|𝐃𝐚𝐫𝐲𝐚 𝟎𝟐

19.1K 1.1K 141
                                    

༻ ༺

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

༻ ༺

"Assalamualaikum." laungan salam dari luar pintu rumah agam Tan Sri Diyaudeen didengari oleh Puan sri Inaya.

Dengan cepat kaki Puan sri Inaya menuruni anak tangga dan menuju ke pintu utama rumahnya.

"Entah-entah dia orang tak ada dekat rumah kot mommy. Jom lah balik, tak ada guna nya mommy and Daddy bawak-" belum sempat suara garau lelaki tersebut menghabiskan ayatnya, pintu rumah agam itu akhirnya dibuka.

"Wa'alaikummussalam. Jemput masuk Tengku sekeluarga, panas ni kalau dekat luar lama-lama." pelawa Puan sri kemudian dedaun pintu terus ditutupnya.

Kini Puan Sri Inaya mengiring mereka ke ruang tamu.

"Jemput duduk semua." ujar Puan sri seraya melepaskan punggungnya di atas sofa.

"Inaya, mana suami kau?" soal Tengku Waheeda yang duduk disebelah Puan sri Inaya.

"Alah awak ni, macam biasa la Kiernan tu. Busy dekat company dia." balas Tengku Hazwan yang sudah lama tahu akan sahabat baiknya iaitu Tan sri Diyaudeen Kiernan.

Tengku Hazwan merangkap kawan baik Tan sri Diyaudeen sejak mereka berada di bangku sekolah menengah lagi sehingga kini. Persahabatan antara mereka berdua amatlah akrab seperti adik-beradik kerana Tengku Hazwan sudah menganggap Tan sri seperti adik kandungnya sendiri.

"Kiernan ada meeting petang ni, jadi dia tak dapat nak singgah." kata Puan sri Inaya sambil memberikan senyuman manis ke arah rakan baik suaminya. Lalu dengan pantas mata Puan Sri Inaya melirik ke arah figura yang sedang duduk di sofa sebelah Tengku Hazwan.

"Dah besar dah kamu sekarang ni ya Allah, dulu kecik je aunty tengok. ha apa khabar kamu sekarang, sihat?"

Lelaki yang berkemeja biru muda itu hanya melemparkan senyuman nipis

"Alhamdulillah Sihat walafiat, aunty." balasnya.

Tengku Hazwan dan Tengku Waheeda tersenyum sahaja melihat tingkah laku anaknya pada masa ini. Mana tak nya, kang takut dia meroyan pulak sebab mereka berdua yang paksa anak lelaki mereka untuk mengikuti sekali. Kalau tak dipaksa memang tak jalan la.

Mata Tengku Waheeda tajam mengimbas sekeliling rumah agam Puan sri Inaya. Suasana rumah itu memang sunyi kecuali suara mereka bertiga sahaja yang kedengaran dari tadi.

'Mana anak perempuan Inaya eh? Dari tadi tak muncul-muncul.' bisik Tengku Waheeda di dalam hati. Dahinya mula berkerut.

"Inaya, mana Darya? Tak nampak pun batang hidung dia. Tak sabar ni nak jumpa dia, mesti makin cantik kan?"

"Tak sabar-sabar betul nak jumpa bakal menantu dia tu." ujar Tengku Hazwan sambil tersenyum manis melihat gelagat isterinya.

"Mestilah, bakal menantu kita kot." balas Tengku Waheeda.

𝐇𝐞𝐫 𝐥𝐚𝐬𝐭 𝐰𝐢𝐬𝐡𝐞𝐬Where stories live. Discover now