༻ ༺
Darya yang masih terpinga-pinga itu terus bangun dari sofa. Kemudian dia melangkahkan kakinya beredar dari ruang tamu dan naik ke tingkat atas.
Setelah kaki miliknya melangkah ke anak tangga yang terakhir. Dia melepaskan sebuah keluhan.
Peluh yang meritik di dahi segera dilap menggunakan lengan baju pengantinnya.
"Asal tangga rumah ni tinggi sangat ek? Kalau gini hari-hari, mampus aku." Ucap Darya sebelum meneruskan perjalanan nya untuk menuju dimana keberadaan suaminya.
"Awak, awak dekat mana?" Soal Darya sambil berjalan melimpasi beberapa buah bilik.
Mana satu bilik dia ni? Dah lah rumah besar nak mampus, bilik banyak tak terkira. Tapi duduk berdua je? Baik beli yang sederhana sikit, daripada membazir.
Sementara Darya membebel di dalam hatinya, Hayyes yang baru sahaja keluar dari bilik terus melirikkan matanya ke arah Darya.
"Hoi! Kau bisik-bisik apa tu? Ke kau tengah baca mantera dekat aku?" Ucap Hayyes yang badan belakangnya sudah disandarkan di pintu bilik.
"Eh- tak ada apa-apa! Saya nak cari awak aje. Ha ni dah jumpa ni, alhamdulillah. Itu lah bilik banyak sangat so saya tak tahu mana satu bilik awak." Balas Darya tergopoh-gapah.
"Lain kali tanya la, handphone ada asal tak call? Guna otak kau sikit, jangan jadi lembab sangat. I hate stupid person."
"Sorry kalau saya buat awak marah."
"Sorry sorry. Aku tak marah pun just use that brain of yours next time. Noted that okay?"
Darya laju mengangguk kepalanya. Senyuman nipis cuba diukir dibibir.
"Awak, saya nak tukar baju. Can I go inside right now?" Tanya Darya dengan lembut.
Badan Darya kini masih kemas dibaluti oleh dress pengantin nya. Ketebalan lapisan dress itu menyebabkan dia tidak selesa ketika memakainya sejak pagi tadi. Sudah lama dia hendak menukar pakaiannya itu.
Hayyes melihat Darya dari atas sampai bawah. Setelah perasaan akan Darya yang dari tadi tidak menukar pakaiannya, dia mengeluh kecil.
"Ikut aku." Kata Hayyes ringkas.
Darya mengerutkan dahinya. Wajahnya nampak kebingungan.
Mana tak hairan nya, boleh saja si Hayyes ini mengizinkan dirinya masuk ke dalam bilik dia. Bukannya orang lain pun kan? Isteri sendiri kot, tak kan lah tak boleh.
Tanpa membuang masa Darya hanya mengikuti Hayyes dari belakang. Kang kena marah macam tadi kang.
Hayyes kini menuju ke arah sebuah lif yang sedia ada di rumah itu. Butang lif ditekannya.
YOU ARE READING
𝐇𝐞𝐫 𝐥𝐚𝐬𝐭 𝐰𝐢𝐬𝐡𝐞𝐬
RomanceFirst vol under 𝐂𝐫𝐮𝐞𝐥 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥𝐬 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 [Not all love story is perfect like that damn fairy tales books] Tengku Shah Hayyes- Bakal CEO H.R company yang amat terkenal dengan sifatnya yang selalu keluar masuk kelab malam, kaki perempuan...