Bab 14
Harini aku masuk ke tempat kerja aku. Aku menyusun air kotak ditempatnya. "Kalaulah susun air pun dah dapat seribu sehari bersyukur gila aku!"
"Amboi, banyak cantek!" Aku memaling kebelakang. Alamak, bos aku! "Eh, bos buat apa dekat sini?" Soal aku. "Tengok kau buat kerja la!" Dia tak dengarkan apa yang aku cakap tadi? Harap tak, kalau dia dengar tu mati aku. Tapi mustahil dia tak dengar.
"Tadi ada lelaki kacak datang minta kerja."
"Ha?"Pertama sekali, sejak bila bos aku guna 'kau' 'aku' ?.
Kedua, siapa pula lelakk kacak tu?"Bos, siapa pekerja baru tu?" soal aku. Senyumannya hampir ke telinga. Bahagia semacam. "Sebenarnya ada sorang lelaki kacak ni datang untuk mintak kerja. Aku tak nak bagi kerja dekat dia sebab dah penuh tapi bila tengok muka dia.."
"Muka dia apa? Kenapa dengan muka dia?"
"MUKA DIA HELOK! KEDAI NI BOLEH LAKU KALAU KITA BAWA DIA MASUK KE SINI!!" Dia menggocang tubuhku. Terhuyung-hayang aku dibuatnya.
--
Aku tertanya-tanya Jun tu sebenarnya buat kerja apa sahaja dekat rumah dia? Jadi, aku terfikir untuk ke rumah dia. Sudah lama aku tak ke rumah dia.
Ding! Dong!
Dia membuka pintu sebaik sahaja loceng ditekan. "Miwa? Kau buat apa dekat sini?" "Aku bawakan kau ayam goreng dengan buah. Jom makan dengan aku!"
"Masuklah.." Aku lantas masuk ke rumahnya. Sudah lama aku tak datang masuk ke rumahnya. Semua perabot di rumahnya kekal sama tiada satu pun yang ubah!
"Kau duduklah dekat situ dulu. Aku nak pergi buat air." "Okay.."
Kena bagitahu Minghao ni biar dia cemburu HAHAHA!
Minghao -
"Aku dekat rumah Jun nak makan ayam dengan buah berdua ( ˘ ³˘)♥︎"
DING!
"Eh! Miwa!!"
Aku terkejut. Tak ku sangka mamat tu pun ada dekat sini sekali! Perosak suasana bethol!
"Kau macam mana boleh ada dekat sini Minghao?!" "Jun ajak aku lepak-lepak aku datanglah! Ingat kau dengan dia boleh berdua tanpa aku ke? Hmph!"
Jun datang membawa air di atas dulang di tangannya. Dia meletakkan dulang tersebut di atas meja. "Nah, minum la dulu." Pelawa Jun. "Jun, kenapa tak bagitahu ada jantan miang dekat sini??" "Siapa miang sengal?!"
"Ah..lupa.." ujar Jun.
"HA?!" Aku dan Minghao terlompong. Macam mana dia boleh lupa kalau ada Minghao dekat sini? Takkanlah..
"Aku lupa nak beritahu kau yang aku ajak Minghao datang sini. Aku tahu Minghao ada dalam rumah ni jangan risaulah."
"Pweuh~" Aku dan Minghao menghelakan nafas lega. Bila aku teringat balik Minghao pernah beritahu aku tentang keadaan Jun.
"Apa yang lega sangat tu?" soal Jun. "M-mana ada, aku penat tu je! Maklumlah baru pulang dari tempat kerja! Terima kasih untuk air ni Jun!" "Tak ada masalah.." Jun pulang ke dapur.
Minghao menarik bahu aku. Kalau tumpah air ni memang mati dia aku kerjakan. "Kau jangan nak bagi kantoi boleh tak?!" Bisiknya. "Aku sumpah tak ada niat nak bagi kantoi!" Bisik aku kepadanya. "Kalau kantoi ni mati aku tahu?!" Bisiknya.
"Aku bawa keropok-- Eh korang berdua bisik apa?"
Jun ni kalau nak muncul bagi salam dulu please. PEnat.
"Kami tengah bincang movie apa nak tengok." Ujar Minghao. "Haah! Kami ingat nak tengok 20th Century Girl!" ujar aku.
Minghao dan Jun memberi pandangan tajam ke arah aku. "Kenapa?" soal aku. Jun dan Minghao saling berpandangan. "Kau janji tak menyesal lepas tengok?" soal Jun. "Kenapa? Ada apa dengan movie tu?" soal aku. Benda boleh beritahu mengapa harus disorokkan.
"Minghao, kita bagi saja dia tengok."
"Baik, Jun."Dua ekor ni mesti ada benda tak baik nak kenakan dekat aku.
- Tamat Bab 14 -