|𝐃𝐚𝐫𝐲𝐚 𝟑𝟖

1.4K 114 15
                                    

༻ ༺

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

༻ ༺

Seperti sebuah pita video yang lama, sebuah memori yang buruk itu beralunan di dalam kepala Darya.

Dia mula menutup kedua belah telinga yang dilitupi tudung yang basah dengan tapak tangan. Perasaan cemas dan panik mula menyelubungi dirinya.

Apa yang baru saja dia alami tadi. Memori lama?

"Tak.. Tak mungkin! Ini semua tipu je, kan Hayyes?!" dia melirik bebola mata ke arah lelaki yang sedang memeluk tubuh.

Hayyes hanya tersenyum senget ke arah gadis itu. Tidak dia hiraukan akan keadaan Darya sekarang. Bagi dia, tiada guna pun nak tolong atau menenangkan perempuan gila sepertinya.

Die benci gadis itu.

Darya mula menapak ke belakang. Kepalanya mula berpinar.

Seperti pecahan kaca yang terhempas, memori-memori lama itu mula datang menghantui dirinya kembali.

Takut.

Tangan setia menutupi telinga untuk menolak setiap bunyi suara yang bergemar di kepalanya.

Kini baru dia ingat bagaimana dia sengaja memandu laju keretanya pada malam itu.

Bagaimana dia ketawa sinis setelah melihat mangsanya yang berada di depan mata.

Dan bagaimana dia tidak teragak-agak untuk melanggar wanita itu.

Dia...

Dia adalah pembunuh.

"I...I killed her..." bisiknya dengan suara sedikit tersekat-sekat. Air mata mula mengalir di pipinya. Kaki sekali lagi menapak ke belakang dengan perlahan. Mata dan juga otaknya tidak dapat percaya dengan apa yang baru dia ingat.

Semuanya adalah kenyataan benar.

Kenyataan yang sungguh perit dia mahu telan. Mahu menafi tapi tiada guna. Kini dia hanya merasakan dunia seakan-akan runtuh. Bagaimana dia boleh melupakan semua ini? Macam mana dia boleh jadi sekejam itu?

"Yes, you killed her. You killed my fiancee, Darya." dingin suara itu menyapa kembali.

Hayyes mula bergerak mendekati Darya. Dengan perlahan kakinya melangkah ke arah perempuan yang sedang menangis teresak-esak itu.

"Tak Hayyes...T-tak mungkin saya lakukan benda macam tu! Darya tak b-buat benda tu." teresak-esak dia menangis, tangan kekar Hayyes dicapai dengan lembut.

Hayyes mendengus kasar, matanya tajam menikam ke dalam anak mata yang berair itu. Wajahnya yang mendatar kini dipenuhi dengan amarah yang membara.

Anak mata Darya bertemu dengan Hayyes. Dapat dilihat api kemarahan yang terpancar dari matanya. Itu pun sudah cukup membuatkan gadis itu menelan liur dalam ketakutan.

𝐇𝐞𝐫 𝐥𝐚𝐬𝐭 𝐰𝐢𝐬𝐡𝐞𝐬Where stories live. Discover now