༻ ༺
Keesokan paginya, suasana mansion mewah itu sunyi sepi. Seolah-olah semua suara kehidupan telah pun lenyap bersama dengan pemergian Hayyes.
Setelah lelaki itu ditampar semalam, dia terus membawa diri keluar dari rumah itu. Mungkin balik ke kondo ataupun rumah mummy dan daddynya.
Tingkah laku Hayyes sejak dua menjak ini semakin bertentangan dengan dirinya yang dahulu. Walaupun ingatan Darya sudah pun pulih, namun ia tidak dapat menghalangnya untuk terus menyiksa perempuan itu.
Tetapi dia tidak melakukannya.
Tengku Shah Hayyes yang baran, sering melepas tangan pada Darya sejak hari perkahwinan mereka tiba-tiba lesap.
Takut? Tidak, tiada istilah takut dengan perempuan bernama Darya di dalam kamus hidupnya.
Mungkin dia muak mahu melihat wajah yang dibencinya seumur hidup itu.
Di dalam bilik pada tingkat atas pula, Darya dengan perlahan membuka kelopak matanya. Cahaya mentari yang menembusi langsir putih itu sedikit terkena pada wajahnya.
Dia hanya berbaring dalam beberapa saat. Kejadian semalam mula bermain di dalam fikiran. Terus terbit sebuah senyuman di bibirnya. Tengku Shah Hayyes, lelaki itu tidak akan dapat melepaskan diri daripada dia.
"Hayyes, Hayyes... You lari lah sejauh mana pun, You tetap selamanya jadi milik I. You're mine and I'm yours. We tied together even death can't tear us apart." lembut dan serak suara itu berkata.
Jendela disebelah menjadi tatapan kosongnya.
Terus tersentak lamunan Darya setelah telinganya menyapa bunyi ringtone. Iphone di atas mini drawer dicapai.
Nama pemanggil di screen membuatkan dahi gadis itu berkerut.
'Unknown Number is calling...'
"Siapa ni?" getusnya sendiri sambil mengangkat telefon. Suaranya masih serak akibat baru bangun tidur.
Badannya perlahan-lahan bangun dari katil, selimut comforter yang tebal itu masih melitupi sebahagian kakinya.
Jarinya menggelongsor ke butang hijau di atas skrin. Telefon kemudian didekatkan di telinga. Tertanya-tanya siapakah gerangan yang menelefon pada waktu ini.
Mungkin alongnya, namun nombor Darwish sudah lama disimpan di dalam kontak. Atau si Deana? Si bongsu yang amat bencikan dia. Tapi apa motif tiba-tiba sahaja telefon orang pagi-pagi buta ni.
The curiousity kills her.
"Hello?"
Sunyi seketika di seberang talian. Tiada suara, tiada bunyi nafas.
Darya mengerutkan dahinya, perasaan aneh mula menyelebungi diri.
"Siapa ni?" soalnya sekali lagi, tetapi suaranya kedengaran sedikit keras. Geram dengan si pemanggil yang terlebih dahulu menelefonnya tidak membalas.
YOU ARE READING
𝐇𝐞𝐫 𝐥𝐚𝐬𝐭 𝐰𝐢𝐬𝐡𝐞𝐬
RomanceFirst vol under 𝐂𝐫𝐮𝐞𝐥 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥𝐬 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 [Not all love story is perfect like that damn fairy tales books] Tengku Shah Hayyes- Bakal CEO H.R company yang amat terkenal dengan sifatnya yang selalu keluar masuk kelab malam, kaki perempuan...