Bab 16
Ding!Dong!
Loceng pintu ditekan. Jun lantas membuka pintu rumahnya.
"Miwa?" Jun menggosok matanya kerana baru bangun tidur. "Kau buat apa pagi pagi buta dekat rumah aku?" soal Jun. "Aku nak bagi kau makanan yang mak aku buat. Masih panas lagi..pfft.."
Jun mengerutkan keningnya. "Apa yang kelakar?" soalnya. Aku menundingkan jari aku ke arah kertas yang melekat di pipinya.
Jun lantas menarik kertas yang melekat di pipinya itu."Masuk lah dulu aku nak basuh muka aku." "Tak boleh, aku nak kena pergi kerja sekarang.." ujar aku. "Oh, kalau macam tu hati-hati." "Kau pun. Tapi Jun kau tidur dekat meja kau ke semalam? Ye la sebab ada kertas kat muka kau tu."
Dia lantas mengangguk. "Lah, kenapa kau tak beritahu kalau tak aku dengan Minghao tak la datang rumah kau kacau kau buat kerja!" "Aish, tak ada lah aku okay sahaja. Masa tu aku memang dah mengantuk--"
Pak!!
"Tu la aku cakap lain kali bagitahu-!!"
Jun menolak aku pergi ke pagar depan. "Ha kau pagi-pagi jangan nak membebel. Dah pergi kerja!" Sanggup dia tolak aku huhu~
"Ohhh halau!" "Kau dah lambat nak pergi kerja kan?" Ujarnya. "Tsk! Ucap la selamat tinggal ke apa! Ni tak halau orang macam tu je!"
Tiba-tiba dia mendepakan tangannya. Dah kenapa mamat ni? Mimpi?
"Tak nak peluk ke?" Soalnya.
Peluk???????????
"Ha?" Jun berjalan mendekati aku.
Bbuk!
"Jalan elok-elok pergi kerja ye sayang~~ jangan bagi anjing kejar tau nanti sayang sakit tak ada siapa nak tanggung tau!"
Saat itu, aku sendiri tak tahu sama ada aku masih bernafas atau tidak.
"Ha tunggu apa lagi? Pergi lah kerja!"
"Huwarhggg!!!" Aku berlari ke tempat kerja aku dengan perasaan yang tak dapat diungkapkan. "Aku salah cakap ke?" bisik Jun .
--
"Tak mungkin! Sepanjang aku hidup ni jantan tu mana pernah peluk aku!" Hanya tuhan sahaja tahu bagaimana perasaan aku masa itu. Gembiranya aku!!!
"AGRHAJSKSKAKSKAK!!"
"Cik ni berapa?"
"Oop-" Kacau betul orang nak bahagia!
Jun POV
Aku tiba di pejabat Minghao dengan kotak besar di tanganku.
"Ni kotak yang aku cakap tu." Minghao mengambil kotak tersebut. Dia lantas membuka kotak itu. "Bapak banyak betul. Kau betul nak suruh aku bagi ni dekat dia?" soal Minghao. "Ye la , takkan nak suruh aku bagi dekat bini kau nanti kot. Aku dah letak tarikh bila kau nak bagi dekat Miwa dalam kotak tu." "Hmm..ni je ke?" soalnya.
Aku menggelengkan kepala. "Tak, ada lagi."
End POV
--
"Sakitnya pinggang!!" Boleh patah pinggang aku walaupun duduk saja. Aku melihat jam di tanganku. Lagi 30 minit. Aku harap aku boleh balik awal harini.
Papaku pulang dari kota~~
Ringtone aku style woo! Tapi boong.
Aku melihat siapa yang membuat panggilan waktu begini. Oh, rupa-rupanya Jun. Aku lantas mengangkat panggilan tersebut.
"Yow pakwe! Apa khabar??"
"Khabar baik. Miwa kau lepas balik kerja kau nak buat apa?" Soal Jun.
"Aku balik rumah lah. Nak pergi mana lagi?"
"Oh, aku ingat nak ajak kau jalan-jalan. Tapi dah cara kau cakap macam ajak gado tak jadi lah-"
"WOI TUNGGU!! Ehem! Baik bang~~ bang nak ambil bila?"
"Eeee tak sangka kau ni makin gatal!" Ujar Jun. Kalau aku kurang ajar nanti marah pula!
"Diam ah ko! Bila kau nak ambil?"
"Dalam 20 minit lagi. Aku nak buat kejutan"
Kejutan?
"Wuuuu~ kejutan apa tu??"
"Secret. Nanti kau tahu la"
"K" Aku lantas menamatkan panggilan. Malas aku nak dengar dia ni cakap bagi habis makin mengarut je.
Agak-agak kejutan apa dia nak buat ek?
-Tamat Bab 16-