|𝐃𝐚𝐫𝐲𝐚 𝟏𝟒

12.7K 821 33
                                    

༻ ༺

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

༻ ༺

Darya membuka kelopak matanya. Dia mula bangunkan badannya dengan perlahan-lahan. Badan belakangnya disandarkan ke dinding.

"Ya Allah, kau kuatkan lah aku untuk hadapi segala rintangan ini. Tolong aku ya Allah, aku merayu padamu. Kasihanilah hambamu ini ya Allah." Ucap Darya dengan nada yang mengendur.

Dia hanya termenung melihat keluar jendela. Hari ini sudah masuk seminggu dia dikurung di dalam bilik. Hayyes langsung tidak mengizinkannya apatah lagi melepaskan dirinya keluar dari rumah itu.

Dia penat. Walau beribu kali dia merayu, walau beribu kali dia melutut di kaki suaminya. Memang tiada harapan untuk dia kembali bebas seperti dahulu.

Hidupnya kini sudah pun dikawal oleh Hayyes bagaikan seekor burung merpati yang dikandang oleh tuannya.

Clack!

Pintu bilik dibuka, lalu kelibat seseorang masuk ke dalam dengan membawa sebuah talam yang mempunya makanan itu.

"Dah bangun? Wah tahniah lah dah pandai bangun awal, tak perlu aku nak simbah air dekat kau hari-hari." Ucap Hayyes yang baru sahaja masuk.

Dia kemudian meletakkan makanan dan minuman di atas sebuah meja kecil yang bersebelahan katil Darya.

"Nah makan ni. Kalau abang kesayangan kau tanya kenapa kau mati kebuluran pula tak pasal-pasal aku yang kena tempias sebab tak bagi kau makan."

Darya yang langsung tidak mempunyai selera untuk makan hanya menenung kosong makanan yang dibawa Hayyes.

Nasi goreng? Hari-hari makan benda yang sama aje.

"Hoi, kau tenung makanan tu dah kenapa? Makan lah!" Kata Hayyes yang geram dari tadi melihat si Darya ini termenung kosong makanan yang dibawa nya.

Darya mengeluh kecil. Kemudian terbit satu kata hatinya untuk cuba memujuk suaminya sekali lagi agar dia dapat keluar. Sekali pun jadi la.

"Awak, err boleh tak saya nak keluar sekejap? Dah lama saya terperap dalam rumah je." Kata Darya perlahan. Matanya kini memandang figura Hayyes yang sedang memeluk tubuh.

Hayyes melepaskan keluhan kecil. Ditatapnya wajah sayu isterinya itu.

"Kalau aku bagi kau keluar nanti mesti kau akan lari kan? Kau ingat aku ni bodoh ke Darya?" Balasnya dengan sebuah senyuman sinis diwajah.

Badan Darya mula bergetar. Matanya dilirikkan ke tempat lain sebelum kembali melihat ke wajah suaminya.

"Saya janji saya takkan lari. Macam mana saya nak lari kalau awak ada dengan saya? Boleh la, saya nak keluar kali ni je." Rayu Darya dengan wajah sedih.

Hayyes yang sudah lali mendengar rayuan Darya selama seminggu itu akhirnya mengalah. Bosan la asyik dengar benda yang sama je. Kang aku cepuk kang.

"Ishh yalah yalah! Menyusahkan betul la pompuan ni." kemudian Hayyes mendekati Darya yang berada di atas katil.

𝐇𝐞𝐫 𝐥𝐚𝐬𝐭 𝐰𝐢𝐬𝐡𝐞𝐬Where stories live. Discover now