|𝐃𝐚𝐫𝐲𝐚 𝟐𝟖

13.4K 914 276
                                    

༻ ༺

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

༻ ༺

"Good morning, my pretty wife!" Ucap Emir seraya tangannya menarik langsir. Terus terang benderang suasana di dalam bilik akibat cahaya matahari yang terpancar dari luar jendela.

Darya terus meletakkan tangan di hadapan muka agar matanya tidak terdedah oleh pancaran matahari yang amat terang itu.

"Awak, jom kita turun bawah! Orang dah buat breakfast." Ajak Emir sambil mendaratkan kedua telapak tanggannya di bahagian pipi kiri dan kanan Darya.

Pipi itu kemudiannya digomolnya dengan geram.

Berkerut kening Darya apabila lelaki itu menggomol pipinya pada awal-awal pagi.

Orang baru nak bangun tidur ni, jangan la kacau dulu.

"Awak, masak?" Itulah soalan dan perkataan pertama yang dikeluarkan dari mulut Darya setelah lama mendiamkan diri.

Biasalah, orang mamai lagi kan lepas baru bangun tidur.

Emir hanya menggariskan senyuman manis dibibirnya.

"Of course lah orang masak! Apa? Awak ingat orang ni macam budak ke tak pandai nak masak? Hello, this is Heinz Emir lah. Lelaki sejati lah katakan." Ucap Emir dengan nada sedikit berlagak.

"Eh, dah lah! Jom kita turun cepat, nanti lambat nak pergi market." Kata Emir seraya menarik tangan Darya bersamanya.

"Market? Nak buat apa kat situ?"

"Ni hah nak berenang dekat situ maklumlah cuaca hari ni panas. Takkan lah nak berenang cik akak oi, beli barang dapur lah awak!" Balas Emir.

Darya terus memuncungkan bibirnya ke depan.

Orang tanya pun salah ke?

Kini Emir dan Darya terus berjalan menuruni anak tangga untuk menuju ke dapur.

Sampai sahaja mereka berdua di dapur, Emir terus menarik kerusi untuk Darya.

"Have a seat, my lady." Ucapnya seraya senyuman manis terukir dibibirnya.

Darya hanya akur dan duduk.

Matanya kini melirik ke arah hidangan sarapan yang berada di atas meja.

Emir pantas meletakkan sebuah pinggan berisi pancake yang dihiasi oleh buah strawberry, blueberry dan juga daun pudina serta madu itu di hadapan Darya.

"Makan lah, penat orang buat tau. Kalau tak nanti orang 'ngap' awak kang, ha nak?" Kata Emir dengan ditekankan perkataan 'ngap' itu tadi.

"Sebelum awak dapat ngap saya, saya masukkan awak dalam kuali dulu tau. Masak buat rendang lepastu saya makan awak. Nak? Ke nak saya blend je awak untuk buat juice? Lagi sedap." Bidas Darya seraya tangannya mencapai pisau dan garfu.

𝐇𝐞𝐫 𝐥𝐚𝐬𝐭 𝐰𝐢𝐬𝐡𝐞𝐬Where stories live. Discover now