|𝐃𝐚𝐫𝐲𝐚 𝟑𝟓

1.4K 108 11
                                    

༻ ༺

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

༻ ༺

Bunyi hujan kedengaran renyai-renyai diluar rumah. Setiap bunyi titisan yang jatuh menghentam bumbung dan tingkap menghasilkan bunyi yang tenang, namun menenggelamkan suasana sunyi di rumah itu.

Di televisyen pula, sebuah lagu perlahan berkumandang secara autoplay. Lirik lagu 'Bukan untukku' daripada Hyperact mengisi ruang tamu.

Hanya aku yang tak pernah

Mengejar kejora kau janji bersama

Walau dirimu berharga

Tidak kau bahagia

Jika ku bersama denganmu

Kash menatap wajah Darya yang sudah terlelap di atas ribanya. Akibat keletihan menangis teresak-esak selepas mendengar cerita masa lampau si Hayyes, tanpa sedar dia terus terlelap.

Tangannya naik mengelus wajah lembut itu. Jari-jemari perlahan-lahan menyapu sisa air mata yang masih melekat.

Secara tiba-tiba, Kash terus menjauhkan tangannya dari wajah si gadis.

Kepalanya mula berdenyut-denyut.

Kash terus mendengus kasar. Tangan hinggap di pelipis kepala, penglihatan pula mula kabur sikit demi sedikit.

'Tak, kau tak boleh keluar sekarang. Bukan masa ni, Hayyes.'

Dia melirikkan bebola matanya ke arah Darya yang sedang lena itu. Wajah putih bersih itu ditatapnya lama walaupun sekarang ini penglihatannya kabur.

"I swear Hayyes, you touch her and I will kill you. To be exact 'us'. You hear that?" ucap kash mendatar. Ayatnya memang jelas merupakan sebuah amaran kepada dirinya yang satu lagi.

Dan akhirnya kelopak mata Kash pun jatuh perlahan, badan pula jatuh bersandar pada sofa.

Bunyi hujan yang merenyai-renyai di luar mula hilang dari pendengaran. Hanya bunyi televisyen sahaja yang berkumandang.

Setelah matanya rebah, kini ia mula buka sikit demi sedikit.

Dia kemudian menggerakkan badannya perlahan-lahan. Ingin bangun dari sofa. Namun, niatnya terhenti setelah mendapati ada sesuatu yang berat menimpa ribanya.

Kepala laju menunduk ke bawah.

Terus membulat matanya apabila melihat gerangan yang sedang terbaring di atas riba miliknya.

Dia kemudian menghembuskan sebuah helaan kecil sebelum bebola matanya melirik ke arah Darya yang masih lena itu.

"Darya Amara." dingin suara itu memanggil. Tetapi tiada sebarang reaksi dari si gadis.

Sekali lagi lelaki itu mendengus kasar. Tangan mula mengepal membentuk sebuah buku lima sebelum dia menguatkan genggamannya.

"Darya Amara!" nyaring suara Hayyes memanggil.

𝐇𝐞𝐫 𝐥𝐚𝐬𝐭 𝐰𝐢𝐬𝐡𝐞𝐬Where stories live. Discover now