CSD 2.0 | Prolog

574 50 6
                                    

PANGGILAN terakhir buat penumpang kapal terbang QR4990 kedengaran.

"Syaqila!"

Syaqila menoleh, kelihatan seorang lelaki tercungap-cungap mengejar dia di balai perlepasan. Tak sampai hati hendak membiarkan kesungguhan lelaki itu tak bersambut, dia meminta izin pada staff bertugas untuk ke tepi sebentar.

"Raz, you buat apa kat sini?"

"Sampai hati you pergi macam tu saja kan? You nak pergi mana, Qila? Kenapa you tak bagitahu I dulu? You rasa I akan halang you ke?" Soal Tengku Razin bertubi-tubi.

Terkilan bila dapat tahu daripada pembantu rumahnya, seawal sebelum subuh lagi Syaqila sudah keluar dari rumah dijemput limosine tanpa memberitahunya terlebih dahulu. Ini pun mujur dia sempat kejar kalau tidak tentu tidak tertanggung rasa kesal kerana tidak dapat sampaikan apa yang diusahakannya dua tiga bulan ini.

"I rasa suffocate kat sini, I rasa dah sampai masanya I patut cari diri I semula yang dah hilang. Boleh gila kalau lama-lama I peretend to be okay but truth is I'm not okay at all."

Tengku Razin menumpang simpati. Dia tahu tak akan ada dapat halang tindakan nekad yang dibuat Syaqila. Tidak juga Aakif yang baru bernikah lagi dua hari lalu dengan pilihan hatinya.

"Tapi kenapa sampai kena lari jauh Qila? Kalau you nak cari someplace yang takkan siapa dapat tahu, tapi still dalam Malaysia I boleh dapatkan untuk you, Qila."

"Thanks Raz, tapi I know what is best for me at the moment." Tolak Syaqila dengan senyuman kecil terhias dibibir tidak mahu bersikap kurang ajar pada lelaki yang sudah banyak membantunya kebelakang ini.

"Atau... you ada terdengar apa yang bonda I cakapkan semalam?" Tebak Tengku Razin tiba-tiba.

"No." Tegas Syaqila. Padahal dalam diam dia mengakui ya, itu salah satu pendorong kepada tindakan nekadnya kali ini.

Tapi dia tak menyalahkan wanita elegan bergelar bonda kepada Tengku Razin itu, dia faham kerisauan dan ketidakselesaan perempuan itu berasas.

Malam semalam ketika dia turun hendak mendapatkan segelas air, dia terdengar perbualan dua-beranak itu di ruang tamu. Lantas terbantut niatnya hendak ke dapur. Menyorok di sebalik tembok lalu memasang telinga mendengar perbualan dua beranak itu yang sesekali ada menyebut namanya.

"Bonda faham apa yang Raz kisahkan sangat tapi bonda nak Raz pun fahamkan apa yang bonda risaukan. Bukan bonda tak sudi tumpangkan Syaqila kat rumah ni, tapi untuk berapa lama lagi? Ni dua bulan dia kat sini pun bonda dah rasa tak sedap. Raz tak fikir ke apa yang bonda rasa bila orang cakap-cakap anak Dato' Syazwan tu ada kat sini? Kalau Syaqila tu anak dara lagi ke boleh lah juga bonda cover kata nak buat menantu ke apa tapi ni tak, Raz pun tahu kan? Syaqila tu baru bercerai, masih dalam idah, kamu pula bawa dia ke sini. Tak manis tahu dilihat orang?"

"Memang Raz nakkan Qila pun, nanti dia habis edah bonda jangan risau lah. Sekelip mata je bonda boleh dapat menantu instant, bukan ke tu juga yang bonda asyik bisingkan?" Usik Tengku Razin.

Pap! Peha anak bujangnya ditampar kuat.

"Kamu jangan nak mengada ya Raz. Kamu tu bujang lagi, kenapa nak kahwin dengan perempuan bergelar janda? Bonda tak setuju. Kalau bukan Raz tu mengugut bonda nak simpan perempuan kat kondo konon, tak adanya bonda nak bawa masuk Syaqila tu. Kalau uncle Syazwan kamu tahu nanti entah apa katanya. Janganlah bergaduh pula dia dengan walid."

Sekeping sampul bersaiz A4 berwarna coklat dihulurkan pada Syaqila. Dalam tertanya-tanya, Syaqila sambut jua huluran tersebut.

"I dah jumpa jawapan untuk apa yang you minta I carikan dulu. Sorry... I terlambat, kalau tak masa ni mesti you tengah bahagia dengan Aakif dan anak you..."

Cinta Si Dia ✔️Where stories live. Discover now