Cinta Si Dia siri 2.0

373 37 6
                                    

SINOPSIS

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




SINOPSIS

"Ceraikan I, Aakif."

Apabila diri sudah tidak mampu bertahan dalam ikatan perkahwinan yang tidak dihargai, Syaqila memilih untuk mengundur diri. Bukan kerana menyerah kalah dalam usaha untuk memenangi sekeping hati milik Aakif, tapi dia tidak dapat menerima keputusan Aakif untuk menyunting perempuan lain sebagai isteri kedua. Perempuan mana yang mampu menjeruk rasa dalam sebuah ikatan yang dibenci suami sendiri? Malahan tergamak pula sang suami memasang niat untuk berkahwin lain dan menyintai wanita lain, sebuah perasaan tulus yang sepatutnya menjadi hak miliknya tatkala lafaz akad terlafaz di bibir Aakif Hazim.

Bertahun lamanya Syaqila membawa diri, merawat sekeping hati yang berkecai diperlakukan bagaikan diri tidak punya rasa. Sekembalinya semula ke tanah air, luka yang berparut kembali berdarah apabila melihat kemesraan bekas suaminya dengan isteri baru.

Adakah bertahun masa yang berlalu tidak mampu melenyapkan sebaris nama yang pernah menyandang status sebagai seorang dalam hidupnya?

Rasa benci pada diri sendiri mula berputik. Betapa lemah dan bodoh dirinya andai masih memasang harapan pada manusia yang tidak tahu menghargai dirinya. Aakif tidak menyintai dirinya dan tegar mengangkat wanita lain menjadi isteri saat diri terlalu rapuh dan tidak berdaya. Itu sebuah hakikat yang tidak dapat dinafikan. Namun perbuatan Aakif menggelirukannya.

"Jadi isteri abang semula, Qila. Kita kahwin."

Tersentak. Tergamam. Terkelu seribu bahasa. Ini saat yang sekian lama dinantikan, lamaran Aakif untuk menyunting dirinya menjadi isteri kepada lelaki itu. Bukankah ini yang dia harapkan daripada lelaki itu?

Disaat hati sedang berbelah-bahagi dengan lamaran yang dihulurkan Aakif, satu rahsia yang tersingkap buatkan Syaqila nekad enggan menerima lelaki itu kembali. Aakif keterlaluan, Aakif telah berlaku kejam dan menganiaya dirinya. Bertahun-tahun lamanya dia mengasingkan diri tanpa menyedari ada sesuatu yang berharga telah dia abaikan selama ini.

Kerana rahsia itu juga, Syaqila enggan buka ruang kepada mana-mana lelaki yang melamarnya. Malah penerimaan yang diberikan juga ditarik balik. Dia tidak layak. Dia tidak berguna. Tak ada lelaki yang boleh terima keadaan dirinya yang tak ubah seperti manusia kejam tidak punya hati perut.

Untuk itu, sekeping hati yang memasang harapan terpaksa dilumat kejam. "I minta maaf, I tak boleh terima lamaran you. I rasa semuanya terlalu cepat, you carilah orang lain. Yang lebih layak untuk jadi peneman hidup you."

Jalan menuju bahagia yang hendak dikecapi tidak mudah, lebih-lebih lagi dengan kehadiran Fahri membawa seribu satu dendam tidak berkesudahan. Kemelut yang sekian lama membarah di dada tanpa sedar turut mengubah Syaqila menjadi seorang yang pendendam. Dia tak akan puas selagi tidak heret lelaki itu ke muka pengadilan!

Bahagia terasa sukar untuk digapai. Akan tetapi, kesungguhan seseorang yang bergelar suami yang akhirnya melayani dirinya selayaknya sebagai seorang isteri buatkan Syaqila sedar. Dalam setiap kepahitan ada manisnya, dalam setiap kesengsaraan ada hikmahnya, dalam setiap kesedihan ada bahagia yang sedang menanti.

Apakah Aakif berjaya meraih semula kepercayaan dan sekeping hati milik Syaqila yang suatu masa dahulu pernah menjadi miliknya? Atau kasih Syaqila beralih arah dan disandarkan seluruh hidupnya pada seorang jejaka yang lebih layak untuk memimpin dirinya sehingga ke nafas terakhir?

Cinta Si Dia ✔️Where stories live. Discover now