"Sayangku Junhui, sudah lama kita tidak bersapa, apa khabar kau di sana? Apakah kau baik-baik sahaja? Kalau begitu bagus lah. Aku rindu akan kehadiranmu, Wen Junhui. Aku harap kau dan aku akan bertemu sekali lagi."
Li Miwa
Sudah berapa banyak surat yang telah aku hantarkan kepada kau Jun, tapi tidak ada satu pun yang kau balas. Mana kau pergi? Diri ini penat menunggu kehadiranmu. Kadang-kadang aku terfikir, mungkin kau dah ada yang baharu di sana ataupun hanya aku sahaja yang kuat mefikirkan perkara yang negatif.
"Kamu masih menulis surat untuk dia, Miwa?" soal ibuku. Aku mengangguk. "Berhentilah menulis surat untuk dia, Miwa. Dia tidak akan membalas pun surat yang kamu berikan kepadanya,"
Aku tahu yang dia tidak akan membalas suratku walaupun sehelai. Aku cuma mencuba supaya dia membalas surat aku kerana aku tidak dapat menahan rindu ini kepadanya.
"Minghao sedang tunggu dekat bawah tu, apa kata kamu pergi turun berjumpa dengannya?" "Baiklah." Aku menurut perintah ibuku, aku lantas keluar dari bilik untuk berjumpa dengan sahabat aku dari sekolah rendah dahulu, Xu Minghao.
"Miwa!" Minghao tersenyum sambil melambai tangannya ke arahku. "Sudah tiga hari kau menghilang, kau pergi mana?" soal aku. "Kau kena faham, sekarang aku tengah sibuk uruskan syarikat aku hehe.." "Bagus lah, kawan aku ni dah berjaya nampaknya," Dia ketawa.
"Oh, kau ada dapat apa-apa khabar dari Jun?" soalnya. Aku menggeleng kepala. "Tidak." Jawab aku ringkas. "Hmm, kenapa kau tidak hantar saja mesej kepada dia? Zaman sekarang dah canggih Miwa, kau mesej sahaja lah dia," ujar Minghao.
"Aku tahu, Minghao. Cuma aku lebih suka menghantar surat dari pada menghantar mesej kepada dia," ujar aku. "Kau ada cuba buat panggilan?" "Ada, cuma dia tak angkat panggilan aku," Minghao mengeluh.
Aku , Minghao dan Jun merupakan sahabat yang sangat rapat dari sekolah rendah dahulu. Kami berdua dahulu sering bersama walaupun di mana sahaja, namun sekarang sesuatu telah membuatkan persahabatan kami bertiga rosak. Wen Junhui.
Dia telah berjanji dengan aku untuk berada di sisi aku selamanya tetapi sekarang dia hilang entah ke mana. Xu Minghao, kini dia telah berjaya menjadi bos di sesebuah syarikat yang dimilikinya.
Wen Junhui, bila kau nak balas surat aku? Mana janji kau Wen Junhui?
-Tamat Bab 1-