|𝐃𝐚𝐫𝐲𝐚 𝟑𝟒

1.3K 90 3
                                    

༻ ༺

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

༻ ༺

"If someday, anak kita ni berubah or worst. This will be forever your fault Hazwan, and when that day come- I'm gonna resent you for the rest of my life. Marks my words." tambahnya lagi seraya merenung tajam ke dalam anak mata suaminya.

Tengku Hazwan hanya melepaskan tawa kecil selepas mendengar kata-kata daripada isteri tersayang. Memang benar dan tajam sekali kenyataan itu, namun ia langsung tidak dapat menghentikan perbuatan Tengku Hazwan terhadap Hayyes.

Bagi lelaki ini, imej dan namanya lebih penting daripada darah dagingnnya sendiri. Mahu atau tidak, rela atau paksaan, Hayyes tetap sentiasa berada di bawah kaki Tengku Hazwan.

Hayyes yang masih di dalam dakapan Tengku Waheeda mula bergetar setelah mendengar gelakan tawa daddynya. Tangan erat menggenggam hujung kain baju si ibu.

Setelah merasakan sedikit getaran badan dari Hayyes, Tengku Waheeda dengan perlahan menepuk belakang badan anak lelakinya itu.

"Jom kita naik atas eh, Hayyes mesti penat kan? Hayyes naik atas, lepas tu pergi mandi nanti mummy hantar dinner dekat bilik Hayyes"

Hayyes mengagguk kecil. Badan perlahan-lahan meleraikan pelukan dari mummynya.

Kepala pula mula menoleh ke arah Tengku Hazwan yang dari tadi memandang tajam ke arahnya.

Bertembung saja anak mata Hayyes bersama Tengku Hazwan, lelaki tua itu pantas menoleh kepala lalu kakinya melangkah untuk keluar dari ruang tamu.

"Pergi rehat, sayang" arah Tengku Waheeda dengan suara sedikit mengendur dan perlahan. Dia menepuk lembut bahu Hayyes seraya sebuah senyuman nipis terukir dibibir bagi menenangkan sedikit hati anaknya itu.

"Thank you, mummy..."

Hayyes pun terus melangkahkan kakinya beredar dari situ, dengan perlahan anak kaki memanjat anak tangga untuk naik ke tingkat atas.

Jejak sahaja dia di hadapan biliknya, tombol pintu dipusing lalu dia memboloskan diri ke dalam bilik.

Jacket yang tersarung kemas dibadan terus dibuka, lalu dicampakkan ke atas tilam.

Jari jemari mencapai bingkai kaca mata, dengan perlahan dia memisahkan kaca mata rabun berbentuk segi empat sama itu jauh dari matanya.

Kaca mata dingenggam kuat, badannya direbah duduk sebelum bersandar pada dinding.

Lutut dipeluk dengan erat.

Kepalanya mula mendongak ke atas. Permukaan siling putih itu kemudian di tenungnya.

Kepalanya kini kian serabut. Masih terngiang-ngiang lagi suara Tengku Hazwan dalam fikirannya.

Tanpa henti ia tetap bergemar.

𝐇𝐞𝐫 𝐥𝐚𝐬𝐭 𝐰𝐢𝐬𝐡𝐞𝐬Where stories live. Discover now