"Don't leave... don't leave me darling. I'm so..rry darling, don't leave me..."
Tengku Razin meraup mukanya berkali-kali. Rasa mahu dihumban saja dirinya ke dalam gaung yang maha dalam. Tiap kali terpandangkan wanita pujaan hati yang masih lagi lena atas sofa di ruang tamu, tiap kali itu jugalah rayuan isi hatinya asyik terngiang-ngiang di telinga sendiri.
'Kau memang sungguh memalukan Raz!' Cemuh Tengku Razin dalam hatinya.
Tidak pernah terdetik dalam hatinya mahu memperlihatkan sisi lemah dan sadisnya pada Syaqila. Entah apa yang merasukinya malam tadi sehinggakan dia langsung tidak sedar dia berkelakuan sedemikian rupa di hadapan wanita itu. Entah apa lah tanggapan Syaqila terhadap dirinya selepas ini...
Gerakan tubuh seseorang di sofa mengejutkan Tengku Razin yang jauh melayan perasaan. Segera dia datang merapat.
Terpisat-pisat Syaqila mencelikkan matanya yang masih terasa berat. Tubuhnya juga terasa lenguh tidak selesa kerana tidur di tempat yang tidak biasa. Dipaksa juga tubuhnya bangkit dari perbaringan setelah menyedari dia sedang berada di tempat asing, bukan di rumahnya sendiri.
"Hai you..."
Syaqila menoleh, memandang Tengku Razin yang tercegat berdiri di hadapannya. Dia tidak membalas sapaan Tengku Razin. Dipandang saja gelagat lelaki itu yang kelihatan serba-salah dek renungan matanya yang langsung tidak beralih daripada memandang terus.
"I dah siapkan table." Kata Tengku Razin seraya mengerling ke arah meja makan yang sudah siap terhidang sarapan pagi. "Kalau you nak mandi ke, I dah siapkan towel dalam bilik sana. Go refresh yourself first before we talk, I promise. I know you have a lot of questions to ask me."
Tanpa suara, Syaqila terus bangun dari duduk lalu berlalu ke dalam bilik yang ditunjukkan Tengku Razin. Diamnya Syaqila buatkan Tengku Razin semakin resah dan serba tidak kena. Bimbang andai dia terlajak laku atau berkelakuan tidak senonoh diluar sedar malam tadi.
"I don't know what happened last night, but... I'm sorry." Serbu Tengku Razin sebaik saja Syaqila melangkah keluar dari bilik dengan anak rambut yang agak lembab terkena tempias air. Wajah Syaqila kelihatan lebih segar daripada tadi.
Perasaan serba-salah dan resah yang membelenggu diri buatkan Tengku Razin tidak tertahan mahu bersua muka dengan si gadis.
"Okay." Jawab Syaqila mudah seraya mengambil tempat duduk di meja makan tanpa perlu dipelawa terlebih dahulu.
Dalam was-was, Tengku Razin tetap melepaskan nafas lega bila Syaqila tidak melenting marah, atau pun membuat perangai tidak tentu hala. Nampaknya gadis di hadapannya ini lebih matang daripada apa yang dia sangkakan.
Tanpa berlengah, Tengku Razin terus mengambil tempat berhadapan dengan Syaqila.
"I buat pancake for breakfast, is that okay with you? Kalau you tak nak, I boleh turun kejap beli nasi lemak ke, roti-"
"I makan apa saja yang ada. Patutnya you risaukan diri you tu dulu sebelum nak risaukan I beria. Berapa banyak you togak malam tadi? Teruk betul! Why consume more than your body can handle?? Nampak macam memang dah dijemput ajal je, kalau mati I tinggal je you sorang-sorang, tak nak I dituduh compliance, tak memasal kena jail nanti."
"Kejamnya statement you... kenapa you tak bunuh I terus je macam tu? Berbisa tau ayat you." Tengku Razin menyambut gurauan Syaqila dengan rasa lega. Lega melihat Syaqila berkelakuan biasa dan masih boleh bergurau-senda dengannya. Agaknya tak ada jadi apa-apa malam tadi...
Syaqila mencebik. "So, how are you feeling today? Feeling better? Nak I buatkan lemon tea untuk sober up maybe?"
Tadi Tengku Razin merungut tapi sekarang apabila diberi perhatian, dia berasa janggal pula dengan keprihatinan yang ditunjukkan wanita dihadapannya. Belakang leher diusap kasar. "Hm no need. I'm alright, feeling better than last night of course."

YOU ARE READING
Cinta Si Dia ✔️
RomanceSyaqila Adra. Ini kisah Syaqila Adra yang tak pernah merasakan dirinya salah. Segala pendapat manusia disekelilingnya perlu dilenturkan agar sebaris dan senada dengan buah fikirannya. Menyerah kalah dan mengaku kalah bukanlah dirinya. Selagi dirinya...