Bab 7
"Terima kasih Minghao tumpangkan aku dengan ibu.." "Tak ada masalah! Bila-bila saja aku boleh tumpangkan!"
"Jaga diri baik-baik ye Minghao , Jun.." ujar ibuku. "Baik makcik, makcik dengan Miwa pun jaga diri ye.." "Baiklah.."
"Kalau macam tu kami gerak dulu." "Hati-hati!"
Aku dan ibu melihat mereka menghilang dari pandangan, setelah itu kami masuk ke dalam rumah. "Ibu minta maaf untuk tadi.." Langkah terhenti. Aku memusing badanku menghadap ibuku.
"Tak mengapalah, benda sudah lepas. Lagipun Miwa faham kenapa ibu buat macam tu," aku melihat wajahnya yang tertunduk. "Ibu jangan macam ni, ibu tahu tak ibu buat Miwa rasa bersalah?"
"Maafkan ibu.." "Bukan salah ibu pun.." Aku lantas memeluknya. Aku tidak mahu melihat orang yang paling aku sayang bersedih.
Aku mahu semua orang sekeliling aku ceria. Lagi-lagi orang yang paling aku sayang.
--
Aku masuk ke dalam bilik untuk tidur. Tiba-tiba telefon aku berbunyi.
Ting!
Aku mengambil telefon aku di atas meja. Aku melihat notifikasi tersebut.
"Kau tengah tidur kah?"
"Jun?" Aku segera membuka notifikasi tersebut. Benarlah Jun yang hantar mesej itu.
"Belum, kenapa?"
Laju betul dia tengok mesej aku.
"Tak ada apa"
"Kalau kau tak ada benda nak cakap pergilah tidur"
Aku tahu dia mesti ada sesuatu nak diberitahu kepada aku.
"Tunggu dulu, aku sebenarnya nak minta maaf untuk semuanya. Tentang surat kau"
"Tak perlulah, aku dah maafkan kau Jun jangan risau"
"Maafkan aku kalau aku nampak kekok dekat restauran tadi| (• ◡•)| "
"Aku pun, aku sebenarnya gembira tak terkata tapi dah lama kita tak berjumpa"
"Hehe.. kalau macam tu apa kata kita keluar esok dengan Minghao? Sudah lama kita berdua tak berjumpa! Alang-alang tu aku belanja kau makan sekali ~ ♡︎ "
"KALAU MACAM TU OKAY! ヽ(´∀`)ノ♡︎"
"HAHAHA! Esok kita jumpa, selamat malam!~"
"Baik, selamat malam juga Junhui ( ˘ ³˘)♥︎"
Dah macam kerang busuk aku ni. Senyum sorang-sorang pula tu! Realiti memukul aku semula , aku tiba-tiba teringat sesuatu.
"Aku dengan dia bukan suka sama suka ke?"
Aku hampir terlupa tentang itu. Kenapa aku dengan dia berlagak seperti kawan biasa? Adakah dia dan aku lupa yang kami pasangan?!
--
"Ibu, Miwa nak keluar dengan Jun dan Minghao boleh?"
"Harini tak kerja ke?" soalnya. "Tak, harini cuti." "Ha pergilah, hati-hati!" "Ya ibu!"
Aku keluar dari rumah. Aku menutup semula pagar rumahku. Terlihat dua orang lelaki berada di luar rumahku.
"Miwa!!" Jun melambaikan tangannya ke arah aku. "HAI!! Lama ke tunggu?" "Lama weh sampai kaki aku nak reput!" Minghao mula buat lawak bodoh. "Biarlah kaki kau reput situ sorang-sorang, nanti aku dengan Jun boleh pergi jalan berdua! AHAHAHA!!"
"Tsk!"
"Kacaknya Jun harini! Bukan macam Minghao!" "Eh, aku juga kena? Kang aku halau kau keluar dari kereta biar kau jalan kaki sorang-sorang!"
"HAHAHA SUDAH LA TU!"
--
"Kita nak pergi mana harini?" soal aku. "Kau tanya lah Jun kesayangan kau tu," aku menjeling ke arah Minghao yang sedang memandu kereta.
"Jun, kita nak pergi mana?"
"Tanya Minghao," kalau macam ni sampai mati tak habis. "Ish! Elok elok lah!" "Kita tengok Minghao bawa kita pergi mana situlah tempat kita pergi harini," ujar Jun. "Cuba bayangkan aku bawa korang pergi kubur," ujar Minghao.
"Oh, kelakar lah kau ni Minghao! HA.HA.HA."
"Kuajar lah perempuan ni , ada juga aku tarik keluar dari kereta nanti!"Jun POV
Aku ketawa melihat mereka berdua. Dari dulu tidak pernah berubah, masih sama. Aku bersyukur kami masih seperti ini. Melihat mereka berdua ketawa membuatkan aku turut ketawa.
Aku harap persahabatan kami kekal seperti ini untuk selamanya.
End Jun POV
--
"Oh sini rupanya korang nak bawa aku datang!" Aku melihat sekeliling aku. "Sudah lama aku tak datang sini!" "Peraklah kau ni.." "Kau ingat aku ni pekak ke, Xu Minghao?"
"Dah dah la tu.. tadi dalam kereta bergaduh sini pun nak gaduh tak penat ke?" "Maaf Jun! Semua ni salah Minghao!" "Ha memang semua salah aku pun semua kau je yang betul.." Melihat riaksi wajah Minghao sahaja sudah membuatkan aku ketawa.
"Sekarang ni kita nak main apa?" soal Jun.
"Roller coaster!!"
- Tamat Bab 7 -