Bab 16 | Belanja ⚠️

1.9K 62 7
                                    

❗️ Mature content warning in later part of this chapter.

PUNAT kunci kereta ditekan. Sebaik saja penggera berbunyi, tidak tunggu lama Syaqila terus meloloskan diri ke dalam kereta. Mahu segera keluar dari rumah yang merimaskan. Hujung minggu pun langsung tak boleh nak bersenang-lenang, ada saja si puaka itu yang menggedik berpura-pura baik dengannya di hadapan papa. Dan apabila dia lantang menolak, sudah tentu dia juga yang akhirnya kelihatan jahat pada mata papa, tapi sedikit pun dia tidak peduli, lantaklah papa mahu meradang sekalipun.

Namun belum sempat lagi dia menghidupkan enjin kereta, bunyi hon kedengaran lantang dari belakang. Kelihatan sebiji kereta berwarna hitam berhenti di luar rumahnya yang sudah pun dibuka luas pagar.

Sekali pandang saja Syaqila sudah dapat mengecam pemilik kereta model itu yang dikeluarkan oleh syarikat Mercedes.

Laju dia melangkah keluar dari kereta lalu menghampiri seorang jejaka yang sudah terjengul kepalanya melalui tingkap kereta yang sudah diturunkan.

"You buat apa sini Razin??"

Sambil itu, kepala Syaqila terjengah-jengah juga ke belakang. Bimbang bunyi hon tadi cukup kuat untuk menarik perhatian penghuni di dalam rumah. Dia belum bersedia untuk menjawab persoalan demi persoalan yang mungkin akan diajukan papanya dan tidak kurang juga si puaka yang tentunya akan menyibuk sama.

"Jemput you. I'm here, so shall we?"

Syaqila mengetap bibir geram. Lelaki ini nampaknya sengaja mahu bergurau tatkala dia langsung tiada mood untuk itu.

"Stop with your stupid acting Razin, I'm not waiting for anybody. Pergilah! I dah jelaskan semuanya through whatsapp, kalau tak faham juga you boleh ulang-ulang baca sampai faham. Tak ada sebab lagi untuk I terus ikut kata-kata you." Kata Syaqila dengan nada suara dikeraskan.

Sehari selepas berita keguguran Farizah lagi, Syaqila langsung tidak berlengah untuk menyampaikan hal tersebut pada Tengku Razin. Harapannya agar lelaki itu tidak lagi datang mengganggu. Namun, dua tiga hari berikutnya, Tengku Razin tetap menelefonnya dan whatsapp daripada lelaki itu juga masuk bertalu-talu. Daripada setiap kekacauan itu, tidak ada satu pun isu Farizah yang dibangkitkan. Cuma hal-hal mengarut seperti mengajak dia keluar, mengajak dia teman makan, mengajak dia ikut bercuti bersama dan macam-macam lagi yang masuk merimaskannya. Sudahnya dia buat keputusan untuk sekat terus nombor Tengku Razin, lagipun dia tidak berhutang apa-apa lagi dengan lelaki itu.

Ingatkan faham bahasa lah orang tidak sudi, tapi nampaknya dia tersalah anggap. Sekarang lelaki ini langsung terpacak depan rumahnya tanpa sebarang amaran atau pun menghubunginya terlebih dulu. Oh lupa, dia juga yang block nombor Tengku Razin bukan? Tapi mustahil lah Tengku Razin tidak punya nombor lain.

"You nak kemana? Jom lah I temankan."

"Huh! Kemana saja I nak pergi, itu bukan urusan you. Pergilah Razin, I dah tak ada hutang apa-apa dengan you kan!" Bentak Syaqila geram. Selagi Tengku Razin tidak pergi, selagi itu lah dia akan terus berasa resah dan gusar. Bimbang bila-bila masa saja penghuni rumah akan menjengah ke luar rumah.

Tengku Razin mengangguk-angguk tenang seraya kembali berlalu ke keretanya. Ketenangan dan riak selamba pada wajah itu sungguh menjengkelkan Syaqila.

Tiba-tiba...

Pin Pin! Pin Pin! Pin Pin!

Mencerlung mata Syaqila akan perlakuan tidak makan saman Tengku Razin, lantas tangannya naik menekap telinga yang terasa sungguh bingit dengan bunyi hon bertalu-talu. Sungguh mengacau ketenangan kawasan perumahannya di pagi hari.

"Razin, stop it!"

Bertuahlah kalau Tengku Razin mahu mendengar kata. Langsung tidak hiraukan akibat perbuatan tidak matangnya, sekali lagi dia kembali menekan hon bertalu-talu.

Cinta Si Dia ✔️Where stories live. Discover now