Bab 13

13 4 2
                                    

Bab 13

Kami berdua berjalan menuju ke sebuah kedai makan yang berdekatan. Aku melihat Jun di sisiku. Aku terfikir sesuatu, apa kata aku pula yang belanja dia makan? Sebelum ini dia kerap belanja aku untuk makan. Tak salahkan kalau aku membalas jasanya semula?

"Jun"
"Ya?"

Langkah kami berdua terhenti. "Apa kata aku belanja kau harini?" Aku melihat wajahnya yang terkejut seperti baru mendapat kejutan. "Aku sebenarnya memang nak suruh kau belanja aku pun! Tak tahu pula kau baik hati harini!"

Erk, aku sangka dia mahu membantah nampaknya tidak. Tapi aku lega dia membiarkan aku membelanjanya pula untuk kali ini.

"Jom makan sini!"

Kami berdua masuk ke dalam sebuah kedai makan. Jun dengan laju melangkah ke meja. "Oit! Tunggu la!" Dia menarik kerusi lantas duduk di atas kerusi tersebut. "Seronok kau bila aku nak belanja." Dia tersenyum lebar. "Mestilah! Mana boleh tolak rezeki kan?" Aku ketawa.

Sudah sekian lama aku tidak keluar berdua bersama dengan dia. Akhirnya, hari ini merupakan harinya. Tetapi aku rasa ini tidak akan kekal lama. Entah mengapa aku berasa begitu, mungkin kerana aku asyik terfikir tentang masalah kesihatannya?

"Boleh saya ambil pesanan?"

--

"Terima kasih Miwa untuk hari ini." ujar Jun. "Sama-sama. Nanti kalau nak suruh aku belanja lagi pun boleh." Matanya membulat. "Wah betul ni?!" Kemain dia teruja bila dengar perkataan 'belanja'.

"Lepasni, aku nak minta kau beli bag gucci kat aku-" Aku meletakkan jari telunjuk aku di bibirnya. "Jangan nak merapu, makanan saja boleh!" Dia membuat wajah bengis.

"Hmph! Merajuk!" Cis, tak padan dengan jantan!

"Kau merajuk la sorang-sorang aku nak balik!" Aku berlari meninggalkan dia merajuk berseorangan di situ. "Ahh Miwa!!" Dia segera berlari ke arah aku.

--

"Aku dah sampai rumah dah, bye!" Dia berdiri menatap aku seperti patung lantas berkata ,  "Itu sahaja?" Aku mengangguk. "Kenapa? Kau takut nak balik rumah sorang-sorang ke?" soalku saja ingin mengusiknya.

"Mana ada! Maksud aku, tak ada ucap selamat malam ke selamat jalan ke selamat sampai rumah ke?" Aku ketawa. Melihat reaksinya sungguh kelakar bagiku. "Selamat malam, Wen Junhui!"

Dia tersenyum kecil. "Selamat malam juga, Li Miwa." Aku melambai tanganku sebelum menjejak kaki masuk ke dalam rumah. Dia membalas lambaian aku. "Hati-hati dekat jalan! Kalau ada ada apa-apa telefon aku jangan tak angkat aku rimbuk kau!"

"HAHAHAH!! Baiklah Miwa!! Kau pun!!"

Klik!

"Miwa, tersengih-sengih apa dekat pintu tu?" Hampir tercabut jantung aku dibuatnya nasib hidup panjang lagi. "Mak jangan la tegur macam tu terkejut tahu!" "Alah, mak tegur saja tadi. Apa yang seronok sangat tu?" soal ibuku.

"Tadi Miwa keluar dengan Jun itu saja.." Jelasku. Dia memandang aku sambil tersenyum. "Untung la ada kekasih hati, ibu ada kamu je.." "Tapi Miwa tetap kekasih ibu!"

"Hahaha! Sudah lah tu, pergi la mandi busuk!" Aku lantas memeluk erat tubuh ibuku biar dia sekali busuk. "Eh!" "Kalau Miwa busuk Ibu pun kena busuk!" "Sudah pergi mandi!"

--

Jun POV

Aku tidak pulang ke rumah aku sebaliknya aku pergi ke pejabat Minghao. "Eh, kau buat apa dekat sini?" soal Minghao. "Saja, kenapa? Tak boleh aku nak melawat kawan kesayangan aku?"

Dia tiba-tiba terbangun dari duduknya. "Aik? Kau dah keluar?!" Aku mengangguk. "Doktor cakap apa?!" soalnya. "Haih..doktor cakap dah tak ada apa-apa yang boleh bantu aku." Minghao kembali duduk di kerusinya. Dia melepaskan keluhan panjang.

"Tadi kau pergi keluar dengan Miwa?" soal Minghao. "Haah, macam mana kau tahu? Kau stalk aku ke?"

"APAAN SIH BAB-" Mujur aku menghentikan tangan Minghao dari memukul aku kalau tidak mati aku. "Dah lewat malam kau datang sini, tak nak balik ke?" "Tak.." Jawabku. "Kau ni sebenarnya ada benda nak cakap dengan aku kan? Baik kau cakap saja apa yang kau nak cakap."

Nampaknya Minghao dah tahu aku ada sesuatu nak cakap dengan dia. Aku menarik nafas dalam-dalam.

" Minghao, esok aku hantar kotak dekat kau. Nanti kau bagi dekat Miwa, faham?" Jelas aku.

"Nanti tu bila?" soalnya.

- Tamat Bab 13 -

𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐋𝐞𝐭𝐭𝐞𝐫 || Wen Junhui - SEVENTEENWhere stories live. Discover now