"KAK LINA come into my room." Arah Syaqila sebaik saja dia sampai ke pejabat pagi keesokan harinya.
Halina sudah berdiri, bersedia untuk masuk ke dalam bilik ketuanya. Tentu ada sesuatu yang penting mahu dibincangkan awal pagi begini.
"Kak kejap. Aakif ada nak discuss something dengan Qila." Tegah Aakif sebaik saja dia melihat kak Lina sudah bangun berdiri.
Terkulat-kulat Halina dengan suara tegas lelaki itu. Urusan apa? Ada urusan apa yang penting antara mereka berdua? Apa yang penting sangat sampai tak boleh tunggu-tunggu? Walhal yang dipanggil masuk ke bilik ialah dia, bukan Aakif. Jarang Aakif berurusan secara langsung dengan ketuanya.
"Qila panggil akak masuk, Aakif.."
"It won't take long. I promise." Tegas Aakif lagi seraya terus berlalu masuk ke bilik ketuanya.
Tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu, dia terus merempuh masuk. Syaqila yang sedang menyimpan tas tangan dalam laci mendongak kepala memandang gerangan orang yang baru masuk itu, disangkanya kak Lina tapi bukan. Terus dia kembali sibukkan diri dengan mencari file yang diingini dalam kabinet di sudut bilik.
"I don't ask for you, so why are you here?" Soal Syaqila tanpa memandang ke arah Aakif yang sedang merenungnya tajam.
"Aku yang patut tanya soalan tu. Why are you here? Kau dah ok ke?" Soal Aakif dengan nada mendatar.
Bukan dia mahu memandai sendiri tapi dia sendiri menyaksikan betapa 'miserable' nya wanita itu semalam masakan hari ini sudah mampu berfikir dan bertindak dengan baik? Dia tak yakin dengan wanita ini. Dia yakin Syaqila cuma berpura-pura kuat di luaran tapi dalamannya masih lagi fragile.
"None of your business. Kalau tak ada apa lagi, you boleh keluar."
"Kau okay ke tak?" Soal Aakif lagi. Menghiraukan soalan yang diutarakan ketuanya.
Syaqila mendengus tak senang. Dengan kasar dia menjawab. "Yes I'm fine. Now, can you please go back to your desk? I ada banyak kerja nak buat."
"Kau tak okay."
Satu ayat itu berjaya membuatkan konsentrasi Syaqila terganggu sepenuhnya. Kepala diangkat, wajah Aakif direnungnya tajam.
"I'm okay. I lebih okay daripada hari semalam and of course I know myself better." Tekannya dengan nada yang mula naik seoktaf. "Don't make me repeat myself, I nak buat kerja."
"Nope, kau bohong. Kau tak okay." Aakif berkeras.
Mungkin wanita itu boleh menipu staff-staff lain, tapi tidak dia. Dia sendiri menjadi saksi kejadian yang berlaku semalam masakan dia tegar berpura-pura seolah tiada apa-apa yang berlaku? Bukan lah dia mahu menjaga tepi kain ketuanya, tapi dia bimbangkan wanita ini yang kemungkinan sedang memendam rasa.
Syaqila menghentak kedua tangannya kuat pada meja, terbangun terus dia dek kelancangan mulut lelaki itu dalam berkata-kata.
"You jangan nak naikkan darah I pagi-pagi ni, Aakif. Mind your own business! Tak ada kerja ke?? You ingat papa I saja-saja bayar gaji you untuk you yang buang tulang macam ni ke?? Eh benda tak ada kaitan dengan you, jangan menyibuk boleh tak!"
Suara pekikan itu lantang kedengaran hingga ke luar bilik. Staff di luar masing-masing saling berpandangan, saling hairan apa yang berlaku disebalik pintu bilik yang bertutup kemas itu.
Fahri yang kebetulan baru sampai dan mahu masuk ke biliknya juga tersentak. Bukan senang mahu dengar sepupunya yang sorang itu memetir sampai ke luar bilik boleh dengar.
Aakif masih menayangkan muka selamba. Masih tidak terkesan dengan amarah wanita di hadapannya. Dia tahu wanita itu tidak suka bila perihal peribadinya disentuh.

YOU ARE READING
Cinta Si Dia ✔️
DragosteSyaqila Adra. Ini kisah Syaqila Adra yang tak pernah merasakan dirinya salah. Segala pendapat manusia disekelilingnya perlu dilenturkan agar sebaris dan senada dengan buah fikirannya. Menyerah kalah dan mengaku kalah bukanlah dirinya. Selagi dirinya...