SYAQILA melangkah mandapatkan Aakif, Halina dan juga Zati yang sedang menunggu ketibaannya di ruang legar pejabat.
Beg bimbit di tangan yang berisi fail-fail penting tidak lupa dibawanya sekali.
"Dah boleh gerak ke?"
Halina, Zati dan Aakif yang sedang bersembang sesama mereka terkejut dengan sapaan dari belakang mereka. Segera mereka berpaling ke belakang, dipandangnya Syaqila dari atas ke bawah dengan pandangan hairan.
"Eh cik Qila dari mana ni? Ingatkan baru gerak dari rumah?"
"I datang ofis awal, review apa yang patut sebelum meeting nanti."
Raut wajah Halina kelihatan serba-salah. "Lahh sebab ni ke cik Qila mesej akak lewat malam tadi? Kan akak dah cakap nanti review masa on the way dalam kereta pun boleh kan?"
Tika semua penghuni alam sudah tidur, Halina menerima mesej daripada ketuanya bertanyakan serba-sedikit berkenaan perjumpaan yang akan berlangsung kelak. Memandangkan Syaqila bercuti berhari lamanya sebelum ini, boleh saja kalau ketuanya tak ikut serta perjumpaan yang bakal berlangsung kelak. Cukup ada dia dan Aakif saja pun perjumpaan tetap boleh berjalan seperti biasa.
Tapi siapa sangka? Seawal pukul empat pagi lagi Syaqila sudah bangkit dari tidur lalu gerak ke pejabat dan menelaah inti-pati penting berkenaan urusan yang perlu dihadirinya dua hari nanti. Berhari bermalam di hospital membuatkan tubuhnya berasa makin segar dan sukar untuk melelapkan mata seperti kebiasaannya.
"It's okay. I tak suka review masa on the way, sakit kepala."
Bunyi deheman kecil Zati mengalihkan perhatian yang tadinya tertumpu pada Syaqila.
"Nak pergi naik kereta mana ni? Kereta company ke?"
"Tak perlu, drive kereta I je lah senang."
"Well, okay je mana-mana I ikut je. Mana your car? Dah boleh gerak sekarang tak? Lambat-lambat nanti apa pun tak sempat." Gesa Zati seolah mereka sedang keburuan waktu padahal perjumpaan yang ditetapkan adalah sebelah petang, tak ada apa yang dikejarkan.
Halina menahan. Ada sesuatu yang ingin dikatakannya. "Eh nantilah dulu, you pun Zati kot ya tak sabar nak berjalan pun boleh tenang sikit tak?"
Zati menjuih bibir, tidak terkesan dengan teguran Halina padanya.
"Macam ni... akak ingat akak pun nak drive sendiri lah. Kalau bawa dua kereta okay tak?"
Dahi Aakif berkerut memikir. Persoalan yang bermain di kepala dilontarkan. "Kenapa nak drive dua kereta? Banyak sangat ke barang sampai tak muat satu kereta? Naik satu kereta kan senang jimat duit minyak duit tol, nak claim pun tak lah-"
Belum sempat Aakif menyudahkan kata-katanya, Syaqila menjulingkan matanya ke atas tanda meluat. Dengan kepalanya yang terasa memberat tak cukup tidur, suara-suara rungutan atau pun bebelan ialah benda terakhir yang dia ingin dengar tika ini.
"Qila setuju dengan akak. Akak drive satu, Qila drive satu. Kalau ada apa-apa emergency ke senang ada spare car. Pasal claim ke apa jangan risau, simpan je resit." Potong Syaqila pantas dengan nada menyindir pada Aakif. Berkira sangat!
Zati yang menelinga sedari tadi mencelah. Lengan Aakif dipegangnya "Er habis tu you naik mana nanti?"
"Mana-mana je lah yang sudi tumpangkan I yang sengkek ni." Seloroh Aakif dalam nada bergurau. Langsung malas mahu berfikir soal remeh.
"Akak bukan tak nak tumpangkan kamu tau Aakif, tapi rasanya cik Qila lebih memerlukan Aakif sekarang ni kot."
"Me?" Soal Syaqila sambil menunding jari ke arah dirinya. Tidak dapat menangkap apa yang dimaksudkan dengan cadangan Halina.
YOU ARE READING
Cinta Si Dia ✔️
RomanceSyaqila Adra. Ini kisah Syaqila Adra yang tak pernah merasakan dirinya salah. Segala pendapat manusia disekelilingnya perlu dilenturkan agar sebaris dan senada dengan buah fikirannya. Menyerah kalah dan mengaku kalah bukanlah dirinya. Selagi dirinya...