༻ ༺
"It's him? Again? Fuck, are you kidding me."
Kaki Hayyes kini pantas melangkah mendekati Darya dan lelaki yang amat dikenalinya itu.
"Darya Amara— and you again?" Ucap Hayyes setelah tiba dihadapan Darya dan Eskel.
Mata Darya terus membulat. Badannya mula menggigil manakala peluh mula meritik di dahinya akibat perasaan takut dan terkejut.
Darya kemudian terus menyorok di belakang badan sasa milik Eskel.
Takut dia mahu berhadapan dengan Hayyes apatah lagi selepas dia cuba melarikan diri tapi akhirnya Hayyes berjaya juga menemukannya.
Eskel tercengang selepas melihat seorang lelaki yang amat dikenalinya berada di situ.
Lelaki yang paling dia benci di dunia ini.
Dia yang selalu membuatkan api kemarahan nya mendidih dan dia juga merupakan orang yang sudah membuat seorang Riaz Eskel menjadi seperti orang yang hilang akal pada masa lalunya.
Eskel berdecit. Tak terkira betapa geramnya dirinya sekarang ini apabila melihat lelaki itu.
Rambutnya diraup dengan kasar. Ternampak timbul urat yang berada dilehernya. Rahangnya pula diketap kuat seraya mata helangnya menikam tajam ke dalam mata Hayyes.
"Kau buat apa dekat sini? Berani eh kau tunjuk muka kau dekat depan mata aku?" Soal Eskel dengan geram. Nadanya berubah serius.
Hayyes tertawa kecil sebelum menatap kembali renungan mata si Eskel.
"Wah, aku yang sepatutnya tanya kau soalan tu tau. Kau buat apa dekat sini? Aku ingat kau masih meringkuk dalam juvana tu. Yalah, orang macam kau ni tak patut keluar hidup-hidup dekat sini. Sepatutnya dia orang masukkan kau dalam penjara teru—"
Buk!
Belum sempat Hayyes menghabiskan ayatnya. Eskel yang sudah lama hilang sabar sejak Hayyes membuka mulutnya itu terus melayangkan sebuah penumbuk di pipi kanan Hayyes.
Hayyes mengelap bahagian bawah bibirnya yang berdarah akibat tumbukan Eskel menggunakan lengan bajunya.
Darya yang tadinya menyorok di belakang Eskel membulatkan biji matanya setelah melihat tindakan Eskel itu.
"Kau cakap apa tadi sial?" Soal Eskel dengan nada sarkastik.
Eskel terus pantas mencengkam kasar kolar baju kemeja Hayyes.
Hayyes tersenyum sinis.
"Kau pekak ke? Kau tu penjenayah P.E.N.J.E.N.A.Y.A.H. Faham tak?" Balas Hayyes lagi.
Eskel terus melepaskan sebuah gelakan kecil selepas mendengar ayat lelaki itu.
Dia penjenayah?
"Pfftt- Hahahah! Aku? Kau nak kata aku ni penjenayah? Eh- bukan engkau ke yang buat aku jadi macam ni? Kau punca aku masuk dalam juvana tu! Kau tak ingat ke bodoh?"
YOU ARE READING
𝐇𝐞𝐫 𝐥𝐚𝐬𝐭 𝐰𝐢𝐬𝐡𝐞𝐬
RomanceFirst vol under 𝐂𝐫𝐮𝐞𝐥 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥𝐬 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 [Not all love story is perfect like that damn fairy tales books] Tengku Shah Hayyes- Bakal CEO H.R company yang amat terkenal dengan sifatnya yang selalu keluar masuk kelab malam, kaki perempuan...