MUG di tangan dibawa ke bibir, perlahan disisip air berkafein yang masih berasap panas itu. Diulang tindakan yang sama berselang-seli dengan kunyahan kepingan biskut vanila yang berbentuk segi empat panjang.
"Blandnya biskut ni, tak rasa apa. Biskut coklat tak ada ke?"
Muka lelaki yang sedang merenungnya, menagih jawapan dengan wajah yang tidak beriak dipandang sepintas lalu sebelum kepalanya kembali menunduk menyambung kerja yang sedang menuntut perhatiannya.
"Ada. Ada kat pantry sana. Dah ambik nanti terus saja masuk bilik you, sini bukan bilik lepak yang you boleh buat suka hati keluar masuk."
Kata-kata itu mengundang tawa rancak dari bibir Fahri. Tidak diherankan dengan kesinisan yang dilontarkan, bukannya dia tidak biasa.
"Aik takkan marah kot?"
Soalan itu dibiarkan berlalu tak berjawab.
"Itu lah, kan aku dah ajak kau temankan aku breakfast kat bawah, kau tak nak. Terpaksalah aku kunyah biskut tawar ni, lapar tau tak, tak sempat pula nak breakfast dulu kat rumah."
Tak sempat pula konon, padahal hari-hari memang tak sempat. Hari-hari subuhnya terbabas. Macam mana nak sempat kalau dah bangun pun kesiangan? Berlibur tak ingat diri, lepastu pagi-pagi dah menyusahkan orang!
"Mengata aku lah tu." Duga Fahri bila terpandangkan garapan tangan pada batang pen di tangan Syaqila makin kemas hingga urat hijau mula timbul. Marah sangat nampaknya tu.
Sudahnya Syaqila menghentak pen di tangan atas meja. Sudah tidak mampu berpura-pura bagaikan dia tak ambil endah dengan kehadiran Fahri dalam biliknya. Direnungnya muka Fahri dengan perasaan geram yang tertahan. Kalau marah pun bukannya dia nak peduli, malah makin giat pula mengusiknya nanti.
Tubuhnya didekatkan pada meja, tanda bersedia untuk mendengar apa sahaja yang keluar dari bibir lelaki itu.
"Nak apa ni??"
"Kahwin dengan aku." Jawab Fahri sepatah. Dia turut mendekat, merenung wanita itu tepat ke dalam mata.
Spontan Syaqila tergelak. Kepalanya digeleng-gelengkan berkali-kali. Mengarut sangat apa yang baru terpacul dari bibir lelaki itu.
"You ni tak habis-habis lagi rupanya. Sudahlah, I dah bagi jawapan kan.."
Ingatkan Fahri sudah tanamkan hasrat itu setelah dia menolak peminangan lelaki itu beberapa bulan yang lalu. Tapi nampaknya Fahri masih belum lagi berpuas hati.
"Kenapa kau tak nak kahwin dengan aku?"
"Seribu kali you tanya soalan tu pun, jawapan tak akan pernah berubah Fahri." Jawabnya bosan.
Syaqila tahu, walau berapa kali jawapan yang sama diulang tayang sekali pun, Fahri tetap tak akan puas hati. Fahri tak akan pernah berpuas hati kerana jawapan yang diterima kedengaran seperti hanya sekadar satu alasan yang tidak boleh digunapakai.
"I'll change, for your sake."
Ketawa kecil terhambur dari bibir Syaqila. Sedikit pun dia tidak berasa yakin dengan kata-kata yang baru diucapkan itu. Nak berubah? Berapa tahun pula nak tunggu Fahri betul-betul berubah?
"Sudah lah Fahri, tak perlu nak hipokrit lagi. Cari lah someone yang boleh terima you seadanya, apa yang pasti bukan I."
Fahri merasa tercabar dengan penolakan demi penolakan daripada wanita ini. Walaupun dia sedia maklum Syaqila tak pernah ada perasaan terhadapnya, tapi Fahri tetap tidak berpuas hati. Apa yang pasti dia mahu memiliki wanita ini. Dan apabila dia sudah berkehendak, dia akan pastikan kehendaknya dicapai walau dengan apa jua halangan sekalipun.
YOU ARE READING
Cinta Si Dia ✔️
RomansaSyaqila Adra. Ini kisah Syaqila Adra yang tak pernah merasakan dirinya salah. Segala pendapat manusia disekelilingnya perlu dilenturkan agar sebaris dan senada dengan buah fikirannya. Menyerah kalah dan mengaku kalah bukanlah dirinya. Selagi dirinya...