Bab 18 | Kosong

738 78 19
                                    

"CIK QILA gaduh dengan Aakif ke?"

Syaqila yang sedang meneliti dokumen tersentak dengan komen yang keluar tiba-tiba dari mulut Halina. Namun matanya tetap setia membaca bait demi bait perkataan yang tertera pada dokumen yang disediakan Halina, sedaya-upaya dia mengawal diri agar riak wajahnya tidak ketara mempamer emosi.

"Tak ada lah."

"Ye ke? Tapi akak tengok kamu berdua ni semacam je... Cik Qila pun macam saja avoid Aakif lately ni. Tak betul ke?"

"Perasaan akak je tu." Sangah Syaqila mudah, tidak mahu topik itu dibincangkan dengan lebih mendalam.

"Hmmm tapi akak perasan ada something yang lain pada cik Qila ni lately."

Sekali lagi Syaqila tersentak dengan komen yang diberikan. Fail dokumen yang siap ditelitinya ditutup lalu perhatian diberikan seratus peratus pada Halina yang kelihatan sudah mula masuk mood gosip dan jaga tepi kain orang.

"Apa yang lain?" Duga Syaqila sengaja mahu mendengar sendiri dari mulut staffnya.

"Attire cik Qila, and... rasa vibes pun macam dah lain."

"Really?"

"Yup!" Jawab Halina bersungguh. "Akak perasan kan lately ni cik Qila selalu pakai baju jenis dress formal, tak ada slack dengan kemeja or full suits. Rambut pun cik Qila selalu lepaskan sekarang ni kan?"

Syaqila cuma tersenyum mendengarkan hasil pemerhatian Halina. Nampaknya ada juga yang perasan perubahan yang dilakukannya. Tidak dinafikan, kebelakangan ini memang dia lebih selesa menggayakan pakaian jenis dress separas lutut atau bawah lutut kalau tidak ada mesyuarat penting. Rambut lurusnya juga dibiarkan lepas bebas tanpa sebarang gaya mahupun warna.

Dan salah satu tujuan lainnya, diam-diam dia memasang tekad untuk tidak mengalah dan terus menggoda Aakif agar lelaki itu tidak lepas ke tangan perempuan lain.

"Akak suka tengok gaya cik Qila sekarang. Fresh, macam gaya college girl. Cantik-cantik semua lepas tu memang ketara lah nampak macam perempuan ada class."

Tidak semena-mena tawa Syaqila terhambur dengan ulasan tambahan Halina. "Ada-ada saja lah akak ni. Apa sebelum ni Qila nampak selekeh ke? Tak lawa? Atau nampak macam perempuan tak ada class?"

"Eh tak ada lah macam tu. Tapi sekarang ni memang nampak macam younger and friendly compare dulu-dulu, serius dan cold sentiasa sampaikan kadang akak nak risik-risik dengan cik Qila pun nak kena tengok mood dulu."

Ada ketikanya, Halina memang akan datang ke bilik dan mulakan sesi gossipnya pabila mood ketuanya baik. Awal-awal dulu, tak ada lah Syaqila terlampau baik atau pun terlampau garang, sedang-sedang saja. Tapi kalau dia masuk mood gossipnya tak kena angin Syaqila pada hari itu, Syaqila yang bagaikan kucing belaan sekelip mata saja boleh bertukar pada harimau jadian. Tapi kebelakangan ini, Syaqila lebih banyak berdiam diri dan bercakap pun tak ada sampai menengking.

"Ada masanya Qila pun nakkan vibe lain, tak salah kan?"

"Hah macam ni lagilah akak suka! Konfem staff lelaki department lain pun ada yang dah tangkap leleh dengan cik Qila tau!"

Bibir Syaqila cuma tersungging senyuman tanpa mahu membalas pujian Halina. Apa gunanya dia berjaya menarik perhatian staff lelaki dari department lain kalau lelaki yang didambakan langsung tidak sudi menoleh ke arahnya?

'Tok tok tok!'

Bunyi pintu diketuk dari luar menarik perhatian Syaqila dan Halina.

"Masuk!"

Pintu ditolak. Nurin masuk bersama planner di tangannya.

"Yes? Ada apa?"

"Err encik Aakif minta cik Qila turut serta appointment petang ni dengan client RZ electronic." Tutur Nurin serba-salah. Bukan dia lupa pesanan yang acap kali dipesan Syaqila tapi apabila arahan ini datangnya dari project manager sendiri, apa lagi yang dia boleh buat?

Cinta Si Dia ✔️Where stories live. Discover now