Bab 15 | Rogol?

1.3K 60 4
                                    

FAIL ditangan ditutup kemas. Mata meliar memandang setiap staff yang sedang menanti bicara keluar dari dua ulas bibirnya.

"I tahu Dato' takkan masuk for 2-3 days but kalau boleh kita siapkan semua by tomorrow can?" Halina bersuara selaku 'suara besar' yang diberi kuasa oleh Syaqila untuk mengetuai mesyuarat tengah hari itu.

Bukan saja staff dari kumpulannya yang menyertai mesyuarat petang itu, malah staff dari kumpulan Fahri juga diheret sama agar ikut serta. Supaya setiap staff yang terlibat dengan projek Mystique sedia maklum maklumat terkini berkaitan proses terakhir yang perlu diperkemaskan lagi. Fahri? Lelaki itu langsung main lepas tangan, tak ada nampak lagi kelibatnya di pejabat sejak kes serang tengah hari semalam.

Setelah semua maklumat dari Syaqila disampaikan, dan dipersetujui staff-staff lain tanpa bantahan lagi, Halina segera menyudahkan mesyuarat petang itu. Tidak betah berlama lagi. Dia bukannya Syaqila yang pandai berkata-kata depan orang ramai. Setakat sampaikan seperti apa yang dipesan ketuanya boleh lah, lebih-lebih dia tak reti. Mujur juga ada Aakif yang boleh tolong sama menjawab soalan demi soalan yang diajukan.

"Qila mana? Tak masuk ke hari ni?" Soal Aakif ketika Halina melepaskan lelah pada kerusi empuk setelah semua staff lain meninggalkan bilik perbincangan.

"Ada je dalam bilik dia tu."

"Ya? Dah tu kenapa dia tak handle sendiri meeting ni?" Soal Aakif kehairanan.

Bukan saja dia, staff-staff lain juga sudah sedia maklum betapa cerewet dan tegasnya wanita itu dalam apa jua urusan berkaitan kerja. Tak pernah sekali pun terlepas mesyuarat. Kalau boleh semua kerja dia nak buat sendiri atau pantau sendiri.

"Entahlah Aakif... akak pun tak tahu. Akak cuma ikut saja apa yang cik Qila suruh."

"Dia tak sihat ke?"

"Entah."

"Eh takkan akak tak tahu? Tadi masa Qila delegate task tu akak tak perasan ke?"

Riak wajah Halina berubah. Amboi gaya soalan Aakif dah macam polis pencen saja lagaknya. Kalau dah risau sangat dengan anak Dato' Syazwan tu kenapa tak pergi tengok sendiri je, gerutu Halina dalam hati.

"Manalah akak tahu. Tadi pun cik Qila cuma sampaikan melalui emel saja, semua apa yang dia nak suruh akak cakapkan, dia jot down situ. Dari pagi pun akak tak ada nampak batang hidung dia. Sibuk sangat buat kerja lah tu, iyelah kamu pun tahu kan Dato' bagi tempoh sampai lusa je untuk submit final draft tu." Ujar Halina geram. Apa ingat dia ni PA Syaqila ke sampaikan harap dia tahu serba-serbi tentang ketuanya?

Dalam pada itu, timbul juga rasa hairan di benak fikiran Halina. Tak pernah-pernah ketuanya sampaikan pesanan melalui emel, selalunya kalau perkara yang hendak disampaikan cuma ringkas sahaja, Syaqila lebih selesa menggunakan medium whatsapp. Atau paling tidak pun, dia akan dipanggil masuk ke dalam bilik ketuanya. Syaqila lebih suka berkomunikasi secara berdepan-depan hatta benda remeh sekali pun. Itu yang kadang ada saja bunyi rungutan daripada pekerja lain kerana dipanggil masuk ke dalam bilik walhal perkara yang hendak disampaikan itu boleh saja disampaikan melalui interkom.

Bukan saja hal Syaqila, hal Dato' Syazwan pun menghairankannya. Sejak bila pula orang tua tu rajin pelawa diri untuk buat kerja luar yang memakan masa 2-3 hari? Sedangkan selama ini setakat kerja yang tidak memerlukan perhatiannya, diarahkan saja staff bawahannya ambil-alih.

"Dato' tak masuk hari ni kak?" Soal Aakif.

Macam tahu-tahu saja dia sedang fikirkan soal orang tua itu. Desis Halina dalam hati.

"Hmm tak masuk. Akak dengar, Dato' pergi Sandakan. Dia yang offer nak take over rundingan dengan supplier sana. Aakif tak tahu cerita ke? Kan ke kamu ni BFF Dato', Dato' tak ada cerita ke?"

Cinta Si Dia ✔️Where stories live. Discover now