First vol under 𝐂𝐫𝐮𝐞𝐥 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥𝐬 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬
[Not all love story is perfect like that damn fairy tales books]
Tengku Shah Hayyes- Bakal CEO H.R company yang amat terkenal dengan sifatnya yang selalu keluar masuk kelab malam, kaki perempuan...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
༻ ༺
Sebuah kereta McLaren 720 berhenti di dalam garaj. Enjin kereta dimatikan. Emir mengerling ke arah Darya yang sedang lena tidur di seat penumpang yang berada di sebelah kirinya.
Lama jejaka itu merenung gadis polos yang masih tidur disebelahnya. Tangan kanan Emir mula menapak di pipi gebu milik darya lalu diusapnya lembut sambil sebuah senyuman nipis terukir di bibir.
"Cantik betul bini aku ni. Dah lah comel, kecik, baik. Ishh rasa nak geget je!" Bisik Emir yang geram melihat Darya.
Dia menarik semula tangannya jauh dari wajah Darya. Bibir diketap, lalu dia mendekatkan wajahnya di hadapan stereng kereta. Sebuah keluhan kecil dilepaskan perlahan sebelum dia,
Bam! Bam!
Emir terus menghentukkan dahinya di atas stereng yang keras itu.
"Auch! Ini lah yang kau dapat Mir sebab gatal sangat. Ada ke dia nak gigit anak orang. Sabar Mir, sabar... Tapi, she's my wife kot. Mestilah boleh kan? Damn it... Why must you be so beautiful even when you're sleeping, Darya?" Bisik Emir perlahan sambil mengusap dahinya yang mula memerah akibat hentukan tadi.
Dia memusingkan kepalanya ke arah Darya kembali.
'I don't know how to hold myself right now.' bisiknya dalam hati sambil memejamkan matanya selama beberapa saat.
"Erm, dah sampai ke?"
Suara gemersik yang lembut itu menyapa telinga Emir menyebabkan dia menoleh ke tepi.
"Y-ya, baru je sampai tadi. Tapi orang tak berani nak bangunkan awak sebab awak nampak penat sangat-sangat. Orang baru je nak plan angkat awak masuk rumah. Dapat buat exercise sikit dalam bilik." Balas Emir sambil tersenyum nakal.
Budak ni memang tak sabar-sabar betul ek. Bahaya ni, tak silap hari kang bukan setakat kena ngap tetapi kena baham oleh si Emir nanti budak Darya tu.
Berkerut dahi Darya setelah mendengar balasan gatal si Emir.
"Awak jangan nak macam-macam. Kang ada yang tidur luar nanti kang." Balasnya sebelum dia keluar dari perut kereta.
Emir hanya tersenyum nakal selepas melihat reaksi isterinya. Lalu dia pun keluar dari perut kereta dengan segera.
Emir pantas berlari anak untuk mendapatkan Darya yang sudah berada di hadapan pintu rumah.
Baru sahaja si Darya mahu membuka pintu rumah, terus terhenti perbuatannya setelah badannya dipeluk erat dari belakang.
Emir terus membenamkan kepalanya di bahu Darya. Kedua-dua belah tangannya pula terletak kemas meliliti pinggang ramping milik Darya.