|𝐃𝐚𝐫𝐲𝐚 𝟎𝟒

16.4K 1K 255
                                    

༻ ༺

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

༻ ༺

Hari yang dinanti-nantikan Puan sri Inaya sudah pun tiba. Ya, beberapa minit lagi akan berlangsungnya majlis perkahwinan Darya dan Hayyes.

Di rumah agam milik Tengku Hazwan kini dipenuhi oleh tetamu-tetamu kehormat yang terdiri daripada keluarga, rakan, dan saudara jauhnya yang datang ke majlis itu.

Tok! Tok!

Daun pintu dibuka dan terlihat kelibat seorang wanita dalam lingkungan 20-an itu perlahan-lahan membuka pintu.

"Pengantin perempuan dah boleh turun." ucapnya ringkas tetapi sudah cukup membuat jantung Darya berdegup dengan lebih laju.

"Darya sayang, are you ready?" Ucap Tengku Waheeda sambil tersenyum.

Darya yang sedang duduk di atas katil itu hanya menggariskan senyuman nipis dibibirnya.

Siapa sangka yang dia akan berkahwin pada usia 21tahun. Seumur hidupnya, selepas tamat sahaja sekolah menengah dia hanya meluangkan masa di rumah sahaja dan tidak pernah meluangkan masa muda nya di University macam orang lain kerana hidup yang dikawal ketat oleh puan sri Inaya membuatkan dirinya bagaikan hidup di dalam sangkar burung.

Dan lelaki yang akan menjadi suaminya itu pun dia tidak kenal.

Darya menenangkan diri nya seketika. Kemudian dia memalingkan wajahnya ke arah Tengku Waheeda.

"I'm ready."

Tiba sahaja Darya dan Tengku Waheeda di ruang tamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tiba sahaja Darya dan Tengku Waheeda di ruang tamu. Terdapat ramai mata tertumpu ke arahnya membuatkan jantung Darya berdegup laju seakan-akan dia baru sahaja lepas berlari di padang.

Mana tak nervous kalau semua dah tengok dekat dia. Gugur jantung.

"Sini, duduk sini ya anak mama sayang." Arah Puan sri Inaya setelah melihat Darya. Dia menarik tangan Darya lalu memimpinnya sehingga ke atas pelamin.

Darya hanya duduk dan mendiamkan diri sahaja di atas pelamin itu seraya matanya mencari susuk tubuh seseorang.

'Dia dekat mana?'

𝐇𝐞𝐫 𝐥𝐚𝐬𝐭 𝐰𝐢𝐬𝐡𝐞𝐬Where stories live. Discover now