atas meja.

Kemudian matanya tertancap pula pada timbunan helaian sticker yang tersadai atas meja Aakif. Satu helai kertas tersebut disambarnya lalu dipandang sekali lalu. Sekali pandang pun dia sudah tahu, pada sticker tersebut, tertera diskripsi produk dengan background warna dan corak yang sama seperti yang dibacanya pada kotak sebentar tadi. Cuma sebaris ayat yang membuatkan keduanya berbeza.

"Apa ni???"

Semua staff yang tadinya riuh bersuara kini terdiam seribu bahasa apabila ketua mereka menanya perihal produk yang baru dikeluarkan kilang untuk batch kedua dengan suara yang keras.

"Heii dah bisu pulak semua? Tadi bukan main riuh lagi semua orang??" Satu-persatu wajah staff di situ dipandangnya namun tak ada sorang pun yang berani angkat muka. "Apa ni Lina?? Kenapa obvious mistake macam ni pun tak ada yang perasan??"

Masing-masing menikus tidak berani menjawab. Sesungguhnya mereka tiada alasan untuk menutup kesilapan yang sudah pun terjadi. Sudah dua batch siap dikeluarkan dan baru sekarang mereka perasan ada yang tak kena dengan penerangan dibahagian bahan/ingredients.

"Siapa yang hantar ke kilang? Siapa yang hantar file before revise pada pihak kilang??"

Diam. Masing-masing cuma menunduk tidak berani bersuara.

"Urgh! Bila suruh bersuara masing-masing diam pulak! Kalau tak bukan main riuh lagi you all ni macam tak cukup mulut kan!"

Syaqila semakin tertekan dengan staffnya yang masing-masing memilih untuk berdiam diri. Nak salahkan pekerjanya lebih-lebih tak boleh juga. Timbul rasa hairan pada benak fikirannya, ketika kak Lina hantar sample yang dihasilkan pihak kilang pada minggu lalu, dia sudah pun meneliti berkali-kali dengan sehabis fokus, mengapa dia tidak perasankan ada satu kesilapan yang cukup jelas sebelum approve pihak kilang untuk teruskan proses pengeluaran bagi batch satu dan dua?

Kepalanya yang terasa berdenyut tiba-tiba dipicit perlahan.

Aakif kehadapan, cuba meleraikan ketegangan dalam jabatan mereka.

"Qila, it already happened. Tak ada guna nak cari salah siapa pun sekarang ni."

Jeda. Apabila Syaqila dilihatnya tidak marah-marah, Aakif kembali bersuara.

"Launch day is in two days so for sure dah tak sempat nak mintak kilang buat semula so, aku dah hantar adjustment dan minta pihak pencetakan untuk printkan sticker." Terang Aakif.

"Sticker?"

"Ye sticker." Kata Aakif dengan yakin lalu menghulurkan helaian sticker yang dipegang Syaqila sebentar tadi.

Dahi Syaqila berkerut. Ada sesuatu yang tidak kena pada pengamatannya. Entah mengapa, tiba-tiba dia rasa mahu marah dengan situasi yang sedang berlaku sekarang.

Tangan Syaqila menepis kasar helaian sticker yang diajukan Aakif hingga beberapa helaian itu terlepas dari tangan Aakif lalu berteraburan atas lantai.

"Seriously sticker?? You ingat Mystique ni produk timbang kilo yang tak ada nama ke?? Hei daripada you tempek sticker buruk ni, I lebih rela postpone launch date lah!"

Semua staff di situ tersentak dengan suara meninggi ketua mereka yang tiba-tiba memetir lantang. Namun Aakif tetap beriak tenang, langsung tidak terkesan dengan amarah yang ditunjukkan Syaqila. Dia tunduk mengutip helaian kertas yang terjatuh tadi.

Cinta Si Dia ✔️Where stories live. Discover now