TEPAT seperti apa yang Syaqila jangkakan.
Balik saja ke rumah, memang tak dapat dia nak lepaskan nafas lega. Segala ketenangan yang dirasakan dua tiga hari yang lalu bagaikan direnggut pergi dengan kasar sekali. Pagi-pagi lagi dadanya terasa mahu pecah menahan amarah yang mengasak dada. Memang bala lah kalau dia tangguhkan lagi niat mahu pulangnya, meskipun hanya sehari saja lagi.
Pagi-pagi lagi dia terjah papanya di bilik pejabat sebaik saja Halina memaklumkan kepadanya maklumat terbaru mengenai projek Mystique. Langsung Syaqila terlupa akan penglibatan Fahri, sepupu tak semenggahnya dalam projek itu. Siapa sangka dalam diam Fahri sudah pun memandai buat keputusan sendiri?
Senyap-senyap Fahri menghantar draft akhir produk Mystique pada ahli lembaga pengarah syarikat tanpa meminta pendapat Syaqila, merangkap ketua projek terlebih dahulu. Padahal seingat Syaqila, sebelum dia bercuti masih ada banyak modifikasi yang perlu dilakukan terhadap design packaging, bahan pembungkusan yang diguanakan, pengiraan harga kos yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang masih dalam perbincangan dan macam-macam lagi.
Fahri bukan saja bertindak kurang ajar dengan menafikan kuasanya dalam pengesahan akhir projek tersebut, malah nama lelaki itu pula diangkat naik sebagai ketua projek. Kelakuan Fahri sangatlah biadap, tidak beretika dan tidak professional. Menggigil tubuh Syaqila menahan amarah yang menggelegak dalam hati, kalau ikutkan hati yang membara memang diserangnya Fahri depan-depan. Lantaklah ada staff yang nampak sekalipun, dia tidak peduli.
Tapi malangnya, jam sudah pun menunjukkan pukul 10 pagi pun batang hidung lelaki itu masih belum kelihatan. Lelaki itu yang mahu diangkat sebagai ketua projek yang dia usahakan selama ini? Alamatnya lingkup saja lah produk yang baru hendak diberi nafas itu.
Awal pagi lagi Syaqila sudah bergerak ke pejabat, langsung tidak menyapa Dato' Syazwan yang tentunya masih belum sedar akan kepulangannya. Lantaklah, bukan kah papa juga yang menyuruh dia memujuk Aakif pulang?
Geramkan Fahri yang tetap tidak nampak bayangnya, Syaqila buat keputusan untuk bersemuka terus dengan papanya. Persetankanlah Fahri mahu mengamuk sekalipun. Asyik dia saja yang fikir perasaan orang, perasaan dia yang bekerja-keras selama ini siapa pula yang mahu peduli?
Hasil perbincangan hangat dengan papanya yang disusuli dengan ketegasan dan rayuan, Syaqila akhirnya berjaya juga menyakinkan papanya agar menarik balik draft awal tersebut sebelum dihantar kepada pihak pengilangan. Syaqila bernasib baik kerana Halina memaklumkannya awal, maka dapat lah dia menghalang tindakan melulu Fahri dan meminta papa menangguhkan dahulu. Itu pun teruk juga dia dimarahi papanya. Apa boleh buat, sendiri mahu hadaplah dah memandai bercuti tanpa peroleh kelulusan terlebih dahulu.
Jam ini waktu makan tengah hari, Syaqila sedang duduk di kafeteria yang terletak dalam bangunan pejabat. Kedua belah tangannya dipandang, masih ada kesan gigilan di situ. Menggigil mengenangkan betapa lantangnya dia bersuara pada papanya sehinggakan pekerja-pekerja diluar bilik juga terjengah-jengah, menyedari ada situasi hangat sedang berlaku.
"This is hastily-made decision! It's almost like the decision was made hastily without appropriate communication and was not in the best interest of our company's goal. There's no way you could submit that draft!"
Fail ditangan ditutup kasar hingga berdentum bunyinya. "Hastily? Without appropriate communication?? So where have you been? Is that an appropriate behaviour done by a team leader?? You yang lepas tangan Qila, don't you dare raise your voice to me." Jawab Dato' Syazwan keras. Tercabar bila anak sendiri lantang bersuara depannya, sudahlah banyak mata-mata yang memerhati melalui pintu yang luas terbuka.
Syaqila menebak rambut lepasnya ke belakang dengan perasaan berat. Dia seolah baru tersedar tidak sepatutnya dia lepas laku dan bersikap kurang ajar depan papanya tapi itu sahaja cara yang dia boleh buat untuk menyakinkan papa akan keseriusan bicaranya. Dan dia juga tertekan memikirkan papanya yang entah macam mana mudah saja makan cakap Fahri yang jarang-jarang buat kerja. Sungguh dia berasa tertekan dan jiwanya sendat hingga terasa mahu mengurai air mata, tapi dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan papanya. Kalau tidak, tentunya kredibiliti dan keupayaannya sebagai seorang ketua akan diperkotak-katikkan.
YOU ARE READING
Cinta Si Dia ✔️
RomanceSyaqila Adra. Ini kisah Syaqila Adra yang tak pernah merasakan dirinya salah. Segala pendapat manusia disekelilingnya perlu dilenturkan agar sebaris dan senada dengan buah fikirannya. Menyerah kalah dan mengaku kalah bukanlah dirinya. Selagi dirinya...