Bab 25 | Epilog

1.5K 95 24
                                    

TELEFON BIMBIT dicampak kasar atas katil yang cantik berhias. Haruman kelopak bunga mawar yang ditabur atas katil kelamin tidak berjaya mengusir rasa marah dan kecewa yang sedang terbakar di hati.

"Arghhhh! Aakif memang sengaja!" Teriak Syaqila lantang.

Cadar tilam ditarik-tarik kasar hingga terkeluar tepi cadar dari kemasan katil. Sekelip mata bilik yang kemas dan bersusun bertukar bak tongkang pecah baru dilanda tsunami. Tak cukup dengan itu, empat biji bantal juga menjadi mangsa pelempias amarahnya.

Setelah berasa penat dan perut terasa tegang, dia melepaskan lelah atas tilam yang tidak lagi berkemas.

Aakif memang keterlaluan. Berat sangat kah permintaannya sampai tergamak lelaki itu biarkan dia tersadai sendirian di bilik suite hotel di Langkawi?

Sepatutnya mereka berseronok meluangkan masa berbulan madu walaupun usia perkahwinan mereka sudah menjengah tiga bulan. Tapi bukankah usia itu masih lagi bergelar fasa pengantin baru dan berbulan madu?

Kalau ikutkan Aakif memang berkeras tak hendak pergi, hatta bercuti dalam negeri sahaja pun tak mahu. Sibuk katanya tapi Syaqila tak bodoh untuk faham sendiri. Yelah sudah hubungan ini tak ada makna pada Aakif jadi untuk apa lagi berbulan madu bagai bukan?

Tapi seperti biasa dia yang keras kepala mana boleh tunduk saja pada keengganan Aakif. Berkeras dia aturkan percutian mereka, dari tiket kapal terbang, bilik hotel, kereta sewa semua diusahakannya sendiri. Tapi entah angin apa yang melanda lelaki itu, tiba-tiba saja Aakif mahu uruskan semuanya. Kiranya semua kos percutian ini juga ditanggung penuh oleh lelaki itu.

Saat itu memang hati Syaqila sudah berbunga-bunga. Mungkin Aakif sudah terbuka untuk mengikhlaskan diri dalam perkahwinan ini, atau mungkin lelaki itu sudah nampak betapa tulus dan ikhlasnya perasaan dia buat lelaki itu. Walaupun dia sedia maklum, kalau Aakif sendiri yang mengatur percutian ini, bermakna dia perlu bersedia dengan 'downgrade', dari hotel lima bintang, ditukar kepada hotel tiga bintang. Dari tiket flight first class kepada economy, dari kereta jenis convertible mewah, kepada kereta brand Toyota lama.

Tak dinafikan ada rasa terkilan dengan tindakan Aakif yang seolah mencatu perbelanjaan percutian mereka padahal ini merupakan kali pertama mereka bakal bercuti berdua setelah bergelar suami isteri jadi apa salahnya berbelanja mewah sedikit bukan? Lagipun bukannya dia tak boleh 'top up' mana yang tak cukup tapi mengenali Aakif sebagai seorang lelaki sebenar selama mereka berkahwin tiga bulan sudah cukup buat dia faham perangai dan ego lelakinya.

Aakif memang pantang sekali bila dia berlebih-lebih dalam menghulur wang tika mereka keluar berbelanja sekali. Malah rumah condo yang dimilikinya turut menjadi isu bila Aakif tidak berpuas hati kerana bukan dia yang menyediakan kemudahan tempat tinggal selayaknya tanggungjawab seorang suami. Sudahnya segala jenis bil elektrik, bil air, bil telefon, kos maintenance semua diambil alih Aakif. Itu pun ada saja suara-suara merungut bila bil mencecah angka tiga-empat digit.

Nak tegur pula takut tercalar nanti ego lelakinya. Kadang hairan Syaqila dibuatnya, duit dia berkepuk dalam simpanan tapi gaya hidup mereka tak ubah seperti dalam kesempitan kewangan. Sana sini bercatu sampai dia sendiri dah tak mahu meminta pada Aakif. Kalau nakkan sesuatu lebih baik dia keluar cari sendiri. Sekali dua kena sembur dengan Aakif tentang itu, boleh lagi dia tahan. Tapi lama-lama sentap juga dia dibuatnya. Itu tak boleh ini tak boleh dah apa je yang boleh mengikut terma dan syarat Aakif?

Benarlah apa yang orang tua-tua katakan, berkawan lah berapa lama sekali pun, bila dah kahwin dah tidur sebantal, baru kenal pasangan luar dalam. Sebab ini mungkin kita digalakkan untuk mencari pasangan sekufu? 

Belum habis pujuk hati yang walang gara-gara Aakif tidak dapat bertolak sekali, kini dia dihadiahkan dengan satu lagi berita yang cukup untuk buat dia panas hati. Semua kata-kata Aakif tak boleh pakai. Bersungguh Aakif katakan dia akan menyusul kemudian setelah selesai kerja penting, tapi kini tiba-tiba saja satu kiriman dititip buatnya yang mengatakan lelaki itu tak dapat datang kerana kerjanya masih belum selesai dan tak akan selesai dalam sehari dua lalu dengan mudahnya Aakif berpesan agar dia berseronok sendirian pada percutian ini.

Cinta Si Dia ✔️Where stories live. Discover now