༻ ༺"Angel, hey. Wake up Angel, dah pukul 9 dah ni. Jom breakfast?" lembut suara garau itu cuba membangunkan gadis yang terbaring lena di sebelahnya.
Rambut panjang yang menutupi sebahagian wajah Darya segera diselit ke belakang telinga miliknya. Tangan dibawa turun hinggap di permukaan pipi gebu si gadis.
"Angel, wake up." ujar lelaki itu sekali lagi. Ibu jari mengusap perlahan pipi kanan Darya.
"erm?" setelah beberapa minit akhirnya terbuka luas mata si gadis itu. Kepala didongak ke atas untuk melihat gerangan yang sedang membelai lembut wajahnya dari tadi.
"Hayyes..."
Jari Kash pantas bergerak ke bawah dan akhirnya berhenti saat ibu jarinya menindih lembut bibir Darya. Mata helangnya merenung tajam ke dalam bebola mata si gadis, bibirnya terangkat sedikit di sebelah kiri, lalu tergaris sebuah smirk di wajahnya.
"Hayyes, who? Kau sebut lagi nama tu, then I will shut this little mouth of yours." balasnya dengan diselitkan sedikit amaran nakal kepada si gadis polos dihadapannya itu.
Membulat terus mata Darya setelah mendengar balasan nakal Kash.
"Ish! Apa awak ni?!" badan Kash ditolaknya perlahan.
"Tahu pulak takut. Dah, pergi turun bawah kita breakfast. Penat tau aku masak, bukan calang-calang muka aku ni nak turun padang."
"Kenapa awak tak kejutkan saya awal-awal tadi? Satu hal dah terlepas subuh lah pulak. Lagi satu, nanti biar saya je yang masak sebab saya tak jamin kesihatan kita kalau..."
Kash mengerutkan dahinya apabila si gadis itu menggantungkan ayatnya seketika.
"Kalau apa? Kau takut makan masakan aku ke, Angel? Engkau... Memang tak percayakan aku kan sebenarnya?" Kash mengeluh kecil, riak wajah dan suaranya jelas kecewa dengan jawapan Darya.
Mana tidak kecewanya, dia penat-penat bangun awal pagi dan turun ke dapur untuk memasak buat pertama kali dalam hidupnya.
Ya, jejaka bernama Kash Evans ini memang tidak pernah menjejakkan kakinya di tempat bernama dapur. Pernah memang pernah tapi waktu cuci tangan je la.
Kash berdiri sambil tangannya diletakkan ke belakang leher.
Darya menghela sebuah keluhan kecil, tangan halusnya menggenggam erat sedikit kain selimut.
Anak matanya bergerak perlahan ke arah figura Kash yang sedang mahu menapak keluar dari bilik. Rasa bersalah mula menyelebungi dirinya. Mungkin ayatnya sedikit telah mengguriskan hati lelaki itu.
'Aduh, dia merajuk macam Emir pulak dah.' bicaranya dalam hati.
Darya kemudian pantas turun dari katil. Kakinya menapak untuk keluar dan turun ke tingkat bawah.
YOU ARE READING
𝐇𝐞𝐫 𝐥𝐚𝐬𝐭 𝐰𝐢𝐬𝐡𝐞𝐬
RomanceFirst vol under 𝐂𝐫𝐮𝐞𝐥 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥𝐬 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 [Not all love story is perfect like that damn fairy tales books] Tengku Shah Hayyes- Bakal CEO H.R company yang amat terkenal dengan sifatnya yang selalu keluar masuk kelab malam, kaki perempuan...