|𝐃𝐚𝐫𝐲𝐚 𝟏𝟎

15.6K 1K 241
                                    

༻ ༺

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

༻ ༺

Kelihatan ada sebuah teksi berhenti di hadapan rumah agam milik Datin Daliya. Figura seseorang mula melangkah keluar dari perut teksi itu. Lalu dia terus berjalan sehingga ke hadapan pagar besar rumah agam mewah 4 tingkat itu.

Dia mula mendekati dinding konkrit lalu butang loceng ditekannya.

Ding Dong!

Tiada reaksi. Pagar rumah agam itu langsung tidak dibuka.

Dia mula mengerutkan dahinya.

'Takkan la tak ada orang dekat rumah? Ehh kalau tak ada orang memang tak la aunty Daliya nak suruh aku pergi rumah dia kan? Bodoh la kau Darya.' bisiknya dalam hati.

Tanpa membuang masa Darya menekan sekali lagi butang loceng.

Ding Dong!

Pagar itu masih tidak dibuka. Darya menyilangkan tangannya. Dia mula berasa aneh kerana biasanya kalau loceng di rumah aunty Daliya ini ditekan sekali sahaja pagar rumah ini automatic terbuka. Tapi kali ini tidak.

'Asal pagar tak boleh buka ni ek? Ke sebab aku jadi isteri derhaka dekat Hayyes astu dia tak restu aku pergi sini! Astaghfirullahalazim, ya Allah ya tuhanku. Kau lembutkan lah hati batu suami ku agar pagar rumah ini dapat dibuka ya Allah. Aminn.'

Semasa Darya berdoa dan leka berbicara sendirian. Tanpa sedar ada sebuah Porsche 718 Cayman GT4 berwarna hitam berhenti di belakang nya.

Sports car mewah itu hanya berhenti dan pemiliknya pula masih di dalam dan tidak mengeluarkan dirinya untuk keluar dari kereta tersebut.

Di dalam Porsche 718 Cayman GT4, terdapat seorang lelaki yang berada di dalamnya dan merupakan pemilik kereta.

Pemakaiannya sangat kemas kerana dia memakai jubah berwarna putih bersih dan mengenakan kopiah yang menutupi sebahagian daripada rambutnya.

Lelaki itu terlopong selepas melihat figura seorang gadis asing tiba-tiba sahaja berada di kawasan rumahnya. Ibunya sendiri pun tidak pernah menjemput mana-mana perempuan untuk datang kerumah itu.

Ini apa miska?!

"Astaghfirullahalazim! Ini apa miskahh! Jembalang mana pulak yang mahu ganggu ana ni, pakai tudung pulak tu?! Astaghfirullahalazim." Pemilik kereta mula beristighfar, mukanya pula sudah mula cuak.

Samsung galaxy Z flip 4 yang berada di sebelah seat dengan pantas dicapai. Dia kemudian membuka camera, gambar gadis yang berada dihadapan ditangkapnya.

"Ya Allah, kau selamat kan lah aku." Bergetar-getar tanggannya selepas selesai menangkap gambar tersebut.

Laju aplikasi Instagram dibukanya.

𝐇𝐞𝐫 𝐥𝐚𝐬𝐭 𝐰𝐢𝐬𝐡𝐞𝐬Where stories live. Discover now