༻ ༺
"DARYA!"
Jerit suara garau seseorang yang kini berada di hadapan pintu lift. Tangan lelaki itu menahan pintu lift agar pintu itu dibuka.
Bergetar-getar badan Darya. Lidahnya mula kelu. Tidak mampu dia untuk bersuara. Hatinya kini kian resah memikirkan apa yang akan terjadi pada dirinya.
Adakah Hayyes akan datang dan memukulnya jika dia tertangkap?
Pintu lift yang hampir-hampir tertutup tadi terus terbuka akibat tahanan kuat seorang lelaki.
Darya pantas memejamkan matanya akibat terlalu takut. Berdebar-debar jantungnya bagaikan hidupnya akan diakhiri sebentar lagi. Peluh mula meritik di dahinya tatkala tapak tanggannya sudah basah juga dek kerana peluh.
"Yaya? Yaya?! Yaya okay ke?"
Bergemar suara garau milik seseorang yang dikenalnya itu terngiang-ngiang di dalam sistem pendengarannya.
"A-abang E-Es?" Ucap Darya tergagap-gagap sambil membuka perlahan matanya.
Figura seorang lelaki yang kemas berkemeja hitam berdiri di hadapan Darya. Manakala lengan kemeja yang dilipat sehingga paras siku lelaki itu menampakkan sebuah ukiran tattoo ular yang berada di lengan kirinya.
Sama juga di bahagian dadanya yang terdedah akibat kemeja yang hanya dibutang sampai separuh itu. Ternampak ada satu ukiran tattoo naga yang terukir di bahagian dada.
Sungguh lain pemakaian lelaki itu sekarang ini. Mereka bagaikan orang yang berlainan. Tetapi tidak mungkin dia itu Hazael mahupun Afrael kerena kedua-dua mereka tidak mempunyai sebarang tattoo.
Lelaki yang selalu memakai jubah dan kopiah itu kini seperti seorang gangster.
"Yaya, Yaya okay tak ni? Abang tengok Darya macam orang kena kejar hantu je tadi tau. Are you okay, girl?" Soal Eskel bertubi-tubi.
Jelas kelihatan riak risau terpancar di wajahnya.
Eskel terus masuk ke dalam lift. Dia mendekati Darya, lalu dia terus memasukkan tangannya ke dalam sebuah plastic hitam yang di jinjingnya tadi.
Tangannya ligat mencapai sesuatu.
"Nah, Yaya minum ni dulu ya? Nanti senang la Yaya nak melangkah lebih jauh kalau nampak hantu."
Eskel memberi air kotak minuman milo ke Darya. Darya terus mencapai milo kotak itu tanpa banyak soal.
"Yaya-" terhenti ucapan Eskel apabila dia melihat keadaan wajah Darya yang kini berada dengannya.
Make-up yang berada di wajah Darya kian pudar dek kerana rintikan peluh menampakkan jelas lebam yang membiru di pipi kanannya.
Tersentak Eskel apabila melihat wajah Darya yang penuh dengan lebam itu, tangannya digenggam membentuk penumbuk. Perasaan geram mula menyelubungi dirinya, lama dia menatap lebam di pipi kanan gadis itu.
YOU ARE READING
𝐇𝐞𝐫 𝐥𝐚𝐬𝐭 𝐰𝐢𝐬𝐡𝐞𝐬
RomanceFirst vol under 𝐂𝐫𝐮𝐞𝐥 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥𝐬 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 [Not all love story is perfect like that damn fairy tales books] Tengku Shah Hayyes- Bakal CEO H.R company yang amat terkenal dengan sifatnya yang selalu keluar masuk kelab malam, kaki perempuan...